Berbeza pandangan perkara biasa.
Berbeza tahap kekuatan iman pun perkara biasa.
Tapi berbeza selepas menemui hidayah adalah yang paling indah.
Lain manusia lain dugaannya walaupun sama umur dan jantina.
Buat diri sendiri yang selalu berharap pada sesuatu yang belum pasti, jangan menyesal bila apa yang kita harapkan tak sesuai dengan impian.
Ada yang bertanya mengapa kita asyik gagal dan tidak pernah berjaya?
Sakitnya pertanyaan itu.
Adakah kita tahu soalan yang selalu kita persoalkan kepada orang lain sebenarnya menyebabkan dia insecure dan rasa tak boleh teruskan perjuangan dia?
Jangan suka hidup mengintai-intai kekurangan orang. Jangan sibuk nak betulkan itu, nak betulkan ini. Takut-takut kita yang tersalah mengadili.
Sibukkan diri dengan berbakti dan perbaiki diri sendiri. Sibukkan diri bina ukhuwwah agar mudah tugas berdakwah.
Perjalanan ke depan tidak pernah di janjikan mudah,
tapi Dia menjanjikan untuk selalu menjaga kita
selama kita memiliki keimanan, doa yang tulus,
dan rasa syukur yang tak terputus.
Allah tidak meninggalkan
Mungkin kita yang seringnya menjauh
@mencari keredhaan#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan