Sabtu, 6 November 2021

Assalamualaikum Selamat Pagi Saudaraku Jannah Sekelian . ...
Ya Rahman Ya Rahim Ya Hayyu Ya Qayyum 
Ya Allah Alirkan kasih sayang Mu kepada kami dalam group ini Ya Allah sebagai Hamba Abdi Mu yang beriman dan taat kepadaMu dan Ummat Nabi SAW yang tercinta dan berkasih Sayang kerana Mu Ya Allah. 
💐Ya Allah, Ya Baari ' Ya Mujib, permudahkanlh urusanku dan semua saudaraku Jannah 
💐Ya Allah, Ya Salam Ya Batin Ya Mujib, Yang Maha Penyembuh sembuhkanlah jika ada antara Saudaraku dan ahli keluargaku dan mereka yang kurang sihat. Dan lenyapkanlah segala kesukaran dan jadikanlah kami hanya bergantung kepadaMu saja Ya Allah
🌻Ya Allah, Ya Fattah Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari ' Ya Mujib,
Ya Allah Buka dan Gerakkanlah hati mereka hamba Mu yang berhutang untuk membayar hutang mereka. Rezekikan lah kepada mereka supaya mereka dapat menunaikan amanah mereka. Ya Razzaq Engkau rezekikanlah kami dengan rezeki yang melimpah ruah dan rezeki masuk ke akaun bank kami bertalu talu. Ya Ghaniy Ya Mughniy Kami minta hanya kepada Mu yang Maha kaya dan mengkayakan 
🌻Ya Allah Ya Qareeb Ya Wadud Ya Mujib. Moga dengan yang demikian kami semua menjadi hambaMu yang soleh, lebih hampir kepadaMu dan mendapat CintaMu
Aamiin Ya Allah Ya Mujib.. 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan