Sabtu, 9 Februari 2019

Mengalir air mata

Mengalir air mataku..

Bukan kerana bn menang, tetapi kerana melihat betapa sayangnya ahli PAS kepada Islam, sehingga sanggup melupakan luka di hati selama ini demi kerana Islam. Apabila masing masing meletakkan Islam di atas.. CH mula berwakil rakyatkan seorang Muslim.

Aku bangga kerana ahli PAS, terutamanya di CH berjaya menggalas tugas membawa konsep budaya matang dan sejahtera. Bukan hanya meneriakkannya, tetapi membuktikan dan mencontohkannya. Mereka menggurui ahli ahli PAS lain seluruh negara.

Walaupun mereka agak jauh dari arus perdana, tetapi kefahaman Islam mereka dan wala' mereka kepada pimpinan tidak tergugat. Mungkin bagi sesetengah orang.. apa sangatlah dengan sekadar goresan pensel di kertas undi, tetapi tidak bagi orang-orang PAS.

Kami memangkah dengan aqidah, dengan jiwa raga demi agama.. tidak kerana yang lain.  Oleh itu bukan tugas mudah melenturkan fikrah ahli PAS, terutama ahli yang lama dan sarat dengan pengalaman di pinggirkan oleh umno/ bn.. tiba tiba, kali ini akan mengundi bn.

Sesungguhnya.. mengorbankan perasaan itulah yang tersukar, sesukarnya nabi Ibrahim As mengorbankan Ismail As. Betapa ramai yang sanggup mengorbankan harta, tetapi tewas apabila melibatkan hati dan perasaan.

Saksikanlah wahai rakyat..  akan keikhlasan orang orang PAS demi Islam. Segalanya untuk Islam. Ayuhlah untuk semenyih sebagai ujian menanti seterusnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan