Ahad, 17 Februari 2019

18.02.2019

ASSALAMU'ALAIKUM WBT.
  ۖ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ 

• "Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

(Surah Aali Imran 27)

• Rezeki itu adalah apa saja yg ALLAH ﷻ kurniakan yg boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

• Rezeki itu dikurniakan dlm bermacam-macam bentuk. Antaranya ialah:

👉🏻 Ilmu yg luas dan bermanfaat untuk diri dan orang lain.

👉🏻 Hidayah atau petunjuk yg dikurniakan kepada siapa saja dikalangan hambaNya.

👉🏻 Nikmat iman dan Islam.

👉🏻 Kefahaman dlm agama sebagai petanda ALLAH ﷻ ingin rezekikan kebaikan pada-Nya.

👉🏻 Persekitaran yg baik saperti kawasan kejiranan, tempat kerja, sahabat-sahabat, keluarga yg baik mendorong seseorang jadi baik dan soleh.

👉🏻 Dicukupkan keperluan meliputi makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, keperluan pendidikan dll. Kadang-kadang ALLAH ﷻ cukupkan walaupun dia berpendapatan sederhana rezeki.

Hidup ini bukan satu perlumbaan, tetapi ia adalah satu perjalanan.

Tak perlu kamu bandingkan perjalanan hidup kamu dan mereka. Kerana Allah susun takdir kita berbeza-beza mengikut kemampuan kita.

Kita lihat dia bergembira, tetapi di sebalik itu kita tidak tahu betapa sukarnya dia berjuang untuk menampakkan dia ceria selalu. Barangkali di belakang kita, dia lah yang paling lemah dan selalu futur. Kan ?

Jadi pandang saja pada perjuangan sendiri. Fokus pada kejayaan yang kita mahukan.

Lantas perjalanan ini selalu ada akan ada jatuh dan bangunnya. Kerana lumrah kehidupan tidak akan lurus saja perjalanannya. Sesekali diberi jalan yang bersimpang-siur supaya kita selalu berusaha mencari jalan dan menemui penamatnya.

Sungguh! Setiap cabang jalan yang dilalui itu bukanlah sia-sia, melainkan diselitkan dengan hikmah yang bermakna.

Senyum dan bertabahlah!
Kita semua mampu laluinya walau teruk dan pahit macam mana pun.

@mencari keredaan#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan