Selasa, 26 Februari 2019

27.02.2019

⏰  P R A Y E R  T I M E S  ⏰
📍 Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
🗓 Rabu, 27/02/2019
🌟 23 Jumādā ath-Thāniya 1440H

🌞 Zohor   : 13:29
☀️ Asar    : 16:45
🌙 Maghrib : 19:30
⭐️ Isyak   : 20:39

Selamat menunaikan solat fardhu! ☺️

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

RENUNGAN BERSAMA

Bila manusia dah semakin menjauh...
Bila dunia dah tak lagi dikejar...
Bila nafsu dah lemah tiada apa lagi yang diingini...

Namun syaitan tetap tak pernah merasa lemah untuk menyesatkan...
Biarpun manusia dah berada di penghujung nafas...

Iblis menjawab:

Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat aku benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus

Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur dan taat.

ALLAH berfirman:

"Keluarlah kamu dari syurga sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar AKU akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya.

~ Al A’raf : 16 – 18 ~

Iblis bersumpah, demi keagungan MU ya Rab, aku tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan hamba-hamba MU selama roh mereka masih dikandung jasad.

ALLAH berfirman,

Demi keagungan dan kemuliaan KU, AKU akan sentiasa memberikan ampunan untuk mereka, selama mereka memohon ampun kepada KU

~ HR. Ahmad ~

Sesungguhnya syaitan mendatangi kamu dalam segala urusan kamu

~ HR. Muslim ~

Dalam salah satu doa Nabi shallallahu alaihi wasallam

★وَأَعُوذُ بِكَ أَن يَتَخَبَّطَنِي الشَّيطَانُ عِندَ المَوتِ★

Aku berlindung kepada MU agar tidak disesatkan syaitan ketika kematian.

~ HR Ahmad, Abu Daud ~

Di saat kematian...

Syaitan menyesatkan manusia dalam bentuk...
Menghalang untuk bertaubat
Menutupi diri hingga tak mahu memperbaiki diri
Tak mahu memohon kemaafan dari kezaliman yang pernah dilakukan.

Merasa putus asa dari rahmat ALLAH.
Merasa benci dengan kematian
Merasa sedih meninggalkan harta kekayaan hingga tak redha dengan keputusan ALLAH tentang kematian dan menuju akhirat.
Sehingga manusia akhiri hidup dengan keburukan kehinaan lalu bertemu ALLAH dalam keadaan murka kepada NYA.

Tak ada kesempatan yang lebih diperhatikan syaitan untuk menyesatkan manusia selain ketika saat kematian. Dia akan memanggil rakan-rakannya, “Kumpul di sini, jika kamu tidak mampu menyesatkannya pada hari ini, kamu tidak lagi mampu menggodanya selamanya.

~ Aunul Ma’bud ~

Maka...

★أَعُوذُ بِكَ أَن يَتَخَبَّطَنِي الشَّيطَانُ عِندَ المَوتِ★

Aku berlindung kepada MU agar tidak disesatkan syaitan ketika kematian.

Allahu Allah
Laa ilaaha ilallah Muhammad Rasulullah
Allahumma solli a'la Muhammad Wa a'la aa'li Muhammad

Perbanyak kan selawat
Perbanyak kan istighfar

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@mencari keredaan🌸🌸🌸

Tiada ulasan:

Catat Ulasan