*🌹PANTUN HARI JUMAAT🌹*
🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼
Tumbuk sambal sampai lumat,
Sambal ditumbuk oleh Pak Mad,
Hari ini merupakan hari Juma'at,
Hari kebesaran umat Muhammad
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸
Kalau Tuan membeli halia,
Beli sekali sebungkus kari,
Hari Jumaat hari yang mulia,
Jadi Penghulu segala hari
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸
Pergi pekan di tengah malam,
Berteman dengan cahaya bulan,
Bangun pagi bawa bersenam,
Solat subuh jangan diabaikan
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱
Kalau makan buah berangan ,
Jangan duduk diatas papan,
Potong kuku kaki dan tangan,
Antara amalan sunat dilakukan
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱
Bila dapat lebihan rezeki,
Keluarkan sedikit utk berzakat,
Banyakkan sedekah di hari ini,
Semoga amalan mendpt berkat
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸
Naik basikal ke rumah Majid,
Rumahnya jauh di kg sebelah,
Waktu tengahari pergi masjid,
Kita solat Jumaat berjemaah
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱
Berbagai jenis bunga di taman,
Ada melati, mawar dan kemboja,
Solat Jumaat satu kewajipan,
Tapi untuk yang lelaki sahaja
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱
Malam hari pergi ke lembah,
Teraba-raba di dalam gelap,
Khusyuk dengar khatib berkhutbah,
Jangan sampai ada yang terlelap
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸
Dari Seremban ke Kuala Pilah,
Hendak mencari nangka seulas,
Takkan tengok je tabung di sebelah,
Masukkan duit, niatkan dgn ikhlas
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸
Mulia sungguh amalan berwakaf,
Pahala dapat sepanjang masa,
Tegakkan badan dan luruskan saf,
Solat Jumaat pun bermula
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸
Kalau tuan pergi Kemboja,
Belikan saya limau Kasturi,
Selesai solat kembali bekerja,
Cari rezeki untuk anak isteri
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱
Harum mewangi bunga seroja,
Dipetik disusun di atas papan,
Pantun ini untuk hiburan saja,
Boleh juga dijadikan ingatan
🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱🌸🌱
*🌹SAMPAI JUMPA LAGI*
*#HARI PENGHULU SEGALA HARI,*
*HARI JUMAAT*
*#INGAT JANGAN LUPA SEMBAHYANG BERJEMAAH*
Terbaik tuan. Mohon dishare ye. Semoga Allah SWT rahmati
BalasPadam