السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ*سلام تهجد دان سلام صبح*
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya الله Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami kekuatan iman.
Ya الله tanamkanlah ke dalam hati kami sifat amanah, bertanggungjawab dan taat mengerjakan suruhan Mu dan sentiasa menjauhi laranganMu.
Ya الله bantulah kami mengharungi cabaran Mu hari ini.
Ya الله janganlah biarkan kami leka dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang Engkau telah berikan.
Ya الله janganlah pula Engkau biarkan kami hanyut dengan kesedihan dan kekecewaan.
Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, angkatlah penyakit mereka Ya الله , berikanlah kesembuhan untuk mereka kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.
Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezki, mudahkanlah dan bukalah jalan rezeki mereka Ya الله kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.
Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih dalam menerima dan menghadapi ujianMu, kuatkanlah mereka untuk mampu bertahan dan bersabar dan hiburlah mereka dengan penuh kurnia-Mu.
Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya, kami memohon agar bersihkan dan sucikanlah hati mereka Ya الله .
Ya الله jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan, bukakanlah pintu hati mereka agar memaafkan kami.ْ
َYa الله kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak-anak kami, isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
13SYAWAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan