Jumaat, 14 Julai 2017

Gurindam


*Gurindam*

Apabila banyak berkata kata,
Di situ jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suku Itu tanda hampiri duka.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencacat orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
*AMBILLAH*

‎~Ambillah waktu untuk BERFIKIR,kerana itu adalah sumber KEKUATAN.

~Ambillah waktu untuk BERDOA,kerana itu adalah sumber KETENANGAN.

~Ambillah waktu untuk BELAJAR,kerana itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN.

~Ambillah waktu untuk BERSAHABAT,kerana itu adalah jalan menuju KEBAHAGIAAN.

~Ambillah waktu untuk TERTAWA,kerana itu adalah MUZIK yang MENGGETARKAN HATI.

~Ambillah waktu untuk MEMBERI,kerana itu membuatkan hidup terasa BERERTI.

~Ambillah waktu untuk BEKERJA,kerana itu adalah nilai KEBERHASILAN.

~Ambillah waktu untuk BERAMAL,kerana itu adalah KUNCI MENUJU SYURGA.

Hargailah waktu lapangmu bagai hari ini yang terakhir buatmu~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan