Jumaat, 14 Julai 2017

Coretan dalam hidupku

Sudah 49 tahun hamba hidup kat dunia ini. Pelbagai perkara dan pengalaman yang di ceduk di sana sini. Ada yang baik dan ada yang kurang menyenangkan hati namun semuanya datang dari Illahi. Tiada yang di takdirkan sia-sia oleh Allah SWT. Begitulah peraturan kehidupan yang telah Allah SWT tetapkan buat kita hamba-hambaNya.

Terkenangkan saat mulakan langkah sebagai anak yatim suatu ketika dulu, langkah agak sukar lantaran tiada penguat semangat di belakang namun langkah harus diteruskan kerna masih ada ibu di sisi sebagai pemberi sokongan supaya jangan terus jatuh menghempap di lantai. Mungkin perjalanan pada awalnya agak hambar lantaran semangat dan sumber kekuatan telah terkubur bersama jasad namun Allah SWT meniupkan sesuatu ke dalam hati dan menghadiahkan kekuatan di saat diri dan keluarga hilang tempat bergantung seketika. Allah SWT lah tempat mengadu dan meminta pertolongan.

Kini sudah 35 tahun hamba pergi dan pelbagai pekerjaan pernah hamba lakukan sepanjang 35 tahun. Hamba pernah bekerja kedai makanan, dan sekarang dah memiliki kedai sendiri Sangat menarik kehidupan hamba kerana pelbagai pengalaman yang hamba dapat ambil. Allah SWT memberikan hamba pengetahuan dan merasai kehidupan yang serba mencabar ini dengan semangat yang kuat di hati.

Kini 2017, ramadhan untuk hamba mencari rezeki, meniaga, tiada lagi tempat untuk hamba Kenangan-kenangan silam terus bermain dalam kotak hati dan fikiran dan di tayangkan supaya hamba terus sedar bahawa hamba hanyalah manusia biasa yang tidak punya apa-apa di dunia, dan hamba harus bekerja untuk memperolehi rezeki dari Allah SWT dan terus taat dan sabar menghadapi masa muka yang hamba kurang pasti bagaimana ceritanya. Mungkin suatu saat hamba harus mengulanginya semula dan mencorakkannya supaya menjadi lebih baik dari dahulu. Sesungguhnya hanya Allah SWT mengetahui tentang masa depan hamba. Dan hamba perlukan semangat dan kekuatan dari Allah SWT untuk meneruskan langkah supaya hamba tidak terjatuh dan patah semangat.

p/s: tibe-tibe rasa kenangan semalam banyak mengajar hamba sesuatu dan hamba menjadi hamba sekarang lantaran pengajaran kehidupan yang Allah SWT berikan pada hamba. Terima kasih kepada Allah SWT kerna menghadiahkan pengalaman yang baik buat hamba. LOVE ALLAH! Aamiin
Daripada z@m ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan