Sabtu, 24 Disember 2022

https://t.me/joinchat/QCkFJmyOzf0Wmqpp

*TAZKIRAH SABTU*

*AIR MATA SI BURUNG PIPIT*

Sahabat,
Kadang apa yang baik menurut kita belum tentu baik disisi Allah, tapi apa yang baik kata ALLAH sudah tentu baik untuk kita. Ada sebuah kisah burung pipit yang dapat menjadi iktibar dalam kehidupan kita. Kisah ini saya copy paste dari kiriman seorang sahabat dan saya kongsikan disini semoga bermanfaat.

***
Dikisahkan bahawa ada seekor burung pipit yang bertasbih mensucikan Allah setiap hari, namun beberapa hari berlalu suara tasbihnya tidak lagi terdengar...
***
Maka para Malaikatpun bertanya :" Ya Rabb mengapa suara tasbih burung pipit itu tidak terdengar lagi?"

Allah SWT menjawab :" kalian akan segera tahu jawabannya , sebentar lagi ia akan datang dan mengadu kepadaku, kerana Ia tidak punya tempat mengadu selain Aku"
***
Tak berapa lama berselang, burung pipit itu terlihat berdiri di atas ranting sebatang pohon, para malaikat mengamati dan menunggu apa gerangan yang akan diucapkan burung itu, namun ternyata ia hanya diam...

Kemudian Allah berkata kepadanya : "sampaikanlah apa hal gerangan yang menyesakkan dadamu !"
"Ya Rabb aku ada sebuah sarang kecil tempat beristirahat, tapi Engkau telah mengambilnya. Engkau kirimkan angin kencang yang memporak porandakan semuanya" ucap burung pipit itu sambil bercucuran air mata menahan rasa sedih yang sangat dalam, yang membuat penduduk langit terdiam penuh haru...

***
Allah SWT kemudian berkata : "Sebenarnya ketika kamu sedang terlelap, ada seekor ular yang mendekati sarangmu siap sedia untuk menelanmu, maka sengaja Aku kirimkan angin untuk membalikkan sarangmu agar kamu terbangun, terbang dan selamat, *betapa besarnya ancaman yang telah Aku jauhkan darimu... !*

***
"Mendengar itu, air mata burung pipit itu semakin menggenang. Kali ini bukan kerana sedih dan kecewa, namun kerana sangat terharu dengan kasih sayang Allah. Suara tangisnya membelah keheningan langit : " alangkah lembutnya Engkau ya Rabb !!
***

*PENGAJARAN*
Jangan sedih ketika Allah menghalangimu untuk mendapatkan sesuatu yang engkau cintai, andai engkau menyedari bagaimana Allah mengatur urusanmu niscaya hatimu akan larut dalam cintaNya, 

Betapa agungnya Engkau ya Rabbi...
Segala puji bagi Mu ya Allah dalam semua keadaan, segala puji bagi Mu ya Allah yang telah menjauhkan dari diriku hal2 yang aku sukai. Sekarang aku baru menyedari bahawa semua yang Engkau ambil dariku itu akan menyengsarakanku...

Syukran laka ya Rabb...!!
***

Begitulah jika cobaan hidup yang datang dan menghampiri kita.

Sentiasa berprasangka baik pada RobbMu, dan berserah dirilah, bertawakal kepada Allah. Jika kita BERFIKIRAN POSITIF, pasti semua yang hadir itu adalah KEBAIKAN untuk kita. Kerana itu berfikirlah yang baik-baik, itulah yang terbaik dalam hidup kita, agar kita tetap selalu bersyukur dan semua yang terjadi itu akan menjadi peringatan daripada Allah, untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dunia akhirat. aamin....
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02VBQ5gDzHUdo56Bppi5WnJxxkmewZWLN9Qw9Jdq16SK5cQwFBQUEcawqtod2UV37nl&id=100010444814978&mibextid=qC1gEa

*NARATIF BARU YANG KEKAL BERPRINSIP*

1. PAS berlawan dengan DAP bukan kerana DAP itu Cina. Menantu Tuan Guru Haji Hadi juga ada yang berbangsa Cina. Ada bangsa Cina yang berjuang di dalam PAS melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP). Cina yang tidak ekstrem juga ada yang mengundi PAS. Kalau PAS menentang DAP kerana Cina, mana mungkin mereka boleh menerima PAS? Kalau PAS menzalimi kaum Cina, mana mungkin di Kelantan dan Terengganu kaum Cina dan India boleh hidup aman dan damai? Mana mungkin mereka boleh memajukan perniagaan dan ekonomi semakin berkembang. Mana mungkin kaum Cina dan India boleh berkawan dengan Melayu seolah-olah serumpun bangsa?

2. PAS menentang DAP adalah kerana DAP melanggar garis Islam. Sempadan Islam tidak boleh dilanggar. PAS akan menentang sesiapa sahaja yang melanggar sempadan Islam walaupun daripada bangsanya sendiri. DAP tiada kena mengena dengan hukum-hakam Islam tetapi DAP melanggarinya demi menakut-nakutkan non-muslim? Kenapa DAP mahu campur tangan dalam urusan umat Islam? Hudud, DAP tentang. RUU355, DAP menyanggah bukan kepalang. Hal murtad, DAP pun cuba campur tangan. Dibina Islamophobia, PAS dikaitkan dengan Taliban. Inilah asas tentangan PAS. Jelasnya, PAS bukan menentang DAP kerana mereka Cina atau India. PAS boleh  bertoleransi dengan semua kaum dan organisasi selagi tidak ekstrem. Kerana PAS sedar kemajmukan bangsa dan budaya negara tercinta ini.

3. Pasca PRU15, bangsa Cina dan India mula kenal akan perangai pemimpin DAP. Bangsa Melayu juga mula kenal siapa UMNO di bawah Zahid Hamidi. Bohonglah kalau dikatakan DAP menentang rasuah. Pemimpin DAP kini sekelip mata boleh duduk semeja dengan golongan yang dituduh rasuah. DAP dan Lim Kit Siang kononnya penentang tegar kleptokrasi. Rupa-rupanya dalam sekelip mata mereka berpelukan dengan Zahid Hamidi. Ada yang pernah mengugut untuk menarik diri jika Zahid Hamidi dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi kini apa sudah jadi? Kalau dengan kleptokrat sanggup berkawan, dengan siapa lagi rasuah hendak ditentang? Sinisnya seorang yang dulu menjadi penjaga tandas, sekarang sudah jadi rakan sejamban. Sejauh manakah kaum Cina dan India boleh terus kekal bersama kepalsuan?

4. UMNO kini umpama harta eksklusif Zahid Hamidi Yang gila kuasa. UMNO bukan lagi hak bersama golongan pejuang kepentingan Melayu seperti mula-mula ditubuhkan. Pemimpin yang berjuang untuk bangsa Melayu seorang demi seorang telah disingkirkan. Yang masih kekal cuba dimusnah kariernya dan dipinggirkan. Bergantunglah kepada prinsip yang sudah mula bergoyang. Kalau Ismail Sabri boleh terima, silakan. Kalau KJ boleh bertoleransi, silakan. kalau Hishamuddin boleh berkompromi, silakan. Asalkan Presiden boleh kekal tanpa bertanding. Presiden pun sudah memasang orang-orangnya. Siapalah Naib Presiden kalau masih berani menentangnya. Terjunlah dengan labu-labu dan membiarkan UMNO hanyut sehanyutnya. 

5. Naratif baharu mesti dibina. Sirnanya jatidiri UMNO, kini PAS dan BERSATU menjadi penggantinya. UMNO tak akan mampu lagi bersuara kerana telah menjadi bala tentera DAP dan Anwar pasti tak mampu lagi menyanyikan “hoi, hoi ya hoi, siapa sokong penyamun”. Zahid Hamidi tak mampu lagi mendendangkan ‘No Anwar, No DAP’. Menteri bahlol pun sudah mengharamkan tiktok yang menyiarkan lagu sensasi. Semuanya sudah menjadi tunggang terbalik Keluarga 69. Kalau ahli UMNO boleh ditipu dengan ‘wallahi, wabillahi, watallahi’ , apalah sangat yang konon menjunjung prinsip berkait hal-hal keduniaan. Sekarang sudah terdedah bertelanjang bulat,  apabila Allah telah dedahkan.

6. Malaysia Baharu mesti dibina atas jujur perjuangan.

 Kemajmukan bangsa dan budaya perlu diterima di atas asas yang benar-benar menyatukan dan memberi kesejahteraan. Perjuangan bangsa Melayu wajib bersendikan Islam yang tidak pernah menzalimi hak-hak kemanusiaan. Justeru, PAS dan BERSATU adalah destinasinya. 

Di sinilah Melayu yang ikhlas mesti berpadu dan biarlah UMNO yang rosak  lupus dengan sendirinya. Manakala Perikatan Nasional  menggantikan kedua-duanya; PH dan BN. 
Marilah bersama PN demi membina masa depan yang bermaruah dan tinggalkanlah kesilapan kelmarin.

#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#PNBersihDanStabil
#TolakKerajaanHoiYaHoi
#NyahkanPH, Menangkan PAS/PN
#SelamatkanTanahMelayu
#MembangunBersamaIslam

BayangDiAir,
22/12/2022

Jumaat, 16 Disember 2022

permohonan parti islam Malaysia

*Kempen PAS Pilihanku pasca-PRU15*

 
SECARA tiba-tiba, permohonan untuk menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meningkat mendadak selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sehingga semalam (25 November 2022) lebih dari 500 permohonan secara daftar terus telah diterima oleh Pejabat Agung PAS dan terus bertambah sehingga ke hari ini.

Justeru Kempen PAS Pilihanku 4.0 yang telah dilancarkan sebelum ini di Sik, Kedah diteruskan sempena pasca PRU15.

Syarat-syarat untuk memohon sebagai ahli PAS mengikut Fasal 11 Perlembagaan PAS (Pindaan 2020) adalah seperti berikut;

1. Warganegara Malaysia.

2. Beragama Islam.

3. ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’.

4. Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti dari semasa ke semasa.

Justeru warga negara Malaysia boleh menghubungi nombor telefon yang telah disertakan:

Perlis – 013 4164829 ; YB Ustaz Ridzuan
Kedah – 011 10706247 ; Ustaz Rosli
Pulau Pinang – 0194490007 ; Hj Jamil
Perak – 0134864863 ; Saiful
Selangor – 0197721800 ; Lizam
Wilayah – 01138768585 ; Hairul
Negeri Sembilan – 0108448483 ; Cikgu Rahman 
Melaka – 0137416912 ; Asri Sheikh
Johor – 0197154468 ; Zaini 
Kelantan – 0199110219 ; Haji Yasin
Terengganu – 0199878693 ; Ustaz Zakaria
Pahang – 019305 8487 ; Faddle
Sarawak – 0143837505 ; Arif Paijo
Sabah – 0104551809 
Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Penolong Setiausaha Agung PAS
Pengarah Kempen Keahlian PAS Pilihanku 4.0
26 November 2022

Sabtu, 10 Disember 2022

KABINET KERAJAAN MINORITI - PENILAIAN AWAL

Adalah tidak munasabah menilai kejayaan atau gagal Kerajaan Minoriti (KM) seawal ini walaupun telah mengambil masa agak panjang memutuskan Barisan Kabinet KM ini. Khalayak harus faham kesukaran memenuhi kehendak semua parti yang mencukupkan majoriti KM tersebut. Namun rumah siap, pahat masih berbunyi. 

Penulis akan meletakkan persoalan² sebagai kayu ukur kedudukan KM ini.

1. PM DSAI seharusnya menjelaskan rasional memilih Zahid sebagai TPM. Kenapa bukan Tok Mat atau MP yang tidak terlibat dengan Mahkamah. Benar ianya belum diputuskan bersalah oleh mahkamah tetapi dengan sarat 47 tuduhan bukankah mengambil satu jangka masa yang lama dan terpaksa mengabaikan tugasan sebagai TPM serta portfolio kementerian beliau.

1.1 : Sikap DAP yang tegas menolak Zahid sebagai anggota kabinet. Pada 30/10/22 melalui status FB rasmi parti menegaskan Dap menolak BN dan Zahid. 

1.2 : Begitu juga sikap pemimpin² PH yang menolak Kluster Mahkamah secara konsisten sebelum Pru 15. Apakah prinsip dan dasar tergadai sudah? 

2. Bukankah semua pemimpin PH telah berazam tidak akan bergabung dengan BN. Rafizi dengan tegas menyebutkan beliau adalah orang pertama akan melawan keputusan sekiranya terjadi penggabungan bersama BN. Apakah Rafizi dan pemimpin PH sememangnya merancang MENIPU pengundi mereka? Hoi Ya Hoi jugakah? 

3. Kepimpinan Dap seperti Dap Pulau Pinang sudah melahirkan rasa tidak puas hati komposisi kabinet. Sebagai Parti paling majoriti dalam PH Dap merasakan mereka berhak mendapat lebih kerusi Kabinet. 4 Kementerian berbanding PKR 8.

4. BN Sabah melalui Bung Mokhtar juga menzahirkan rasa kecil hati kerana terpinggir dari barisan Kabinet.

5. Mengapa calon yang kalah masih dilantik sebagai menteri?. Sebagai contoh Tengku Zafrul yang kalah kepada DS Dr Dzulkifly diangkat sebagai menteri, sedangkan Dr Dzul atau MP Umno yang menang boleh sahaja diberikan hak sebagai Menteri. 

5.1: Calon² yang kalah tidak sewajarnya dilantik sebagai menteri, ianya menafikan kebolehan MP² lain, Sewajarnya cukuplah mereka yang kalah ditawarkan sebagai Setiausaha² kerja kepada menteri. Saifuddin Nasution sendiri mempunyai pengalaman sebagai SU kepada menteri. 
*Sayugia disebut DSZH menang majoriti hanya 348 undi berbanding DS Hishamuddin Hussein Onn dengan majoriti 10,880 undi.* Apa lebihnya Zahid yang ditolak oleh Bagan Datuk berbanding DS Ismail Sabri? 

6. Jika PM DSAI tidak mahu Kerajaan Minoriti ini bertukar sebagai *Kerajaan Hoi Ya Hoi*, jawatan Menteri Kewangan sangat tidak wajar disandang oleh PM sendiri. Ianya berlawanan dengan Manifesto PH.
Janji 12 : Menghadkan tempoh khidmat PM.
Perenggan 3 *Perdana Menteri tidak akan memegang kementerian lain terutamanya Menteri Kewangan*.
Bukankah Rafizi sendiri menfailkan Rang Undang² Akta menghalang PM melantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan? 

*Kenapa PM DSAI yang menggariskan janji tersebut sebaliknya beliau yang melanggar janji beliau sendiri*? 

7. Dap mungkin tidak berpuas hati dengan jumlah 4 Kementerian. Tetapi mereka sangat berkehendakkan kementerian yang sangat strategik - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (Nga Kor Ming). Telah berkali-kali Dap mendesak agar pilihanraya PBT diadakan dan gagal, tetapi dengan kuasa yang ada tidak lagi membataskan kehendak mereka. Sementelahan 3+1 YB Dap menjawat jawatan Exco yang sama di 4 negeri. 
YB Teo Kok Seong - Negeri Sembilan
YB Ng Sze Han - Selangor 
YB Sandra Ng Shy Ching PKR - Perak. 
YB Jaghdeep Singh Deo - Pulau Pinang

Mereka akan bertanggung jawab ke atas PBT, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa. Ke mana akan tumpah emas dan ke mana dibuang habuk karat tidak berguna? 

8. Pihak media luar negara telah membangkitkan perihal lantikan Zahid sebagai TPM. Komen² negatif akan menatijahkan pelaburan luar, dasar hubungan luar dan sebagainya. Cermin negara dikotorkan dengan lantikan tersebut.

Sebagai contoh; 
*Malaysia's Anwar names graft-haunted Ahmad Zahid Hamidi as DPM* South China Morning post.
Terlupa Ke..?
Pemimpin PH-UMNO dan sekalian juaknya sedang sibuk menggunakan skrip isu kononnya penyelewengan RM600 bilion ketika PKP dulu.
Mereka kata PM 8 Muhyiddin perlu disiasat sebab terlibat skandal sebesar itu.

Terlupa ke bahawa UMNO sendiri turut menganggotai Jemaah Menteri ketika PM 8 Muhyiddin dulu.?
Terlupa ke bahawa Menteri Kewangan ketika PM 8 Muhyiddin dan PM 9 Ismail ialah Tengku Zafrul, individu yang UMNO sendiri julang menjadi calon BN sehingga kalah di Parlimen Kuala Selangor PRU15 baru-baru ini.?
Terlupa ke bahawa segala perbelanjaan wang kerajaan ketika PKP dahulu dibentang, dibahaskan dan diluluskan di Parlimen.?
Terlupa ke bahawa Kerajaan PN dahulu pada 6 Ogos 2020 ada membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 untuk menaikkan had jumlah wang yang boleh diperoleh mengikut Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Akta 637) dan jumlah wang yang boleh diterima di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), bagi menubuhkan Kumpulan Wang COVID-19.?

Terlupa ke bahawa di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 yang dibentangkan di Parlimen ada melaporkan secara terperinci berkenaan segala perbelanjaan COVID-19.?
Antara yang terkandung di dalamnya ialah perbelanjaan yang melibatkan pemberian tunai, subsidi dan geran kepada golongan sasar meliputi program Bantuan Prihatin Nasional; Program Subsidi Upah; Insentif Pengekalan Pekerjaan; Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan serta Geran Prihatin bagi Peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), program Sokongan Bantuan Sosial untuk golongan mudah terjejas; peruntukan bagi perbelanjaan berkaitan Covid-19 dan diskaun bagi tujuan subsidi bil elektrik. 

Jadi, persoalan yang patut ditanya kepada TPM Zahid, Menteri Komunikasi Fahmi dan yang seangkatan dengannya ialah adakah mereka terlupa atau buat-buat lupa bahawa isu yang dibangkitkan itu sebenarnya sudah ada pun jawapannya melalui RUU, Laporan Audit,Laporan PAC, dan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas yang dibentangkan di Parlimen...?
Ke ponteng tidak hadir Parlimen pada waktu itu.? 

Atau PH-UMNO dah bankrap isu sekarang ini.?
Dah tak boleh nak nyanyi Penyamun, Kleptokrat lagi.?

Kalau tidak faham lagi, bolehlah juga bertanya kepada rakan sejemaah Menteri anda iaitu Tengku Zafrul sebab waktu Kerajaan PN dulu dia yang jaga bab kewangan. 
PM 8 Muhyiddin bukan macam PM10 Anwar yang pegang juga jawatan Menteri Kewangan.

Kalau masih tidak puas hati juga lagi, bolehlah minta Hero PAN YB Sany itu pergi balai polis, SPRM, Gerak Khas dan segala pejabat untuk siasat segala penyelewengan yang didakwa berlaku itu.
Kalau setakat sembang kencang di media sosial, laporan tidak buat pun, itu bermakna hanya nak bermain cereka fitnah macam Rafizi selalu buat tu.
KAWAN, DI MANA POSISI KALIAN JIKA HIDUP DI ZAMAN NABI? 
 
1. Orang tak marah kalau Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) mengadakan kuliah tafsir. Tapi orang mula jengkel apabila beliau menyampaikan politik Islam. Kalau Nabi s.a.w. sekadar ajak pengikutnya solat dan puasa, orang musyrikin tidaklah sampai sanggup berperang dengan Rasulullah. Tetapi apabila Nabi mula melaksanakan tuntutan politik Islam, para musyrikin mula mengepung dan menyerang. Hari ini apabila kita menyebarkan bahan dakwah ke grup komuniti, orang tak kisah. Tetapi apabila kita sebar bahan politik yang mengajak orang kepada politik Islam, maka sekejap sahaja bangkit marah orang-orang yang hatinya berpenyakit. 

2. Seperti kata para ulama terbilang, menajamkan pedang memadai mengasahnya dengan perlahan. Tetapi apabila ingin menghasilkan sebilah pedang, besi perlu dibakar dan ditukul berulang-ulang. Amar makruf adalah kerja dakwah. Menyeru kepada kebaikan hanya memadai dengan menerang, mengajak dan membimbing dengan senyuman. Nahi mungkar juga kerja dakwah. Cegah kemungkaran ada ketikanya perlu bersikap keras, tegas sampai tahap menggunakan tangan. Tetapi kerana tidak faham, orang hanya boleh menerima kerja amar makruf tetapi akan bangkit bising menentang jika berunsur mencegah kemungkaran. Malangnya, umat yang jahil memahami kerja dakwah tidak termasuk urusan mencegah kemungkaran.

3. Kita mengaku Islam. Kita juga mendakwa menyayangi Nabi. Ketika umrah dan haji, kita menziarahi makam Nabi. Kita menangis-nangis syahdu kerana dapat ziarahi Nabi. Tetapi dengan watak dan perwatakan kita pada hari ini, adakah kita mewarisi perjuangan Nabi? Bagaimana agaknya andai kita hidup di zaman Nabi mula menyampaikan dakwah? Adakah kita berada di sebelah Nabi atau kita juga bersama dengan para musyrikin yang mendakwa Nabi sebagai pemecah-belah? 

4. Kalian boleh menipu dan memperdayakan semua orang. Namun kalian tak sekali-kali dapat menipu Allah. Dengan watak dan perwatakan yang tertonjol pada hari ini, tidak mustahil kalian akan menjadi penentang Nabi jika ditakdirkan hidup pada zaman Baginda. Bukan orang lain lagi yang akan meletakkan najis unta ketika Nabi sedang solat, tetapi kalianlah. Bukan orang lain lagi yang menyeksa Bilal di tengah panas, tetapi kalianlah. Bukan orang lain lagi yang merancang untuk membunuh Nabi, tetapi kalianlah. 

5. Hari ini kalian marah kalau dikatakan fasik dan munafik. Tetapi di sisi Allah, kalian tidak mampu menyembunyikan watak dan perwatakan yang sering kontradik dengan acuan politik Islam. Apabila diperingatkan bahawa ulama itu pewaris para Nabi, kalian kata TG Haji Hadi itu ulama jahat. TGHH hanya baik jika jalan dakwahnya sealiran dengan nafsu kalian. Kalau TGHH sokong perlakuan Zahid Hamidi, baru baik Haji Hadi. Kalau TGHH tolong lepaskan Zahid Hamidi daripada kes-kes mahkamah, baru baik Haji Hadi. Kalau TGHH sokong penipuan Anwar Ibrahim dan Rafizi, baru baik Haji Hadi. Kalian mahu Haji Hadi gadaikan prinsip politik Islam lalu menormalisasikan perompakan, baru baik Haji Hadi di mata kalian.  

6. Dalam PAS terdapat ribuan alim ulama. Sebahagiannya ada di dalam Majlis Syura Ulama. Guru-guru pondok yang mursyid di Kedah, Kelantan, Terengganu dan di mana sahaja adalah penyokong PAS. Kalau perjuangan PAS itu salah, adakah alim ulama yang mursyid itu sanggup bersama-sama dengan perjuangan PAS? Tak payah pergi jauhlah. Nak buat majlis tahlil pun, kita jemput ustaz-ustaz PAS. Bila berlaku kematian pun, kita cari budak-budak pondok yang dididik oleh ulama yang diketahui menyokong PAS. Alih-alih bila berpolitik, ulama PAS dikatakan jahat. Mengapa? Kerana kerja dakwah bagi kalian ialah hanya ajak orang solat lepas itu baca kitab. 

7. Akhir kalam, saya sedang mencipta pedang. Bakar dan ketuk sana-sini untuk menghasilkan senjata yang tajam. Tangan yang membakar dan mengetuk, memiliki hati yang sentiasa berdoa agar Allah buka pintu kefahaman dan beri hidayah kepada kita sekalian.
 
 
#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#PNBEST
#TeguhPertahan

BayangDiAir,
4/12/2022

Jumaat, 9 Disember 2022

( 20 ) Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?" Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.
( 21 ) (Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.
( 22 ) (Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?
( 23 ) (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya
( 24 ) (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
( 25 ) Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka.
( 26 ) Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu"; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan.
( 27 ) (Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?
( 28 ) (Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan).
( 29 ) Patutkah orang-orang (munafik) yang ada penyakit (syak, ragu-ragu) dalam hatinya: menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)?

politik

JANGAN BICARA TENTANG POLITIK YAA.. 

"Maaf, ini group sekolah, jangan cakap politik yaa.. "
"Maaf,  ini group masjid, jangan cakap politik yaa.." 

"Maaf, ini group dakwah, jangan cakap politik yaa.."

"Maaf, ini group kejiranan, jangan cakap politik yaa.."

Ummat dilarang membicarakan tentang politik

Tahukah Anda.. 

400 tahun Eropah menjajah Malaysia
350 tahun Belanda menjajah Indonesia
Kristen Serbia membantai muslim Bosnia 
Budha Myanmar membantai muslim Rohingya
Hindu India membantai muslim Kashmir
Yahudi Israel membantai muslim Palestin
Syiah Syria membantai Sunni
Kemal Attaturk men sekulerkan Turki 

Tahu kenapa?? 

Karana muslim DILARANG membicarakan politik sehingga ummat Islam tidak tahu tentang tipu daya para musuh Nya dalam menghancurkan Islam. 

Tiap kali ada ummat yang sedar pentingnya memahami politik dan mulai membicarakannya,  maka langsung saja saudara seimannya menekan dan melarangnya

Padahal... 

Semua musuh ALLAH berpolitik
Semua musuh ALLAH menjalin persaudaraan diantara mereka
Semua musuh ALLAH melupakan perbezaan besar diantara mereka

Semua musuh ALLAH tidak hanya beribadat di rumah ibadat mereka masing2, namun juga mengatur strategi peperangan untuk memerangi kaum muslimin

Lihatlah apa yang kita kerjakan? 

Beribadah saja
Bekerja saja
Belajar saja
Beramal Ma'ruf saja

Maka tidaklah hairan jika ummat Islam mudah sekali dikoyak2, mudah sekali di adu domba dan mudah sekali dipecahkan satu dengan lainnya

Fahamilah saudaraku.. 

Politik yang kita bicarakan bukanlah politik kuasa semata 
Politik yang kita bicarakan adalah wujud kecintaan kita terhadap Agama, Bangsa dan Negara
Politik yang kita bicarakan adalah mengenai kezaliman  penguasa.
Politik yang kita bicarakan adalah demi izzatul Islam wal muslimin

Maka.. 

Jangan pisahkan politik dari dakwah
Jangan pisahkan politik dari ibadah dan Muammalah kita.
Politik adalah syiasah / strategi untuk menegakkan Amar Maruf dan Nahi Munkar
Politik adalah wadah muhasabah diri agar tidak dijajah lagi seperti dahulu.

Lihatlah masa 22 bulan mereka berkuasa... 

Islam mahu disamakan
Perlembagaan dilecehkan
Bumiputra nak disamarata
Pendidikan, bahasa mahu disamaratakan
Ulama dihinakan
SyariatNya dipermainkan
Raja-Raja terancam
Musuh2 Islam dan politik mereka bangkit bersama2

Darimana kita tau itu semua??  Ya, benar dari politik bila mereka berkuasa...

Maka... 

Selama politik itu benar, maka berpolitiklah
Selama politik itu menjaga Maruah Islam dan bangsa, maka berpolitiklah
Selama politik itu menyuarakan kebenaran dan memberantas kezalliman, maka berpolitiklah

Wallahu a'lam...

ALLAHU AKBAR

Selasa, 6 Disember 2022

Ini jawapannya.. 

Saya mulakan dgn Bismillahhirrahma nirrahim

30 nombor keramat, 30 nombor yg diangkat diatas.. pusinglah ikut mana pun tanpa 30 ni, mana2 gabungan gabungan tidak akan boleh menubuh kerajaan tanpa nya..

30 adalah bilangan juzuk Kitab Suci Al Quran.. 
Allah dah bagi petunjuk kepada kita disitu, tanpa 30 ni, tiada siapa boleh menubuhkan kerajaan.. kena igt, kerajaan yg nak ditubuhkan mestilah ada 30 ni, maksud yg tersiratnya, mestilah berpandukan Al Quran dan Sunnah...

82 adalah nombor pemati, 
sama juga dgn 73, nombor pemati/penghabisan.. 

8+2 =10 
7+3 =10
Sama..!!!

10 tidak cukup bilangan atau tidak sah utk satu2 jemaah utk mendirikan solat Jumaat.
Adanya 30 lg barulah menjadikan 40 yg menjadi sahnya satu2 jemaah solat Jumaat..

GPS + GRS = 28
2+8 = 10
Juga sama..!!!

Lihatlah, betapa terjadinya semua ini bukan sia sia..!!! Semuanya ada rahsia yg tersirat.. 


Semua ini hanya boleh dilihat dgn matahati dan bukan dari mata biasa... Namun, siapalah sy utk org nak percaya apa yg sy katakan semua ini...?

Renung renungkan...

PH 82, 
8 + 2 = 10

PH 73, 
7 + 3 = 10

GRS + GPS 28, 
2 + 8 = 10

Kenapa semua ni jadi 10..???

Allah dah turunkan petunjuk lagi disitu ,
10 itu membawa maksud penamat, penghabisan,
10 jari.. 
bermaaf maafan dan berdamailah kalian semua dari tipu daya, fitnah memfinah, tuduh menuduh sesama bangsa dan agama.. 

Kembalilah kepada 30, Al Quran dan Sunnah kerana nabi tak ajar cara berpolitik seperti mereka semua sedang amalkan sekarang ni.. 

Kesemua angka2 ni petunjuk dari Allah klau kita perhalusi..
 Walhualambissawab...

Sabtu, 3 Disember 2022

keluhan hati


"..Tidak mungkin keluarga boleh bersabar hingga ke akhirat jika tidak memiliki sesuatu yang membuatnya tenang dan merasa nikmat yaitu keyakinan. Keyakinan inilah yang membuat mereka berdaya dan mampu mengatasi segenap tantangan dan rintangan yang dihadapi dunia hingga ke akhirat.."
Kita sentiasa merancang kehidupan yang terbaik untuk diri kita TETAPI harus diingat selalu bahawa ada Perancang yang Maha Hebat iaitu ALLAH. 
Jangan mudah berburuk sangka dengan pekara yang buruk sebab apa yang paling penting dalam hidup ini adalah bukan keinginan hati yang tercapai tapi yang paling penting adalah "MENJADIKAN DIRI DEKAT KEPADA ALLAH DAN MENCINTAI ALLAH SEPENUH HATI."
Belajarlah untuk REDHA & IKHLAS dengan apa jua ujian yang mendatang....
Ingatlah Rasa sakit yang terus menyapa mu selama ini adalah ujian dan cubaan dari ALLAH untuk mengetahui seberapa kuatnya engkau menjalani apa yang engkau yakini atasNYA..
Duhai sahabat seperjuangan.....Walaupun semua itu berat untuk kau jalani dan terasa berat bagimu tetaplah ISTIQOMAH...
Selama engkau selalu menyertakan ALLAH dalam segala hal..PERCAYALAH..Kamu mampu menjalaninya..
Sesungguhnya bagi ALLAH jika itu yang terbaik bagi dirimu tidak ada yang tidak mungkin..MAKA..pasrahkan dan serahkanlah semua kepadaNYA..berpautlah dirimu pada Sang KHALIQ.
Setiap perjalanan kita pasti ada rahsia disebalik setiap cerita dalam kehidupan yang ditempuhi...Yang mana tidak mungkin Kita ceritakan pada sesiapa pun...Cukuplah hanya Kita Dan Allah sahaja yang mengetahui...
Biarkan kita rasa susah...Jangan biar kita susahkan mereka....terbitkan keikhlasan hati....walau kita tak Pernah di hargai....Kehidupan ini umpama roda...
Apa yang pasti Allah tetap di hati...Walau apapun ketentuannya Terimalah dengan seikhlas hati ..
Ingat Bila Allah murka....Allah kekalkan kita dalam kemaksiatan yang berpanjangan...Nauzubillahminzalik...
Dan apabila Allah redha....Allah kekalkan kita dalam 
kebaikan yang berterusan....Insyaallah
Tetapkan Allah di hati....Jadilah diri sendiri dalam mengarungi lautan hidup....
Jadilah orang yang tabah menghadapi segala ujian..
Kerana ketabahan selalu menunjukkan jalan kebenaran....
Jangan Pernah mengutuk segala kekurangan diri..
Didik hati untuk sentiasa bersangka baik...
Sentiasa bersangka baik pada setiap musibah yang diberi....
Kerana hanya Dia yang lebih mengetahui rahsia yang tersirat di langit mahupun bumi...
Selalu ingat " Allah tangguhkan sesuatu untuk didik kita erti SABAR " dan " Allah ambil sesuatu juga untuk didik kita agar kita kenal apa itu REDHA"
Satu saat yang tepat pasti Allah akan beri sesuatu yang tak terduga sebagai ganjaran....Saat itu juga kamu begitu bersyukur dengan apa yang Allah aturkan ini.....
Sentiasa Muhasabahkan diri adakah kita sudah menjadi seorang hamba Allah yang baik?...
Jangan pernah merasa malu untuk meminta, memohon, bersujud kepadaNya dengan sebaik-baiknya dan Seikhlas-ikhlasnya....
Mungkin kita lupa DIA telah permudahkan untuk urusan kita yang lain....Jadi sedikit ujian ini untuk "jentik" kita agar kembali kepada fitrah....DIA lebih mengetahui.
Bersangka baiklah dengan DIA.....In Sha Allah, tak akan rugi sedikitpun....Mungkin DIA mempunyai 1001 perancangan terbaik untuk kita. DIA tak akan uji kita diluar kemampuan kita umatnya...
Tenanglah..sungguh Allah menyayangi orang yang sabar...
Selalu Senyum....
Selalu bersangka baik...
In shaa Allah hati tenang...

*@mencari keredhaan#*
*hamba Allah*

ahli parlimen ponting

Modal ahli parlimen ponteng ni bagi saya poyo je. PH galak pakai isu kedatangan ke parlimen dalam kempen kali ni. Mana2 kerajaan mentadbir, isu kedatangan ni akan berlaku kerana mereka ada kerja di kementerian. 

Same goes to PH sewaktu mereka mentadbir selama 22 bulan, ada masalah kedatangan ke parlimen. Isu ni hangat pada tahun 2019. Masih ingatkah isu perbahasan Rang undang-undang perbekalan 2020 bila sangat ramai ahli parlimen PH ponteng hingga persidangan tak boleh dibuat kerana tak cukup korum? Masih ingat undi amaran pembangkang apabila tidak meluluskan perbelanjaan mengurus KPWKM sebab ahli parlimen PH hanya 32 orang sahaja yang hadir? Kerajaan kalah vote macam tu je. Sampai Tun Mahathir terpaksa buat kenyataan media untuk panggil ahli parlimen kerajaan PH yang ponteng.

Sejarah ponteng parlimen nak diikutkan PH yg paling teruk sebab banyak situasi ahli parlimen mereka terlalu sedikit untuk vote. Teruk-teruk BN dan PN, situasi macam ni tak pernah berlaku. Wakil kerajaan sentiasa cukup vote.

Tapi memang pihak yang desperate suka pakai emotional sentiment dalam political campaign. Coz it works. Lepas tu hancing. Sembang orang lain ponteng, walhal dia pun ada sejarah ponteng yg lagi tragis. Tapi dia tahu sebab rakyat Malaysia ni mudah lupa. Memang modus operandi ahli politic dalam kempen pilihanraya adalah untuk memanipulasi working memory dan short term memory orang ramai.

Your amygdala always being manipulated at this period of time compare to cerebral cortex because so many people are too lazy to make use of their implicit and explicit memories to make a good decision in life. Kalau tak faham ni, ada masa belajar la pasal otak. Good luck.

600 bilion

TAN SRI MUHYIDDIN SELEWENG 600 BILION?

Saya sebenarnya malas nak ulas isu ini kerana terlalu straight forward. Tak ada sesiapa yang waras boleh terkeliru dengan isu ini.

Tapi bila semakin ramai orang sebut benda ni, termasuk Menteri yang baru dilantik, saya rasa isu ini agak irritating. Seperti langau yang terbang di muka kita, nak tak nak kita kena tepis juga ketepi.

Jadi, saya nak ulas sikit saja.

Jumlah RM600 bilion ni saya tak tahu dari mana datangnya. Yang saya tahu 8 Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan semasa Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri jumlahnya RM530 bilion.

Apa dia yang banyak sangat tu?

RM477 bilion adalah dalam bentuk non-fiskal, iaitu bukan perbelanjaan kerajaan. Ia adalah duit tuan-tuan atau duit bank.

Antaranya, duit pengeluaran KWSP RM145 bilion. Duit pengurangan bayaran KWSP RM10 bilion. Moratorium pinjaman bank RM180 bilion dan banyak lagi. 

Macamana nak seleweng duit ni? Contoh, duit KWSP. Kita tahu berapa duit KWSP kita. Katalah kita ada RM100 ribu dan kita mohon keluar RM10 ribu. Permohonan kita diluluskan dan duit RM10 ribu masuk ke akaun bank kita. Akaun KWSP kita pun ditolak RM10 ribu, tinggal baki RM90 ribu. 

Kalau kita mohon pengeluaran RM10 ribu dan kita dapat RM10 ribu, dan duit baki ada lagi RM90 ribu dalam akaun KWSP kita, kot celah mana duit tu diseleweng? 

Tapi, kalau kita mohon RM10 ribu, KWSP tolak daripada akaun kita RM10 ribu, tapi kita terima RM5 ribu ajer, boleh lah kita kata duit tu diseleweng, kan? 

Ada ke kita dengar kes macam ni? Kalau ada mesti dah heboh satu negara. Masuk Buletin TV3 dah. Tapi kita tak de dengar pulak kan? Jadi apa yang selewengnya? I cannot brain. 

Selain dari itu, ada juga yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM83 bilion. Ini duit kerajaan yang disalurkan terus kepada rakyat. 

Apa dia? Contohnya bantuan tunai langsung seperti Bantuan Prihatin Nasional, Bantuan Prihatin Rakyat dan Subsidi Upah. 

Saya ambil contoh BPN. Jumlah perbelanjaan keseluruhannya RM18 bilion yang melibatkan 7 juta penerima. 

Katalah Tan Sri Muhyiddin seleweng RM2 bilion (sebab sekarang ni ribu2 dan juta2 dah tak main dah. Kalau nak seleweng mesti billion). Kalau ini berlaku, hampir 1 juta penerima tak terima duit yang mereka sepatutnya terima. 

Kalau 1 juta orang tak terima duit BPN, agak-agak diorang tak bising ke? Saya rasa bukan setakat bising, dah terbakar dah satu Putrajaya tu. Tapi tak de siapa yang bising pula? Elok jer. 

Jadi, kot celah mana selewengnya? I cannot brain this too. 

Jadi, kesimpulan saya, seleweng 600 bilion ni tak wujud. Mereka yang tabur fitnah ni pun tahu ia tak wujud. Tapi mereka fitnah juga. 

Kenapa? Kerana ini psywar politik saja. Berbeza dengan yang seleweng duit 1MDB. Yang itu dah ada bukti di mahkamah. Bukan psywar lagi. 

Mereka yang jaja isu seleweng 600 bilion ini sebenarnya mengguna kaedah psywar yang dah lapuk. Kononnya pembohongan yang diulang berkali-kali akhirnya akan nampak seperti benar. 

Sudah lah. Rakyat tak bodoh. Kalau benda bohong ni diulang banyak-banyak kali, nanti yang mengata tu pula nampak tak cerdik.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02gTfbcmFfBzNWs1K13rhmKUb8kwAB9d3aw3JeB2sEsZwQmpmA1SAmWMhrBhPRgsfJl&id=679581100&mibextid=Nif5oz
*🤝😍Asalammulaikum semua* ...... *Buat Ingatan diri saya Dan sesiapa jua agar agar dapat merapatkan lagi hubungan ukhwah kita* ,*serta wajib kita pertingkatkan hubungan silaturahim sesama kita In Shaa Allah* *Kemenangan atau kekalahan, itu milik ahli politik*
*Kehidupan mereka akan berubah*
*Adakah kehidupan kita akan berubah sama seperti kehidupan wakil rakyat yg kita pilih*❓

*Apa yang milik kita ialah keluarga, sahabat, dan jiran2 kita* *Dan juga ahli kariah kita*
Angaplah *bidok lalu kiambang bertaut*....❗
*Jadi, apa sahaja keputusan, jangan abaikan mereka semua*

*Kalau kau petani, kau tetap petani*
*Kalau kau cikgu, kau tetap cikgu*
*Teruskanlah tugas hakiki masing2 demi mencari keberkatan Dunia Dan Akhirat*

*Itulah asas demokrasi*

*Jangan doakan kematian*
*Jangan kutuk*
*Jangan caci*
*Jangan maki*
*Jangan fitnah*
*Jangan ada sifat pulau-memulau*
*Raikan perbezaan pendapat dan eratkan persaudaraan silaturahim*
*Kawan tetap kawan itu pasti*
*Keluarga wajib di jaga, jangan sampai di putus silaturahim sesama kita*
*Kita sakit siapa datang jengah*❓
*Kita mati , yg hidup tetap datang ziarah kita, tetapi sempatkah/ sudahkah kita memohon kemaafan sesama kita❓*
*Solat jenazah ❓ entahlah....belum tentu..❗*
*Mendoakan dgn tulus*.❓..*terletak di hati masing2.....*❗ *Mungkinkah...❓*
*Sama2 menghantar ke kubur*❓ *Adakah*❓

*yg kita sokong menang tak pasti datang pun, jadi jgn taksub pada calon dan parti*...........

*Mohon Eratkanlah ikatan silaturahim sesama kita*....🤝🤲🤲🤲😍 *Aamiin Aamiin Aamiin, In Shaa Allah*
*Menang belum tentu untung, kalah tidak semesti rugi Dunia - Akhirat*
*muslim itu bersaudara💚💙❤️*

Khamis, 1 Disember 2022

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0wBUE7W7TFiJx9hEGYQTPvennh6MuRU1KtxeiKYPDPRckJnaqNVTKVudFnynxdeyKl&id=100010444814978&sfnsn=mo&mibextid=ckil3p

SIRI 4 PASCA PRU15: 
AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN?

1. Saya mukaddimahkan tulisan siri kali ini dengan memetik pendedahan seorang MKT UMNO, Dira Abu Zahar. Suatu kata-kata yang menyentuh hati, perlu dihadami oleh siapa sahaja ahli UMNO yang masih tegar bersama UMNO Zahid Hamidi sekarang.

“Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata, suara-suara pemimpin UMNO yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu/Islam di Malaysia ini dalam meeting MKT semalam.”

“Tak perlu dah jaga orang Melayu ni. All this are bullshit,” katanya memetik pemimpin yang tidak dinamakan.

2. Hebat bukan bagaimana pemimpin UMNO menipu akar umbinya. Tanpa segan-silu mereka mempersetankan perjuangan bangsa apabila berhadapan dengan tawaran kuasa oleh pihak petualang. Siapa yang menuturkan kata-kata tersebut, biarlah Dira Abu Zahar simpan dalam memorinya. Yang pasti mereka adalah salah seorang ahli MKT UMNO yang sedang memimpin rakyat akar umbi. Adakah orangnya itu Zahid Hamidi sendiri?


3. Sedar tak sedar, bangsa Melayu telah diperintah oleh satu puak yang cuba merungkai kontrak sosial. Citra dan naratif itulah dibawa dan disembunyikan. Dan apa sahaja yang disembunyikan akan ternampak nyata apabila sudah ada kuasa. Baru seminggu, UEC yang bercanggah dengan Akta Pendidikan dan kedaulatan Bahasa Kebangsaan, diutamakan. Mereka menyambung apa yang belum terlaksana dalam 22 bulan yang mengerikan.


4. Tidak sedikit Melayu yang berbangga berkongsi kuasa dengan mereka. Apa nak dihairankan jika ahli MKT sendiri boleh mengatakan tak perlu menjaga Melayu. Di saat perkongsian kuasa boleh dilakukan sesama bangsa seagama, UMNO Zahid Hamidi rela mendalangi pembentukan sebuah kerajaan yang serasi dengan kehendak Israel, Amerika dan Taiwan. Apa lagi selepas ini UMNO hendak perjuangkan?


5. Sedarkah Melayu bahawa dalam kerajaan sekarang UMNO adalah parti minoriti yang hanya memiliki 26 kerusi Parlimen. Manakala 100% pembangkang kini adalah bangsa Melayu majoriti yang berada dalam PN. DAP pastinya akan memegang beberapa kementerian strategik bagi mereka. Justeru perdebatan dan perseteruan dalam Parlimen nanti akan terjadi dalam situasi yang amat menyedih dan melukakan. Rakyat tengoklah nanti bagaimana dan di pihak mana UMNO akan berdendang.

 

5. Detik-detik yang memedihkan hati bangsa Melayu akan terus berjalan. Anak-anak muda Melayu khususnya dapatlah saksikan bagaimana lahanatnya UMNO yang berketuakan Zahid Hamidi. Justeru, tempoh masa 5 tahun ini ayuh lakukan anjakan paradigma. Seluruh bangsa Melayu dan kaum pribumi mesti meninggalkan UMNO Zahid Hamidi. Satukan cita-cita dan gembleng tenaga hanya dalam Perikatan Nasional. Dalam PAS dan BERSATU kita bersolidariti. Baikilah kesilapan agar suatu hari nanti tidak terjadi; ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Bangkit dan mulakan di pilihanraya Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman. Jangan lupa kata-kata UMNO pengkhianat ini: “Tak perlu dah jaga orang Melayu ni. All this are bullshit.”




#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#PNBEST
#TeguhPertahan

BayangDiAir,
1/12/2022