Lidah mungkin berkata "Aku ikhlaskan semua ini." Tapi jauh di sudut hati berbisik manja. "Ya Allah .. Aku masih belum redha dengan semua ini."
Sebuah kata mungkin boleh menipu, tapi tidak pada hati.
Kerana hati itu tidak mengenal erti dusta.
Wahai sekeping hati ..
Seperit apa pun takdir yang telah Allah siapkan buatmu tetaplah jalaninya saja.
Kerana setiap dari kita pastinya ada bahagiannya masing-masing.
Tawa dan derita itu adalah cebisan dari bahagian hidup. Tanpa dua perkara ini, hidup kita pasti suram laluannya.
Seandainya hidup ini hanya untuk dilempar bahagian tawa semata, sudah pasti ramai manusia melupakan penciptanya.
Seandainya hidup ini hanya untuk melalui derita semata-mata, sudah pasti tidak ada kenikmatan dalam sebuah kehidupan yang nyata.
Oleh itu derita dan tawa pasti melingkari dalam setiap kehidupan kita.
Ini bukannya soal sakit mahupun derita yang kita rasa.
Tapi tentang berapa ikhlas hati kita redha menerima inilah ketentuan-Nya.
Ucapkanlah
Alhamdulillah ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan