Ahad, 24 Oktober 2021

"... Ingatlah suatu perkara, bahawa kerendahan hati selalu lebih menggembirakan dari kesombongan.
Tanpa kerendahan hati diri selalu merasa hebat, akan sukarlah untuk menghargai orang lain. Tetaplah rendah hati setinggi manapun kedudukan kita. 
Dilihat bersahaja padahal kaya,
dilihat setia padahal banyak pilihan,
dilihat Tawadhu' padahal hebat, 
itulah kehebatan disebalik kerendahan hati..."
Hidup tidak selalu nya indah. 
Laut tidak selalu nya tenang
Namun susahnya hidup dan geloranya laut bukanlah perosak sebuah kehidupan.
Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmah nya..
Ada rahsia tersembunyi,
Ada pengalaman indah disebaliknya. 
Sebab tu, hiburkanlah hati dan tenangkan fikiran...
Warnai hidup ini dengan bunga-bunga senyuman...
Dinginkanlah hati dengan salju ketabahan...
Wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran...
Dan indahkanlah lagi dengan sentuhan keimanan...
Hidup ini akan menjadi lebih bermakna dan diri menjadi lebih berharga. 

.۞ اللّهُمِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد 
•••┈••••○❁🍃💜🍃❁○••••┈•••

@MENCARI KEREDHAAN #

Tiada ulasan:

Catat Ulasan