Sabtu, 21 November 2020

22.11.2020 pesan

PESAN 
Saat kritikal begini,  kita akan dapat lihat ada dua jenis keadaan manusia yang suka menulis.

Species yang suka menakutkan manusia dengan tulisan, mengambarkan bahawa malaysia akan lebih teruk dan mungkin lumpuh. Dia nak bagi orang panic macam dia. Jangan sesekali baca tulisan yang begini sebab orang ini berpenyakit anxiety disorder dan dia ingin orang ikut takut macam dia.

Satu lagi yang suka tenangkan manusia. Redupkan jiwa manusia dengan nasihat dan memberikan keyakinan manusia terhadap ujian kehidupan ini.

 saudara saudari, saya. Sebagai muslim mukmin kita tidak perlu susah hati dengan keadaan ini ataupun perkara yang belum terjadi.

Pertahankan SABAR kita. Teruskan bersabar. Itu yang seharusnya kita buat. Kemudian perbanyakan TAUBAT. Dan selalu berasa SYUKUR. 
Sabar adalah ubat segala virus termasuklah  virus Covid19 ini. 
Taubat setiap waktu untuk menenangkan dan menyucikan jiwa yang berdosa.
Syukur kita sebab masih dikurniakan nafas, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Belajarlah berbaik sangka dengan Allah. Jangan ikut syaitan yang suka menghasut kita saat begini.
Kita harus faham, matlamat dan destinasi kita bukan dunia, tapi akhirat. Tak perlu gelabah dan takut. Kerana ruang akhirat bagi kita amat luas dan bahagia berbanding dunia yang menghimpit ini. Kita pasti tenang kalau ingat akhirat. 
Bukankah Allah dah beritahu yang mafhumnya:
"Maka sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan."
Dua kali Allah ulang sebagai penegasan supaya manusia terus mengharapkan pertolonganNya.
Dalam hidup ni, tak mungkin kita dapat menggembirakan semua orang, tapi kita kena usaha supaya kita tak sakiti hati orang lain.
#mencari ketenangan@

Tiada ulasan:

Catat Ulasan