Selasa, 11 Ogos 2020

12.0460 dbkl warga asing

Tindakan Penguatkuasaan Terhadap peniaga Warga Asing

DBKL meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran. 

Pada 10 Ogos 2020 (Isnin) mulai jam 10:00 pagi dengan kekuatan 11 petugas, 3 tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di parlimen Cheras.

1 tindakan sita terhadap peniaga barangan bunjut dan 2 tindakan 'seal' / tutup kedai warga asing di Jalan 22 dan Jalan 23, Cheras Baru di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016 telah dilaksanakan.

Kesemua barangan sitaan telah dibawa ke Stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan oleh warga asing, sila salurkan terus ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#WilayahPrihatin
#klwbc2020
#KawalanKendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan