Isnin, 7 Disember 2020

Menghitung sebuah kesilapan lalu dengan air mata penyesalan dalam mencari sinar hidup baru
Di siang hari, dia berusaha menjadi kuat namun sesekali dia tewas.
Air matanya turun tanpa sedar.
Barangkali terlalu lama dalam memendam, dia sampai terlupa kalau ada butir halus yang meronta meminta untuk dilepaskan.

Namun dia belajar untuk TUMBUH dari LUMPUH.Meraikan KESEDIHAN bukan dengan sebuah RATAPAN.
Dia berusaha menggembirakan orang orang sekeliling meski jiwanya sendiri sedang ditikam kesedihan.
Dan di malam hari, topengnya dibuka.
Itulah wajah aslinya.
Lukisan hitam di bawah mata sudah cukup menggambarkan apa hatinya terikat.
Ya. Dia tahu semua ini akan berlalu.
Dia tahu kebahagiaan akan kembali menakhluk.
Dia cuma mahu menikmati perih ini sendiri. Dan dengan menghiburkan orang sekeliling, sebenarnya dia juga sedang menghiburkan hatinya sendiri.
............Macam mana kita mahu tahu dia sahabat sebenar atau tidak?
1- Saat kita buat salah, dia menegur dengan berhikmah dan tidak mengaibkan kita di hadapan orang.
2- Saat bergurau dan mengkritik, dia tidak berlebih-lebihan dan tahu batasan.
3- Saat gembira/senang, dia ada dekat dan saat sedih/susah dia lebih rapat.
4- Saat semua mencela/menuduh bukan-bukan, dia tidak mudah percaya dan akan bertanya secara peribadi untuk kepastian.
5- Saat kita terleka, dia akan mengingatkan dengan mengajak kita semua untuk sama-sama berusaha untuk lebih rapat dengan Tuhan dan melakukan kebajikan dan perkara-perkara kebaikan.
Semakin berusia, semakin kita kenal rupa-rupa manusia.

Khamis, 3 Disember 2020

rumah jinjang Utara

(RENO)Pangsapuri Aman Putra Jinjang Utara Kepong ,Kuala Lumpur
》》Booking RM1K》》

Property Type  : Strata
Title type : Leasehold 
Bedrooms : 3
Bathroom : 1+1
Built up :720 sq.ft
Non Bumi Lot  :Bumi Lot
Renovate : extand kitchen &tile n marble
Tenanted
UNIFI Provide

Amenities  : 
-Shell & Petronas
-Restoran
-Taman Layang2 Kepong
-Bank
-Aeon big/Aeon Kepong
-Klinik kesihatan jinjang
-Brem Mall/Cinema
-Nearby MRT Station Coming soon
-Komplek sukan(futsal & badminton)
-SMK Jinjang/SJKC Jinjang utara
-Balai bomba & polis

Accessiblities
-Kuching Highway
-Roundabout batu cave
-MMR2 Highway
-Plus highway

===================
 ASKING PRICE RM200K
===================

Sabtu, 21 November 2020

22.11.2020 pesan

PESAN 
Saat kritikal begini,  kita akan dapat lihat ada dua jenis keadaan manusia yang suka menulis.

Species yang suka menakutkan manusia dengan tulisan, mengambarkan bahawa malaysia akan lebih teruk dan mungkin lumpuh. Dia nak bagi orang panic macam dia. Jangan sesekali baca tulisan yang begini sebab orang ini berpenyakit anxiety disorder dan dia ingin orang ikut takut macam dia.

Satu lagi yang suka tenangkan manusia. Redupkan jiwa manusia dengan nasihat dan memberikan keyakinan manusia terhadap ujian kehidupan ini.

 saudara saudari, saya. Sebagai muslim mukmin kita tidak perlu susah hati dengan keadaan ini ataupun perkara yang belum terjadi.

Pertahankan SABAR kita. Teruskan bersabar. Itu yang seharusnya kita buat. Kemudian perbanyakan TAUBAT. Dan selalu berasa SYUKUR. 
Sabar adalah ubat segala virus termasuklah  virus Covid19 ini. 
Taubat setiap waktu untuk menenangkan dan menyucikan jiwa yang berdosa.
Syukur kita sebab masih dikurniakan nafas, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Belajarlah berbaik sangka dengan Allah. Jangan ikut syaitan yang suka menghasut kita saat begini.
Kita harus faham, matlamat dan destinasi kita bukan dunia, tapi akhirat. Tak perlu gelabah dan takut. Kerana ruang akhirat bagi kita amat luas dan bahagia berbanding dunia yang menghimpit ini. Kita pasti tenang kalau ingat akhirat. 
Bukankah Allah dah beritahu yang mafhumnya:
"Maka sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan."
Dua kali Allah ulang sebagai penegasan supaya manusia terus mengharapkan pertolonganNya.
Dalam hidup ni, tak mungkin kita dapat menggembirakan semua orang, tapi kita kena usaha supaya kita tak sakiti hati orang lain.
#mencari ketenangan@

Selasa, 11 Ogos 2020

12.0460 dbkl warga asing

Tindakan Penguatkuasaan Terhadap peniaga Warga Asing

DBKL meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran. 

Pada 10 Ogos 2020 (Isnin) mulai jam 10:00 pagi dengan kekuatan 11 petugas, 3 tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di parlimen Cheras.

1 tindakan sita terhadap peniaga barangan bunjut dan 2 tindakan 'seal' / tutup kedai warga asing di Jalan 22 dan Jalan 23, Cheras Baru di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016 telah dilaksanakan.

Kesemua barangan sitaan telah dibawa ke Stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan oleh warga asing, sila salurkan terus ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#WilayahPrihatin
#klwbc2020
#KawalanKendiri

Khamis, 6 Ogos 2020

07.08.2020 salam Jumaat

Salam Jumaat buat Semua,Semoga kita senantiasa dlm Rahmat,Keredhaan,Keampunan dan Kasih Sayang dr Allah S.W.T hendak-NYA.


SAJAK: TANAMKANLAH KASIH SAYANG
________________________


Tanamkanlah kasih sayang sesama manusia
Dari kasih sayang akan timbul perpaduan
Jagalah perpaduan 
Kerana daripada perpaduan lahir kerjasama
Kerjasama itu penting,
Dari kerjasama, cepat lahir kemajuan
Kerja yang berat, menjadi ringan
Sepatutnya lambat, menjadi cepat
Tanamkanlah kasih sayang sesama insan
Permusuhan sesama manusia akan hilang
Dari sinilah hilang keraguan sesama manusia
Hilang curiga, prejudis tidak ada, wujudlah baik sangka
Berbaik sangka timbullah hormat menghormati sesama manusia
Berbaik sangka mudah menjadi tetamu di kala musafir di tempat orang
Tanamkanlah kasih sayang sesama hamba Allah
Akan lahirlah timbang rasa sesama manusia
Yang susah akan dibela, yang kaya membela, 
Hasad dengki hilang dari orang yang susah
Tanamkanlah kasih sayang tidak kira apa bangsa dan apa agamanya
Permusuhan akan hilang di kalangan manusia
Hidup harmoni, curiga-mencurigai hilang, wujudlah keamanan
Apabila dunia aman, hilang ketakutan
Kasih sayang yang paling kuat ialah cintakan Tuhan
Dari cintakan Tuhan, lahirlah kasih sayang sesama manusia yang luar biasa
Cintakan Tuhan, automatik akan lahir kasih sayang sesama manusia.
Z@m

Selasa, 21 Julai 2020

22.07.2020 upama

Umpama malaikat, tetapi hati dicucuk ribuan panahan iblis? 🤔

Wahai saudara sekalian... 
Jangan berasa dalam diri seolah kalian baik dan sempurna dalam diri itu kerana Allah tidak suka orang yang agung-agungkan diri sendiri, menaikkan nama seperti dia baik dan selalu perlekehkan orang lain.

Rendahkan diri sendiri serta jauhkan berkata kita ini terlalu baik dan alim kerana Allah suka orang yang merendah diri daripada yang mengagungkan diri sendiri.

Kita baik kita alim kita sudah cukup baik untuk ke syurga lalu kita bangga dengan peribadi kita, adakah itu benar yang terbaik ? Cukuplah membangga diri sendiri dan merendahkan orang. Kita semua sama sahaja, jadi takperlu perlekehkan orang lain okay ?
Jika merasakan kita baik, sudah cukup ilmu, diam sahaja bukan menunjuk-nunjuk diri kita ini seperti alim dan baik melalui cara yang bertentangan seperti riak. 

Cukup kita dan Allah SWT tahu siapa yang baik dan jahat, jangan agungkan diri Allah tidak suka, rendahkan diri Allah lebih suka kerana perbuatan itu lebih layak bagi seorang hamba yang hina lagi pendosa ini.

Simpanlah, jangan mendongak kerana ilmu dan kebaikan. Rendahkan diri tetapi jangan pula sampai terasa kitalah antara orang yang tawadhu’ sebab boleh juga masuk kategori bangga diri secara tersembunyi.

Kita semua tidak sempurna di dunia. Semua ada kekurangan masing-masing. Kita yang perlu ada matlamat untuk jadi baik. Sama-samalah mengubah diri menjadi lebih baik dan cukup agungkan diri sendiri apatah lagi di hadapan orang lain.

[ Kita rendahkan diri bukan kerana nampak kita seperti tidak tahu apa-apa tentang agama, tetapi kerana kita kena tahu kedudukan kita sebagai Hamba ialah sama taraf dan kedudukan sahaja. Sedangkan Allah SWT lagi Maha Besar dan Maha Mengetahui segalanya. ] 🌹

Wallahua’lam. 

22.07.2020 piliham hidup

Jika tidak menjadikan syukur sebagai pilihan dalam hidup, maka apa lagi yang boleh kita lakukan sebagai seorang hamba lemah dan sangat terbatas? 

Setiap kekuatan dan kemampuan kita juga datang daripada Dia. Kita berjaya buat itu ini juga dengan izin Dia. Kita ada segala bagai ini juga rezeki daripada Dia. 
Maka, bersyukurlah setiap waktu. Walau ada yang kita nampak kurang dan macam tak cukup. 
Percayalah itu adalah yang paling sesuai buat kita pada saat itu. 

Hubungan menjadi rapat apabila sering berjumpa.
Tetapi,hubungan akan menjadi kuat apabila saling mendoakan.
Jangan lupa selitkan nama orang yang kita sayang dalam doa kita..
Kadang-kadang Allah "tegur" kita melalui jalan hidup yang payah dan selalu bermasalah supaya kita rendahkan diri dan hati dalam kehidupan. 
Hanya mencari kasih sayang dari Ilahi..

Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita ada. Good is better, better is blessed.
Alhamdulillah for everything.

Ahad, 12 Julai 2020

Xox daftar

*CARA PALING TEPAT CEK OWNER SEBENAR SESUATU NOMBOR SEBELUM SUBMIT PORT IN / MNP*
(Melalui Ujikaji Yang Telah Dijalankan)

*CELCOM*
👉🏾 Customer kena *register dulu di Celcom Online Customer Service (OCS)* melalui link berikut 👇🏽: *ocs.celcom.com.my*
👉🏾 Selepas register dan create username, *password sementara akan di hantar* ke nombor CELCOM user/customer tersebut.
👉🏾 *Boleh log in* akaun OCS user/customer menggunakan username yang dicipta dan password sementara tadi.
👉🏾 Nanti dalam akaun OCS user tersebut akan *tertera detail mengenai nama penuh serta nombor IC* user/customer.

*MAXIS*
👉🏾 Download Apps *Hotlink Red*
👉🏾 Klik di *setting*
👉🏾 Klik *E-Statement*
👉🏾 Klik pada *range tarikh* yang tertera
👉🏾 *TAC code* akan dihantar ke nombor Maxis user tersebut
👉🏾 *Isi TAC code* yang diterima dan *klik submit*
👉🏾 Akhir sekali, *keluar lah statement bil* customer/user Maxis tersebut.
👉🏾 *Tertera nama penuh* owner tersebut di statement/bil 

*DIGI*
👉🏾 Guna kaedah SMS dengan menaip : *CHECKID >jarak< NO.IC send ke 20000*. Contoh : *CHECKID 831108115094 send to 20000*.
👉🏾 Jika nombor tersebut memang *match dengan IC owner* yang kita SMS, kita akan dapat reply menyatakan *ID is match* dan jika sebaliknya *ID is not match*.

*UMOBILE* 
👉🏾 Guna kaedah SMS dengan menaip : *VERIFY >jarak< NO.IC send ke 28011*. Contoh : *VERIFY 831108115094 send to 28011*.
👉🏾 Jika nombor tersebut memang *match dengan IC owner* yang kita SMS, kita akan dapat reply menyatakan *ID is match* dan jika sebaliknya *ID is not match*.

*RED ONE*
👉🏾 Klik link ini 👇🏽 *https://login.redone.com.my/IDChecker*
👉🏾 *Key in No.IC* dan *key in captcha code* yang diberi, then klik submit.
👉🏾 Jika *No.IC yang di key in match* dengan IC pemilik sebenar nombor, maka akan *keluar nombor akaun REDONE user* serta *tarikh nombor itu didaftarkan*.

*XOX / ONEXOX*
👉🏾 Download Apps XOX / ONEXOX  di Google Play Store atau melalui link ini : 👉🏾 *https://play.google.com/store/apps/details?id=com.xoxblackapp*
👉🏾 Daftar dulu then bila dah boleh log in Apps Black, *maka akan tertera nama penuh owner sebenar nombor* tersebut di dashboard Apps Black.

Sabtu, 11 Julai 2020

Yassir hutang pinjaman

Jumlah semua yang di bayar setakat 24.05.2018 rm1,450.00
07.07.2018 rm 100.00
24.07.2018 rm 100.00
03.09.2018 rm 100.00
21.09.2018 rm 100.00
26.10.2018 rm 100.00
26.11.2018 rm 100.00
02.01.2019 rm 100.00
24.01.2019 rm 100.00
26.02.2019 rm 100.00
31.03.2019 rm 100.00
05.05.2019 rm 100.00
26.05.2019 rm 100.00
25.06.2019 rm 100.00
25.07.2019 rm 100.00
22.08.2019 rm 100.00
25.09.2019 rm 100.00
25.11.2019 rm 100.00
23.12.2019 rm 100.00
16.01.2020 rm 100.00
24.02.2020 rm 100.00
25.03.2020 rm 100.00
23.04.2020 rm 100.00
15.05.2020 rm 100.00
22.06.2020 rm 100.00
Jumlah di bayar 3,810.00
Tiga ribu lapan ratus sepuluh ringgit
 terimakasih yassir 
Jaga kesihatan masa virus korona ni
Bawa ambulans tu berhati hati yer

Isnin, 1 Jun 2020

jangan sombong

HIDUP JANGAN SOMBONG.

Sebab, orang yang kaya belum tentu akan kaya selamanya.

Begitupun dengan orang yang miskin takkan selamanya miskin.

Kita akan terus merasakan bahawa jalan hidup ini terus berputar.

Bahawa kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi esok hari.

Mari belajar rendah hati, hidup dengan cara yang baik. Sederhana namun indah dan bahagia.

In sha ALLAH. 

@sindiransigadis

02.06.2020 jahat atau baik kita

*PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA*

*Bacalah pesanan in dengan mata dan hati*

*Jahat atau baik kita..*
*solat jangan ditinggalkan.*
*Solat bukan sebab kita baik.*
*Solat sebab perintah Allah.*
*Solat kita adalah lambang kehidupan kita...*

*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...*

*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.*
*Jika tidak, sudah pasti gunung yg hendak ditukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...*

*Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....*

*Kalau dah mati...*
*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..*
*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...*
*Sedekah masa hidup itu bonus...*
*Ilmu yg di kongsi itu bonus...*

*Sehebat mana pun kita...kita tetap akan mati....*
*Sehina mana pun kita...kita tetap akan mati...*
*Takut mcm mana pun dengan mati...tetap akan mati...*
*Berani mcm mana pun ...tetap akan mati*
*Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap akan mati...*
*Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....*
*Mati itu pasti...*
*Sakaratul maut itu pasti...*
*Alam barzakh itu pasti...*
*Ingat mati ...*
*Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....*
*Kita tak bawa segunung harta setelah mati.* 
*Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....*

*Teruslah melangkah,*
   *selama engkau*
*di jalan yang baikk*

*Meski terkadang kebaikan*
   *tidak sentiasa dihargai*

*Jangan menjelaskan tentang*
  *dirimu kepada siapa pun*
*kerna yang menyukaimu tidak*
  *perlu tahu tentang semua*
*kebaikan yang kamu lakukan*

*Dan yang membencimu tidak*
  *percaya tentang kebaikan*
     *yang masih ada pada dirimu*

*Hidup bukan tentang siapa yang terbaikk*
  *tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri*

*Hari ini dan semalam*
    *adalah hari yang berbeza*

*Pintu taubat sentiasa terbuka*
   *untuk hamba-hambaNya*

*KITA BUKAN SIAPA-SIAPA*
  *UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA*

*PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR  "SAMA..."*

*SAAT USIA 50- an.... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (tak peduli seberapa cantiknya kamu,  di usia itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu...*

*SAAT USIA 60-an...  "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi boss atau bawahan..)*

*SAAT USIA 70- an... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sulit untuk bergerak.. sekarang kamu cuma perlu ruang kecil untuk di-diami..  ).*

*SAAT USIA 80- an...(itupun kalau masih hidup)*
*(PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.."*  *saat itu duitmu tak lagi boleh membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain2 kerana tubuhmu tak lagi boleh dimasuki banyak makanan, lidahmu sudah tak punya rasa,*
*dan kamu tak berdaya lagi ke-tempat di mana kamu boleh menghabiskan duitmu).*

*SAAT USIA 90- an... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan )*

*SAAT AJALMU TIBA.... "KAYA DAN MISKIN,  SAMA SAJA".  Kamu hanya akan di-baluti kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama, orang2 akan menangisi kamu kemudian melupakanmu, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang dipenuhi oleh persoalan hidup masing2.*

*Oleh kerana itu,  semasa hidup, _jangan terlalu tinggi hati_ atas apa yang kita MILIKI, kerana kita akan berakhir SAMA..   _JANGAN Terlalu Keras mencari duit sampai lupa amal ibadah bekal akhirat nanti_, kerana PADA AKHIRNYA  kamu tak memiliki APA2...*

*...kecuali Amal Kebaikan Dan Ibadah...*
*Yang akan di bawa Di Akhir Cerita...*

Sharing is jariah #jompahala

Isnin, 13 April 2020

cara untuk rajister kad Onexox

*TIPS MNP LANGKAH-LANGKAH MNP*
*1) Semak Baki sim bakal pelanggan. pastikan*
a) Tidak ada Advance/hutang
*MAXIS
Hantar SMS  
SEMAK ke 20505
b) Laluan/validiti masih aktif. Boleh buat call keluar.

*2) Semak / Verify no MyKAD pelanggan berdaftar dengan telco asal.*
a) Pelanggan CELCOM: 
-Daftarkan dalam Celcom OCS. (sila google). Kalau berjaya daftar, maka ic valid.

b) Pelanggan DIGI: 
TAIP : CHECKID >jarak< (NO. IC dan hantar ke 20000
Cth : CHECKID 801002035111

c) Pelanggan MAXIS: 
TAIP : NO. IC dan hantar ke 22011
Cth : 801002035111

d) Pelanggan U-Mobile :
TAIP : VERIFY >jarakNO. IC dan hantar ke 28011
Cth : VERIFY 80100203511

e) Pelanngan TuneTalk
Daftarkan dalam selfcare.tunetalk.com 
Kalau berjaya daftar, maka ic valid.

*3)SUBMIT MNP*
- 2 jam selepas submit MNP, sila hantar verification SMS (guna sim asal).
a) MAXIS
YES ke 20025

b)CELCOM :
YES ke 28882

c) UMOBILE
YES ke 28138

d) TuneTalk
Y ke 2233

e) DIGI/TRONEXUS/ToneWOW
Y ke 27676

f) P1/UnifiMobile/Webe
Yes ke 25678

g) RedONE
MNP YES ke 23388

*4) Tunggu sehingga result berjaya atau tidak.*
ps : biasa Digi minima 2 x hantar baru dapat.

Jumaat, 3 April 2020

selamat pagi

Assalamualaikum selamat malam 

Jika kita mencari kebaikan  kita akan mendapat kebaikan. Tetapi jika yang buruk juga kita temui...itu menunjukkan yang buruk itu lebih baik daripada yang baik. 

Buruk mungkin hanya pada pandangan kita tetapi pada pandangan Allah semuanya baik belaka. Pasti ada hikmah disebalik musibah.

Didiklah hati untuk redha dan bersangka baik dengan Allah. Insya Allah kita bukan sahaja akan menemui kebaikan tetapi juga akan mendapat ketenangan.

Ingat! Covid19 itu makhluk macam kita. Cuma ia makhluk yang invisible. Kita makhluk yang nampak. 

Bila sebut makhluk. Ia sinonim dengan KELEMAHAN. Kita ada kelemahan. COVID juga ada kelemahan. Sama sama lemah. Tidak perlu terlalu takut dengan nya. Sebab ia lemah. Apa yang penting kita tenang dan tahu mencari kekuatan untuk menghindarinya.

Sifat makhluk, Ia tidak kekal. Sampai masa kita mati. Covid juga begitu, sampai waktunya hilang lah ia. Yang kekal hanya Allah. Yang memberi mudarat juga Allah. Yang memberi nikmat juga Allah. 

Sebab itu, kita jangan sesekali putus hubungan dengan Allah. Nak keluar berdoa, nak masuk rumah berdoa, nak beli barang berdoa. Dalam perjalanan berdoa dan berzikir. Dalam crowd lagilah perlu kita tawajjuh dalam hati untuk mengharapkan pertolongan Allah. 

Kalau sentiasa ingat Allah, inshaa Allah covid pun tak berani dengan kita. Macam juga syaitan. Ia pasti menjauh.

Masaalah kita adalah, kita lupa Allah. Kita hanya banyak inmuharrikdaie ja. Takut makhluk yang bernama covid hingga terdetik dalam hati berburuk sangka dengan Allah.

Ingat, covid tiada vaksin lagi. Jadi, apa yang ada untuk kita ikhtiar? Hanya Allah kan? Allah tarbiah kita agar merasai KewujudanNya. Merasai kekuasaanNya. Merasai kebesaranNya. Dan merasai kerdil dan fakirnya kita yang sentiasa sombong dan angkuh denganNya.

Rasakan akhi! Rasakan Ukhti. Rasakan saudara seislamku.

Dia lah Allaah. Dialah tempat sebaik baiknya pautan kita.


Khamis, 12 Mac 2020

13 03.2020 buku agama

Assalamu'alaikum 

*Siapa nak 138 buah buku agama free..???*

*Download PERCUMA buku2 islamic* ada 138 buku dalam format *pdf* (hibah dari Rumah Fiqih). Silakan memuat turunnya , semoga bermanfaat 

https://t.co/NUEnSGMq7a

Note :
1. Buku pdf ini diformat untuk selesa dibaca melalui HP, meski tetap boleh dengan laptop, desktop atau tablet.

2. Buku ini waqaf dari pengarangnya. Doakan agar mereka selalu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

3. Sila kongsikan link ini biar kita pun ikut kebagian pahala menyebarkan ilmu agama.

Terima kasih. Semoga bermanfaat.
@mencari ketenangan #
📒🗓️🐒🌳🌳🌳🌳🌳🌳🍁

Sabtu, 7 Mac 2020

8.03.2020 jalan yang ikhlas

*❁꧁༻✾ 🌳﷽🌳✾༺꧂❁*     
  ❁🌳༻✾ஜ༻🌳༺ஜ✾༺🌳❁
‎*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

"JALANI HIDUP SEIKHLAS MATAHARI"

Hidup kita itu sebaiknya ibarat “bulan & matahari”. Dilihat orang atau tidak, ia tetap bersinar. 

Dihargai orang atau tidak, ia tetap menerangi. Dikasihi atau tidak, ia tetap “berbagi”.

Jika kita kata kita susah, banyak orang yang lebih susah dari kita . Jika kita kata anda kaya, banyak orang yang lebih kaya dari anda. Di atas langit, masih ada langit. 

Suami, isteri, anak, jawatan, harta adalah "titipan sementara". 
Itulah kehidupan dunia.

Nikmatilah hidup ini selama kita masih memilikinya dan terus belajar untuk bersyukur dengan keadaan! 
“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

 "Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan"

"Seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia" 

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ☆⫸اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ༆☆اَلْحَمْدُلِلّهِ☆⫸ 
*─⃟ꦽ⃟𖧷̷۪۪ᰰ᪇🍃🌹🍃᪇𖧷̷۪۪ᰰ⃟ꦽ⃟—*
*@mencari ketenangan#*

Rabu, 19 Februari 2020

20.02.2020

Hakikat zuhud. 

Hadis riwayat lbnu Majah 

Baginda 
bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa 
yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu. 

Pengajaran hadis: 
(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.

(2) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah 
membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan 
hati dari mengingati perkara dunia. 

(3) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa 
yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan 
bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat
dilarang. 

(4) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah 
tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya 
memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman 
ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda 
selainNya.

@cintaluka

Selasa, 18 Februari 2020

18.02.2020

#PerkongsianIlmu

11 PERKARA INI BOLEH MENGERATKAN HUBUNGAN ADIK BERADIK

“Tidak masuk syurga orang yang memutus keluarga.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Melalui hadis ini sudah dijelaskan tentang betapa pentingnya menjaga hubungan silaturahim dalam kekeluargaan. Dalam hubungan adik beradik ini pasti ada pasang surutnya, terkadang ada tersalah faham dan terselisih pendapat. Namun semuanya itu boleh dibaiki dan dipulihkan semula, bak kata pepatah, ‘air yang dicincang tidak akan putus’.

Jadi bagaimana peranan setiap adik-beradik bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan agar ianya sentiasa subur dan erat selalu? Mari kita ikuti tips ini.

#1 – Solat Berjemaah

Solat secara berjemaah juga ialah cara yang terbaik untuk mengeratkan silaturahim. Apatah lagi selepas bersolat kita akan bersalaman sesama adik-beradik dan berdoa bersama-sama. Dengan itu hubungan kekeluargaan akan lebih diberkati oleh Allah SWT.

#2 – Makan Bersama

Waktu makan ialah waktu yang tepat bersama-sama atau berkumpul beramai-ramai. Tambahan lagi jika melibatkan adik beradik dan ahli keluarga yang ramai, keraplah makan bersama-sama.

Selain itu jika terdapat apa-apa majlis seperti kenduri dan keraian, berkunjunglah agar hubungan sesama adik-beradik setiasa rapat dan tidak terputus.

#3 – Peranan Ibu bapa

Dalam usaha mengeratkan hubungan sesama keluarga, peranan ibu bapa sangat penting. Jangan sesekali mengabaikan anak-anak dan yang paling penting elakkan sikap pilih kasih dan berat sebelah terhadap anak-anak.

Selain itu, ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh hubungan yang baik sesama pasangan selain banyak meluangkan masa dengan anak-anak. Dengan itu barulah anak-anak juga akan ikut sama berkasih sayang.

#4 – Berkongsi Masalah Dengan Adik-Beradik

Kebanyakan orang kerap menjadikan sahabat karib sebagai tempat meluahkan masalah, tetapi ahli keluarga juga adalah tempat yang lebih sesuai untuk menjadi penasihat dan pendengar yang baik.

Ini kerana faktor mereka lebih mengenali kita berbanding orang lain. Dengan itu sudah tentu mereka dapat memberi nasihat yang lebih tepat dan yang terbaik untuk kita sebagai ahli keluarganya.

#5 – Melakukan Aktiviti Bersama-sama

Jangan selesa apabila bersendirian tanpa keluarga dan adik-beradik. Lakukanlah apa-apa jua aktiviti secara bersama-sama. Ambillah waktu untuk bercuti bersama-sama ataupun melakukan aktiviti riadah dengan ahli keluarga seperti berkelah, membeli-belah dan sebagainya. Paling terbaik, adakan hari keluarga.

 
#6 – Menyambut Hari Penting

Ahli keluarga juga boleh mengeratkan hubungan dengan meraikan hari-hari penting bagi setiap ahli keluarga. Contohnya meraikan ulang tahun setiap adik-beradik, ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah dan sebagainya.

Tindakan ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim tetapi sebagai tanda penghargaan kepada ahli keluarga tersebut. Mereka juga akan berasa bahagia dan gembira.

#7 – Memberi Hadiah Dan Buah Tangan

Islam sangat menggalakkan umatnya untuk sentiasa memberi. Iaitu sebagai bentuk buah tangan atau hadiah. Contohnya jika pulang dari bercuti atau melancong, belilah apa-apa sahaja untuk ahli keluarga, biarlah tidak mahal tetapi tetap ada untuk mereka.

Jenama, harga dan rupa tidaklah penting, tetapi pemberian tersebut yang ikhlas akan memberi kesan. 

Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda,

“Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.”

(Hadis Riwayat Thabrani)

#8 – Sentiasa Berkomunikasi

Seringlah berhubung antara satu sama lain walaupun berada di tempat yang berjauhan. Dengan kemudahan teknologi hari ini sudah tidak ada alasan lagi untuk tidak berhubung.

Contohnya aplikasi whatsapp, facebook yang memudahkan kita menghubungi adik-beradik dan keluarga bila-bila masa sahaja. Tidak seperti zaman dahulu yang memerlukan sepucuk surat sampai berhari-hari lamanya.

#9 – Saling Menghormati

Hal yang sangat perlu dititikberatkan dalam menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah rasa hormat antara satu sama lain, terutamanya bagi adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Namun ni tidak bermakna abang dan kakak tidak perlu menghormati adik-adiknya. Hormat menghormatilah antara satu sama lain daripada aspek percakapan, perbuatan menjaga perasaan dan sebagainya. Jangankan kita sahaja mengharapkan orang lain menghormati kita tanpa kita menghormati orang lain terlebih dahulu.

#10 – Menghargai Dan Mencari Kelebihan Mempunyai Adik-Beradik

Ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak untuk bersyukur kerana diberi adik-beradik. Ajarlah mereka mensyukuri apa yang ada dan membandingkan diri dengan mereka yang tidak mempunyai adik-beradik.

Jangan sesekali berasa tertekan dan mengangap bilangan adik beradik yang ramai sebagai bebanan dan sukar, sebaliknya anggaplah kehadiran adik-beradik sangat memeriahkan dan tidak sunyi.

#11 – Mudah Memaafkan

Adalah perkara biasa jika terdapat perselisihan antara adik-beradik. Namun, hal tersebut jangan dipanjangkan dan segera diselesaikan daripada dibiarkan berlarutan. Segeralah memohon maaf dan mudahkanlah menghulurkan kemaafan.

Jangan ego dan terlalu meninggi diri dengan adik-beradik, tetapi keraplah bertolak ansur dan bersangka baik. Jika ada perkara salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita, maka tegurlah dengan cara yang berhikmah dan lemah lembut. Cara itu adalah lebih baik dalam menjaga keharmonian kekeluargaan.

Menjaga keharmonian institusi keluarga sangat penting dan dituntut dalam agama. Walaupun sering berselisih faham, bergaduh dan berebutkan benda, adik-beradik tetap mempunyai hubungan yang istimewa antara satu sama lain.

Disebabkan itulah jangan sesekali mengacuhkan hubungan kekeluargaan ini dengan tidak menjaga hubungan silaturahim bersama. 

Rasulullah SAW bersabda,

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahim).”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga bermanfaat.
Wallahu'alam.
@iMencari ketenangan #

18.02.2020 solat taubat

Assalamualaikum selamat pagi

Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.
"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.
Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.
Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;
Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

@mencari ketenangan #

Isnin, 17 Februari 2020

14.02.2020


Adakalanya kita pandai berkata-kata, sampai kita pun lupa apa yang kita kata.
Hidup ini ada pasang surut nya
Kadang-kadang kita disayangi
Kadangkala kita di benci
Biarpun tanpa alasan
Biar pun tanpa sebab yg munasabah
Jadi ingatlah
Jangan kita berkecil hati
Jika org lain salah faham
pada kita
Kerana Allah lebih faham
pada kita..
Kerana Allah lebih faham isi hati kita..
Apabila kita redha pada sesuatu
yang mengecewakn hati kita
Maka percaya lah Allah akan
menggantikan sesuatu yg tk disangka..!!!
.
Apabila tiba masanya, tiada istilah "tunggu dulu"
.🌹"Antara tanda kejayaan sesuatu pada akhirnya adalah dengan kembali kepada Allah pada permulaan."🌹

Ibn Atha'illah

‎💕 آللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم 💕
💎هاني💎


Yang pergi tetap akan pergi,
Walau pelbagai cara telah dilakukan,
Malaikat maut tidak akan berganjak sebelum sempurna tugasnya,
Cuba kau lihat langit yang biru,
Cuba kau lihat pokok-pokok yang tumbuh menghijau,
Cukup cantik ciptaanNya, 
Cukup sempurna kejadianNya,
Tetapi akhirnya ia akan musnah jua,
Begitulah juga kita manusia,
Akhirnya, akan MATI...

Assalamualaikum..😁
Selamat pagi sahabat..😁

❤️💜💚💛🧡❤️💜💚💛🧡



15.04.2020

Setiap insan perlu terima hakikat yang mana sebahagian orang tidak sesuai dalam hidupnya walaupun dia sangat menginginkan mereka.
Bila awak memilih suami, awak juga sedang memilih ayah, kawan, idola dan guru kepada anak-anak awak. So, choose wisely. Handsome is not everything..
Kita tengok balik gambar-gambar lama. Kita baca semula semua chat kita dengan dia. 

Kita pun senyum. Sesekali, kita ketawa. 
Subhanallah, lucunya! Banyak betul kenangan yang tercipta. 
Ya Allah, rindunya! Ya, dulu kita dan dia pernah berkongsi cinta dan bahagia. 

Tapi lepas tu, kita jadi muram. Kita mula terdiam. 
Melangut kita memikirkan apa yang terjadi sesudahnya. 
Sesudah bahagia, kenapa mesti ada air mata? 

Di mana silapnya? 
Sesudah cinta, kenapa mesti ada benci dan sakit hati? 
Kenapa mesti berakhir seperti ini?
Dan hati kita riuh tertanya-tanya sendiri. 
'Tuhan, dia apa khabar?'
'Adakah dia merindukan aku?'

Namun seketika kemudian, kita pun memadamkan persoalan itu. 
Kita pun tutup kenangan lama. Kita pun buka harapan baharu. 
'Tuhan, dia, dia. Dan aku, aku.'
Kita bukan ego. 
Kita bukan benci. 
Kita cuma semakin mengerti. 
Bukan semua perkenalan berakhir dengan ukhuwah. 
Kadang cuma singgah. 
Ada yang menaut atau meleraikannya. 
Allah. 
Tak ada yang lebih indah selain
Kesetiaan.. 

Tak ada yang lebih menarik selain Keikhlasan.. 
Tak ada yang lebih menawan selain Kejujuran.. 
Tak ada yang lebih baik selain
Kepercayaan.
Ilmu ni macam kekasih hati. Dia tak akan datang selagi kita tak cinta dan tunjuk "effort" kita padanya.

Semakin kuat cinta dan effort yang diberikan, semakin banyaklah ilmu itu sayang dan beri faedahnya pada kita.

Dia tak akan datang kalau kita berdiam diri, relaks serta hanya menunggu nasib dan keajaiban tiba.

Namun , kita perlu mencipta peluang untuk mendapatkannya.  

Baik lelaki atau perempuan, bila dengan ilmu kita ini ibarat timba dan ilmu itu ialah perigi dan air itu pula faedah dari ilmu.

Kalau nak rasa nikmatnya air perigi, kita kena usaha cari timba dan cedok naik berulang kali.

Bak kata pepatah;

لن ينال العلم براحة البدن
Tidak sesekali ilmu itu diraih dengan badan yang berehat-rehat.

Semoga lebih bersemangat wahai penuntut ilmu sekalian alam.
@mencari ketenangan #





15.02.2020

Bacalah selalu "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin" 

kerana kalimah ini ialah untuk hilangkan segala kesusahan & kesedihan.

USIA
Kita ingat umur kita yg muda ni, kita kuat, kita tak sakit, kita hidup lama. Kita ingat kita yg sihat ni, tubuh badan kita sempurna, kita tak pernah tua.

Hakikatnya, mati tak kenal usia. Sakit tak kenal usia. Dan kita tak sempurna. 

Sementara kita masih kuat, masih sihat, masih dikurniakan nafas, apa kata kita berbakti pada yg memerlukan, berbuat baik pada semua makhluk dan menjalankan tanggungjawab kita di dunia ini dgn sebaiknya. 

Dah besar kan semua? Boleh fikir mana baik, mana buruk kan? Maka usahalah untuk menjadi manusia yg lebih baik.
Bila merasa sendiri...
"Ucap Innallahha ma’ana '"
Bila rindu seseorang..
"Ma fi qalbi ghairullah "
Bila berharap sesuatu.
"Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah"

Ibu ayah disatu kan...
Mencipta sebuah impian...
Menanti kelahiran anaknda tersayang...
Disambut dgn penuh kegembiraan..
Dibesarkan anak dgn penuh kasih sayang.. 
Dilayan sgala karenah..
Dihantar kesekolah dgn penuh harapan..
Memberi duit belanja agar anak tidak kelaparan.. 
Wlpn sukar mndptkn shelai wang..

Jangan senang sangat cerita rahsia dekat orang. 
Tak semua orang yang kita anggap kawan tu dia anggap kita kawan jugak. 
Tak semua rahsia kita kena bagitau orang lain.
 Kecilkan circle, berkawan dengan orang yang betul betul rapat je.

Setiap kali kita tertekan jangan mencari keseronokan, sebaliknya cari lah ketenangan dengan mendekatkan diri pada tuhan.

@Mencari ketenangan #

11.02.2020 bila ada anak perempuan

BILA ADA ANAK PEREMPUAN!

Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan.
Jujur
Masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya

Mak sentiasa pesan,
Ada anak perempuan jangan ambil mudah..
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya amat besar 
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki

Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup 
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak

Bila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka tentang haid, 
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu

Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah, 
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung.. Perkongsian utk kita bersama ibu ayah🌹

15.02.2020 lalui dalam hidupku

Setiap orang yang lalui dalam hidup kita. Pasti ada sesuatu untuk kita belajar dari dia. Ambil pengalaman, kongsi ilmu, ikut apa yang baik. Bukan saja2 Allah aturkan tanpa sebab.
Doa agar Allah pelihara hati kita hingga sampai tepat pada orang yang Allah tetapkan dalam hidup kita.

Setiap kali kita rasa resah, cuba sebut sahaja “Allah” insyaAllah hati slowly akan tenang. Entah kenapa, tapi itulah yang terjadi.
"Semua manusia tertipu kecuali orang yang BERILMU,
semua orang berilmu tertipu kecuali yang beramal,
dan orang yang beramal juga tertipu kecuali yang IKHLAS"

Kita terlalu risau memikirkan soal cinta.
Yang terlalu susah untuk hadir mengetuk pintu jiwa.
Yang kadang kala membuatkan jiwa rasa kecewa.

Ditolak berkali kali oleh sang manusia. 
Kita lantas menyalahkan takdir Yang Esa.
Walhal kita sendiri pada awalnya sedang mengundang rasa kecewa.
Namun, kita buta.
Buta dikaburi janji manis yang kononnya setia.

Saat sedang bahagia.
Bahagia dalam dosa.
Kita sedar, tapi kita buat buat lupa.
Pedulikan sekeliling kita.
Sehinggakan Tuhan juga kita lupa.

Kita lupa bahawa kita hidup berTuhankan Yang Esa.
Kita lupa bahawa kita banyak mengingkari perintah Dia.
Tapi, Dia tak pernah lupa.

Hanya kita yang lupa.

Bangkitlah duhai jiwa.
Dari terus diperdaya oleh manusia yang kononnya memberi cinta.
Yang kononnya bakal membawa ke syurgaNya.
Tetapi adakah ini jalan ke syurgaNya?
Andai permulaannya sahaja sudah membawa kepada dosa.

Ajar diri jgn berfikir buruk pada semua benda, belajar kenali sesuatu dulu dgn baik, agar diri kita tak mudah selalu berfikir buruk pada sesuatu yg baru ketahui, bkn semua benda kita kena judge, and at the same time to keep it away the mind from the negative effects on the brain

Orang yang matang berani mengakui kesilapan dan tidak takut untuk berubah

Perkara ini selalu terjadi kepada kita, walaupun kepada orang yang pada mata kita dia adalah yang terbaik.

Akui sahaja kita hanyalah manusia biasa. Kita melakukan kesilapan. Kita lemah.

Tetapi jangan kerana disebabkan oleh kita pernah hilang arah, ia tidak bermakna kita akan hilang selamanya.

Sebab pada akhirnya, bukan kegagalan yang akan menentukan kita, tetapi bagaimana kita berusaha untuk memperbaiki diri.

Kehidupan di dunia adalah tidak sempurna, tetapi cukup baik dan cantik aturannya.

Kebanyakkan daripada kita pasti pernah terpesong disebeberapa ketika dalam sepanjang kehidupan ini, tetapi apa yang benar-benar penting ialah pengajaran yang diperoleh akibat kesilapan itu.

Ia bukan mengenai apa dan seberapa besar kesilapan yang kita buat itu, tetapi bagaimana kita bangun kembali dan sedar akan kesilapan kita. Yang penting kita membuka hati untuk berubah.

Melakukan kesilapan memang teruk, tapi apa yang lebih teruk lagi adalah tidak belajar daripada kesilapan itu.

Kunci untuk belajar dari kesilapan adalah dengan terlebih dahulu mengakui kesalahan kita dengan tanpa alasan, garu belakang kepala sedikit, dan buatlah perubahan yang perlu supaya kita dapat menjadi lebih matang jauh ke depan.

Sebab jika kita tidak boleh untuk mengakui kesilapan, kita tidak akan pernah matang.

Hanya orang yang matang sahaja akan tahu nilai sebuah kehidupan.

@Mencari ketenangan #

Ahad, 16 Februari 2020

Asalamualaikum wbt_
🍃🌼Salam 
Salam Pagi Isnin 🍃🌼

❤️💙Doa Hari Isnin 💙❤️

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah bantulah aku mengingatimu, memsyukuri nikmatmu dan memperbaiki ibadah kepada mu.
Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau,Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau” (HR. Bukhari no. 6306)
Ya Allah berkatilah diri kami dan ampunilah kami atas kelalaian kami.
Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu.
Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmu.
Ya Tuhanku, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai.
Ya Rabb hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta pertolongan.
Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan urusan kami.
Ya Allah sucikan jiwa kami dan perlindungi kami daripada ilmu yang sesat dan menyesatkan.
Ya Allah jauhkan juga kami daripada sifat yang keji dan mungkar.
Ya Allah ringankanlah diri kami untuk memperbanyakkan ibadah kami kepadaMu Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.
Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia serta tekun beribadah sebagai persediaan kami untuk akhirat. َ
Ya Allah kekalkanlah segala amalan kami ini secara berterusan dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu.
Ya Allah kami memohon bila kami terjaga diwaktu pagi terjagalah kami dalam fitrah Islam dan kalimah ikhlas dan dalam Islam agama Nabi kami Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah janganlah kami disibukkan dengan hal- hal dunia hingga kami lalai mengerjakan ibadah harian kami.
Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi taufik dan hidayah dan kekuatan iman.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur dan redha dengan apa yang kami ada pada hari ini dan sentiasa bersabar menghadapi segala ujian Mu.
Ya Allah makbulkanlah segala hajat kami dan Engkau maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.
Ya Allah jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti kepada ibu bapa kami.
Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan. rezeki itu kami semakin dekat denganMu Ya Allah. َ
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (kesudahan yang baik), dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (kesudahan yang buruk).
رَبَّنَا آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanatan wafil aakhirati hasanatan waqinaa ‘adzaabannaar.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. 
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Wasollallaahu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa'alaa aalihi wasohbihi wasallam.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keatas keluarga dan sahabat-sahabat bagina.
Aamin Aamin ya rabbal alamin

Selasa, 11 Februari 2020

11.02.2020 bila ada anak perempuan

BILA ADA ANAK PEREMPUAN!

Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan.
Jujur
Masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya

Mak sentiasa pesan,
Ada anak perempuan jangan ambil mudah..
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya amat besar 
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki

Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup 
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak

Bila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka tentang haid, 
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu

Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah, 
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung.. Perkongsian utk kita bersama ibu ayah🌹

11.02.202 tolonglah

Tolonglah 
Jangan tinggi suara dekat 
ibu , lagi lagi depan public

Ibu dah tua, kadang kadang tu mudah lupa. Sebagai seorang anak bagilah attention sedikit untuk mereka 

Ingat jangan bila ibu dah tak ada baru nak menyesal.
Kita hidup hanya sementara, kenapa perlu bazirkan masa untuk melakukan kejahatan, sedangkan kebaikan itu lebih indah. 
Abaikanlah apa manusia nak cakap, mereka cuma pandai menilai dan mengata, tapi tak pernah faham apa yang kita rasa.

Mencarut dan memaki bukan sunnah Rasulullah SAW

Jadi, elakkan dan jagalah mulut kita ini daripada menyebut perkataan yang sia sia. 

Kan BEST kalau istighfar bebanyak, terhapus juga sedikit dosa. 

Allah kan ada.

Ahad, 9 Februari 2020

10.02.2020 cara nak beli rumah

🏡Ramai yang tanya, peniaga boleh tak beli rumah🏡

Jawapannya: BOLEH

Dengan syarat mereka memenuhi syarat-syarat dibawah. 

Syarat-syaratnya mudah saja.

1. SSM enterprise lebih 2 tahun
2. Nama clear ccris/Ctos
3. Ada submit borang B LHDN

Jika purata keuntungan perniagaan setiap bulan :

RM1000 - layak loan rumah RM80k 
RM2000 - layak loan rumah RM160k
RM3000 - layak loan rumah RM240k 
RM4000 - layak loan rumah RM560k
RM5000 - layak loan rumah RM700k 
RM6000 - layak loan rumah RM840k
RM7000 - layak loan rumah RM980k 
RM8000 - layak loan rumah RM1.2 juta

PENIAGA HANYA PERLU TUNJUKKAN BORANG B(SEKURANG-KURANGNYA 2 TAHUN) KEPADA BANK SEBAGAI BUKTI PENDAPATAN.

Rabu, 29 Januari 2020

28.01.2020 selamat pagi

Selamat pagi sahabat dan saudaraku Anak-anak sibuk cari salah ibu bapa. Ibu bapa cari salah anak-anak pula. Soalannya, kalau saling menyalahkan, bila nak selesai? 
Hidup ni bukan setakat nak cari salah orang tapi perlu juga' cari salah sendiri. Kenapa? Supaya kita tak perasan Bagus 

Jalan hidup kita seperti sinopsis untuk masa depan. Apa yang kita buat itu yang akan jadi. Pilihan bahagia atau derita ditangan kita sendiri.
Hidup adalah sebuah pilihan.

Kita bebas untuk memilih bahagia atau sengsara.
Memilih untuk menjadi pribadi yang memaafkan atau justru menyimpan dendam.
Memilih untuk menjadi inspirasi atau malah sebagai sumber polusi.
Hidup adalah masalah pilihan.
Kebahagiaan semua boleh  dengan mudah diraih...  Namun kebahagiaan sejati juga tidak jauh dari jangkauan.
Cinta kasih ada disekeliling kita, namun dendam serta amarah juga dekat dengan kita.
Persahabatan sejati bukanlah hanya impian...  Namun pengkhianatan juga bukanlah sesuatu yang mustahil terjadi.
Hidup adalah masalah pilihan.
Hidup berbicara mengenai bagaimana kita menjalaninya,
Hidup berbicara mengenai bagaimana kita menghabiskan waktu. 
Hidup berbicara mengenai bagaimana kita menggapai semua impian. 
Hidup berbicara mengenai bagaimana kita memandang kehidupan itu sendiri.
Ada yang memandang kehidupan ini laksana angin yang berhembus.
Datang dan pergi tanpa bisa ditebak, menghilang tanpa ada kesan.
Ada yang menjalani hidup ini layaknya medan pertempuran.
Penuh perjuangan tanpa henti, pengorbanan dan tanpa kedamaian.

Tetapi sebagai makhluk paling sempurna dan khalifah di muka bumi.. Harusnya kita memandang hidup ini laksana emas mulia. 
Kita jalani dan jaga sebagai sebuah harta yang sangat berharga. 
Dan sebagai salah satu anugerah titipan Ilahi yang tak terhingga.
Jalani hidup dengan sepenuh asa dan impian. 
Jalani hidup sesuai koridor dan jalur yang telah ditetapkanNya. 
Berusaha tanpa henti dan iringi dengan untaian doa kehadapan Ilahi Rabbi. 
Melangkah setapak demi setapak sampai didapati mahkota kemuliaan.
Hidup adalah sebuah pilihan. 
Maka pilihlah jalan hidup Anda dan jalani dengan penuh kesadaran.
Salam Semangat ...!!

@mencari ketenangan#

Selasa, 28 Januari 2020

28.01.2020 ikbn pekan

TAWARAN KEMASUKAN PENGAMBILAN KEDUA (Second Intake) KE IKBN PEKAN SESI JANUARI 2020 TELAH DIBUKA!!
السَّلاَم ُعَلَيْكُم ْوَرَحْمَةُ اللّۤهِ وَبَرَكَاتُ
Salam Sejahtera /Salam Belia
Kursus Latihan Kemahiran (Sepenuh Masa) Yang Ditawarkan:

SMB 03 : SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL FABRIKASI BOILERMAKER
TEMPOH : 18 BULAN + 3 BULAN LATIHAN INDUSTRI (LI)
SKM TAHAP 3
KELAYAKAN : TAMAT TINGKATAN 5
KOD EKAMPUS : SMB03

SMS 03 : SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL PESAWAT KOMPOSIT
TEMPOH : 18 BULAN + 6 BULAN LATIHAN INDUSTRI (LI)
KELAYAKAN : SPM-Lulus BI
KOD EKAMPUS : SMS03

Tempat Terhad mohon segera
MENGAPA PILIH IKBN PEKAN?
 Yuran Pendaftaran yang minimal 
 Asrama / Penginapan dibiayai KBS 
 Makan & minum dibiayai KBS 
 Fasiliti Sukan 
 Bilik Kuliah Yang Selesa 
 Bengkel Kemahiran Yang Lengkap 
 Peluang pekerjaan disediakan 
KELAYAKAN UMUM:
 Warganegara Malaysia
 Belum Berkahwin/Bujang
 Sihat Fizikal & Mental
 Berumur 18 hingga 30 Tahun
 Sekurang-kurangnya Tamat Persekolahan Tingkatan 5
Pendaftaran segera ,sila hubungi
En Faizal
: www.wasap.my/+601156245383/IKBNPKSesiJanuari2020
atau
En. Zul hazmi
: www.wasap.my/+60133786700/IKBNPKSesiJanuari2020
atau
hubungi Pejabat
: 094514888
:http://kemahiran.kbs.gov.my/index.…/…/ikbn-pekan-laman-utama
/https://ekampus.kbs.gov.my
Facebook : @IKBNPekan https://www.facebook.com/IKBNPekan/
Jangan Lepaskan Peluang Ini..Jom Masuk IKBN PEKAN...!!!
#SKILLS4ALL
#jommasukIKBNPekan
Sekian, terima kasih.

28.01.2020

Orang yang selalu memberi nasihat atau semangat, tidak bermakna mereka tidak mempunyai masalah langsung. 

Barangkali mungkin itu salah satu cara mereka untuk terus kuat dalam menahan ujian. 

Jangan pernah menilai orang dari masa lalunya. Kerana kau tidak pernah tahu bagaimana perjuangan dia untuk mengubah dirinya menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Semuanya memerlukan proses. Kupu-kupu juga pernah menjadi sesuatu yang menjijikkan sebelum akhirnya menjadi indah.

Andai kita ingin meluahkan apa yang terpendam di jiwa pada tuhan yang Maha Esa. Luahkanlah segala galanya sehingga jatuhnya air mata. 
InsyaAllah engkau akan lega

Meskipun kita di sini dalam keadaan senang dan bahagia, sedang bersama dengan keluarga tercinta, sedang makan dengan makanan yang enak dan sebagainya. 

Jangan pula lupa untuk doakan seluruh saudara muslim di mana pun mereka berada yang sekarang ini sedang kesulitan, dizalimi dan teraniaya.

Bersenang-senang adalah hak kita tapi mendapatkan doa dari kita adalah hak mereka.Bila berkongsi kata kata yang baik bukan bermakna kita nak tunjuk baik

Tetapi apa salahnya kita berpesan pesan demi kebaikan walaupun kita sendiri banyak kekurangan.

Jangan sombong andai mempunyai sesuatu. Tetapi bersyukurlah agar الله menambahkan lagi nikmat yang sedia ada.
Jangan mengeluh andai ada kekurangan, tapi redha & berusahalah kepadaNya. 
Kerana mengeluh tidak akan mengubah apa-apa.
@mencari ketenangan #
🐒🌳🌳🌳🌳🌳🌺🌺🌺🌺🌺🌾🙈🙊

28.1.2020 piliham hidup

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات

Sahabat sekalian...

Hidup penuh pilihan. Apa yg kita pilih hari ini akan menentukan masa depan kita. Pilihlah yg membuatkan kita jadi seseorang yg lebih baik.

Keluarga adalah amanat dari Tuhan. Hendaknya segala yang kamu lakukan adalah untuk keindahan dan kebahagiaan keluarga.

Kebahagiaan bukan terletak pada apa yang kita miliki, 
tetapi kebahagiaan terletak pada cara kita menghargai apa yang kita miliki.

Kadang,

Aku takut untuk hilang setiap apa yang aku sayang. Takut mereka yang aku sayang pergi meninggalkan aku buat selama lamanya. Takut mereka yang aku sayang melupakan aku dengan sekelip mata. Aku hanya manusia biasa, manusia yang memerlukan manusia lain untuk terus bangkit dalam hidup. 

Aku hanya mampu titipkan doa buat semua insan yang aku sayang. Tuhan, jagakan mereka untuk diriku ini. Aku sayang mereka! ❤️

Dunia ini penuh penipuan, 
Kadang nampak indah di mata, 
Tapi ianya sebenarnya menghancurkan kita.

Tiada apa yang kekal di dunia ini, 
Semuanya pasti akan binasa, 
Yang hidup pasti akan mati, 
Yang tumbuh pasti akan hilang.

Hanya allah tetap ada dan kekal, 
Tiada tempat berharap selain-Nya,
Kerana dia tempat mengabulkan segala harapan yang kita hajatkan.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, 
Allah tahu apa yang tersimpan di dalam hati kita, 
Jika dia nak tarik apa yang kita ada, 
Sekelip mata ianya akan hilang, 

Sebelum kita pergi dari dunia, 
Perbaikilah diri, perbanyakkanlah amal, 
Kerana di sana nanti adalah tempat penyesalan bagi semua manusia yang pernah hidup di dunia.. 

Dunia hanya tempat beramal, 
Akhirat adalah tempat menghitung amalan, 
Sama ada syurga atau neraka yang bakal kita masuk untuk selamanya.. 🍃

@mencari ketenangan #
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
🎋🎋🎋🎋🎋🎋🎋🎋🎋🎋🎋🎋🎋🎋
🐒

Sabtu, 18 Januari 2020

19.01.2020

Selamat pagi sahabat dan saudaraku Anak-anak sibuk cari salah ibu bapa. Ibu bapa cari salah anak-anak pula. Soalannya, kalau saling menyalahkan, bila nak selesai? 
Hidup ni bukan setakat nak cari salah orang tapi perlu juga' cari salah sendiri. Kenapa? Supaya kita tak perasan Bagus 

Jalan hidup kita seperti sinopsis untuk masa depan. Apa yang kita buat itu yang akan jadi. Pilihan bahagia atau derita ditangan kita sendiri.
Hidup adalah sebuah pilihan.

Kita bebas untuk memilih bahagia atau sengsara.
Memilih untuk menjadi pribadi yang memaafkan atau justru menyimpan dendam.
Memilih untuk menjadi inspirasi atau malah sebagai sumber polusi.
Hidup adalah masalah pilihan.
Kebahagiaan semua boleh  dengan mudah diraih...  Namun kebahagiaan sejati juga tidak jauh dari jangkauan.
Cinta kasih ada disekeliling kita, namun dendam serta amarah juga dekat dengan kita.
Persahabatan sejati bukanlah hanya impian...  Namun pengkhianatan juga bukanlah sesuatu yang mustahil terjadi.
Hidup adalah masalah pilihan.
Hidup berbicara mengenai bagaimana kita menjalaninya,
Hidup berbicara mengenai bagaimana kita menghabiskan waktu. 
Hidup berbicara mengenai bagaimana kita menggapai semua impian. 
Hidup berbicara mengenai bagaimana kita memandang kehidupan itu sendiri.
Ada yang memandang kehidupan ini laksana angin yang berhembus.
Datang dan pergi tanpa bisa ditebak, menghilang tanpa ada kesan.
Ada yang menjalani hidup ini layaknya medan pertempuran.
Penuh perjuangan tanpa henti, pengorbanan dan tanpa kedamaian.

Tetapi sebagai makhluk paling sempurna dan khalifah di muka bumi.. Harusnya kita memandang hidup ini laksana emas mulia. 
Kita jalani dan jaga sebagai sebuah harta yang sangat berharga. 
Dan sebagai salah satu anugerah titipan Ilahi yang tak terhingga.
Jalani hidup dengan sepenuh asa dan impian. 
Jalani hidup sesuai koridor dan jalur yang telah ditetapkanNya. 
Berusaha tanpa henti dan iringi dengan untaian doa kehadapan Ilahi Rabbi. 
Melangkah setapak demi setapak sampai didapati mahkota kemuliaan.
Hidup adalah sebuah pilihan. 
Maka pilihlah jalan hidup Anda dan jalani dengan penuh kesadaran.
Salam Semangat ...!!

@mencari ketenangan#

Isnin, 13 Januari 2020

selamat pagi

🐝السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه🐝
              
               Doa pagi ini...
💖بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ💖
💖🌾Ya ALLAH di pagi yg mulia ini ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, seluruh ahli keluarga kami, saudara-saudara kami,  sahabat-sahabat kami dan seluruh umat islam. Panjangkan umur kami. Kurniakan kami keselamatan & kesihatan yg baik. Tunjukanlah kami jalan yg benar. Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat serta masukkanlah kami ke dalam syurga Mu aamiin.. Ya ALLAH...🌾💖َ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.  
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

ْ