Isnin, 17 Februari 2020

15.02.2020 lalui dalam hidupku

Setiap orang yang lalui dalam hidup kita. Pasti ada sesuatu untuk kita belajar dari dia. Ambil pengalaman, kongsi ilmu, ikut apa yang baik. Bukan saja2 Allah aturkan tanpa sebab.
Doa agar Allah pelihara hati kita hingga sampai tepat pada orang yang Allah tetapkan dalam hidup kita.

Setiap kali kita rasa resah, cuba sebut sahaja “Allah” insyaAllah hati slowly akan tenang. Entah kenapa, tapi itulah yang terjadi.
"Semua manusia tertipu kecuali orang yang BERILMU,
semua orang berilmu tertipu kecuali yang beramal,
dan orang yang beramal juga tertipu kecuali yang IKHLAS"

Kita terlalu risau memikirkan soal cinta.
Yang terlalu susah untuk hadir mengetuk pintu jiwa.
Yang kadang kala membuatkan jiwa rasa kecewa.

Ditolak berkali kali oleh sang manusia. 
Kita lantas menyalahkan takdir Yang Esa.
Walhal kita sendiri pada awalnya sedang mengundang rasa kecewa.
Namun, kita buta.
Buta dikaburi janji manis yang kononnya setia.

Saat sedang bahagia.
Bahagia dalam dosa.
Kita sedar, tapi kita buat buat lupa.
Pedulikan sekeliling kita.
Sehinggakan Tuhan juga kita lupa.

Kita lupa bahawa kita hidup berTuhankan Yang Esa.
Kita lupa bahawa kita banyak mengingkari perintah Dia.
Tapi, Dia tak pernah lupa.

Hanya kita yang lupa.

Bangkitlah duhai jiwa.
Dari terus diperdaya oleh manusia yang kononnya memberi cinta.
Yang kononnya bakal membawa ke syurgaNya.
Tetapi adakah ini jalan ke syurgaNya?
Andai permulaannya sahaja sudah membawa kepada dosa.

Ajar diri jgn berfikir buruk pada semua benda, belajar kenali sesuatu dulu dgn baik, agar diri kita tak mudah selalu berfikir buruk pada sesuatu yg baru ketahui, bkn semua benda kita kena judge, and at the same time to keep it away the mind from the negative effects on the brain

Orang yang matang berani mengakui kesilapan dan tidak takut untuk berubah

Perkara ini selalu terjadi kepada kita, walaupun kepada orang yang pada mata kita dia adalah yang terbaik.

Akui sahaja kita hanyalah manusia biasa. Kita melakukan kesilapan. Kita lemah.

Tetapi jangan kerana disebabkan oleh kita pernah hilang arah, ia tidak bermakna kita akan hilang selamanya.

Sebab pada akhirnya, bukan kegagalan yang akan menentukan kita, tetapi bagaimana kita berusaha untuk memperbaiki diri.

Kehidupan di dunia adalah tidak sempurna, tetapi cukup baik dan cantik aturannya.

Kebanyakkan daripada kita pasti pernah terpesong disebeberapa ketika dalam sepanjang kehidupan ini, tetapi apa yang benar-benar penting ialah pengajaran yang diperoleh akibat kesilapan itu.

Ia bukan mengenai apa dan seberapa besar kesilapan yang kita buat itu, tetapi bagaimana kita bangun kembali dan sedar akan kesilapan kita. Yang penting kita membuka hati untuk berubah.

Melakukan kesilapan memang teruk, tapi apa yang lebih teruk lagi adalah tidak belajar daripada kesilapan itu.

Kunci untuk belajar dari kesilapan adalah dengan terlebih dahulu mengakui kesalahan kita dengan tanpa alasan, garu belakang kepala sedikit, dan buatlah perubahan yang perlu supaya kita dapat menjadi lebih matang jauh ke depan.

Sebab jika kita tidak boleh untuk mengakui kesilapan, kita tidak akan pernah matang.

Hanya orang yang matang sahaja akan tahu nilai sebuah kehidupan.

@Mencari ketenangan #

Tiada ulasan:

Catat Ulasan