Ahad, 24 Mac 2019

Persiapan untuk bekerja 15.02.2019

Ketahuilah bahawa persiapan untuk mendapatkan pekerjaan bukan bermula apabila anda graduate atau pada semester akhir. Sebaliknya ia bermula pada hari pertama anda melangkah ke universiti. Bersiaplah awal-awal!
Dan akhir sekali keenam, berhenti merungut dan menghentam sana-sini melalui fake profile Twitter/FB. Perbuatan itu hanya menyuburkan jiwa kerdil, penakut dan negatif. Secara tak disedari, ciri-ciri itu sebati dalam diri dan anda jadi penikus apabila berhadapan dengan realiti.
Kelima, fahami bahawa orang yang ada ijazah terlalu ramai. Ambil kesempatan pekerjaan pertama dan kedua untuk cari pengalaman dan bina networking. Dari situ, cuba "melompat" ke pekerjaan yang lebih baik. Awal-awal tak mengapa bekerja dengan syarikat kecil dulu.
Keempat, bina networking. Ambil kesempatan aktiviti persatuan/akademik bina hubungan dengan kepimpinan politik, kepimpinan pentadbiran dan kepimpinan bisnes/korporat. Ramai orang dapat kerja bukan melalui iklan, tetapi recommendation orang yang pernah bekerja dengan mereka.
Ketiga, aktif dalam aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti ini anda belajar memimpin, bina keyakinan diri, asertif, dan berkomunikasi. Anda juga belajar hubungan perorangan, pengurusan konflik, dan skil pemujukan (persuasive skill). Kesemua ini penting sewaktu temuduga nanti.
Kedua, kuasai bahasa Inggeris. Bahasa Melayu penting, tetapi seseorang yang boleh berbahasa Inggeris dengan fasih akan lebih disukai oleh majikan. Gunakan BI sewaktu di universiti. Belasah saja. Buat silap dan belajar dari kesilapan itu. Insya-Allah, lama-lama pandai.
Pertama, fahami bahawa 85% kejayaan dalam kerjaya ditentukan oleh soft skills (komunikasi, bahasa, perundingan, hubungan perorangan, dll). 15% lagi ditentukan oleh skil teknikal. Sekiranya kita dapat CGPA 3.8 tetapi tak boleh berkomunikasi dengan baik, susah nak dapat kerja.
30 tahun dulu, "mahasiswa" mudah dapat kerja. Graduan tak ramai. Hari ini, suasana berubah. Perebutan mendapat pekerjaan cukup kompetitif. Majikan sudah memilih. Apakah yang "mahasiswa" boleh lakukan untuk persiapkan diri tatkala masih belajar? Baca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan