Jumaat, 22 Mac 2019

23.03.2019 sakit hati

SAKIT HATI ITU PENYEKAT REZEKI.

Sakit hati sebab apa?
Sebab takde orang faham kita. Suami. Isteri. Adik beradik. Keluarga. Kawan kawan. Semua tak faham kita.

Sungguh, bila penat & terlalu banyak masalah nak selesaikan fikir itu ini memang kita akan stress. Mula la nak marah semua orang. Tu tak kena. Ini tak kena.
Betul tak ?

TAPI

Sedar tak bila kita sakit hati itu akan menjadi penyebabnya sempit rezeki ?

Sebab apa, sebab rezeki hanya akan datang pada hati yang tenang sahaja. Sakit hati tak akan bawa kita ke mana pun.

Macam mana nak bagi tenang hati ni ?

Susah. Betul. Memang susah pada mulanya. Kena didik la hati kita. Tak akan ada manusia yang akan faham kita sepenuhnya. Don't expect people will understand you.

So, siapa yang sebenar benarnya akan faham kita ni ? Allah.

Ya, hanya Allah. Kadang tengah sedih, marah kita lupa semua tu. Luahkanlah apa sahaja padaNya. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Bukan luahan di media sosial semata.

Sandarkan hidup kita hanya pada Allah sahaja nescaya kita tidak sedikit pun akan kecewa.
Ma Fi Qalbi Ghairullah ❤

@mencari keredaan#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan