Jumaat, 28 Julai 2017

Nasihat untuk yang dah tua umur 50 tahun

15 NASIHAT UNTUK YANG DAH BERUMUR 50 TAHUN

BERAPA UMURMU?  -  SUDAH 50 TAHUN?

"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun"
(Hadith Riwayat Bukhari)

Al-Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. kerana usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dengan kematian...

Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah."
(Tafsir al-Qurthubi)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun,

*Nasihat Fudhail kepadanya:*

"Bererti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai ... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus ..!"

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 50 tahun:

1. Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.

2. Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal salih.

3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.

4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.

5. Perbanyak doa mengharap keredha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.

6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.

7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.

8. Kerapkan menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.

9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.

10. Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.

11. Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.

12. Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

13. Berhentilah dari semua maksiat !

*mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu*

*tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu*

*mulut, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*

*telinga, berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat*

14. Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

15. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan

Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum 50 tahun, kerana...

*KEMATIAN TIDAK MENGENAL UMUR.*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211958936142093&id=1033128226

Jumaat, 21 Julai 2017

ASSALAMUALAIKUM.

Satu jari tunjuk☝kat org.lain, 4 jari tunjuk diri sendiri.

ORG.BERIMAN BERHADAPAN ANTARA 5 UJIAN YG.BERAT.

1)ORG.BERIMAN YG.DENGKI KPD.NYA.

2)ORG.MUNAFIK YG.BENCI KPD. NYA.

3)ORG.KAFIR YG.MEMERANGI NYA.

4)SYAITAN YG.CUBA MENYESATKAN NYA.

5)NAFSU YG.MENGHALANGNYA.

-Apakah aku org yg beriman tetapi dengki kpd org beriman yg lain.
-Adakah aku menjadi munafik yg benci kpd org yg beriman.
-Aku bukan kafir,tapi apakah aku menjadi org yg membatu kafir utk memerangi org beriman.
-Apakah aku tlh di sesatkan oleh syaitan utk bermusuh dgn org yg beriman.
-Adakah aku termasuk dlm golongan yg mengikut hawa nafsu ku utk menjatuhkan org beriman.

"Org.beriman lelaki dan org beriman perempuan saling membantu satu sama lain.
Mereka mengajak yg makruf dan mencegah yg mungkar.
Mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat serta taat kpd Allah dan Rasulnya."

SEMOGA BERMANFAAT UTK DIRI SENDIRI.

(OBC)
Ketua Urusan Ulamak Pas Sg.Petani.

Selasa, 18 Julai 2017

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*
ُ
                                      *&*

*وَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*

*Semoga hari ini kita* *sentiasa* *dalam* *perlindungan* *ALLAH* *swt,* *dipermudahkan* *segala* *urusan,* *perjalanan,* *diteguhkan* *silaturrahim*  *sesama* *kita, dilimpahkan dengan* *rezeki yang bertambah* *dan sentiasa*  *memperoleh rahmat dari Nya.*

*آمِيّنْ آمِيّنْ آمِّيْنَ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ*َ

Kenapa mesti kembali kepada jahiliah

Rabu
25 Syawal 1438H
19 July 17

سَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Hadis Rasullullah SAW

MENGAPA MESTI KEMBALI KEPADA JAHILIAH?

Hadis dan huraian

Riwayat:  Muslim
  
Daripada  Amru bin al-Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud : Tidakkah engkau ketahui bahawa Islam itu meruntuhkan apa yang ada sebelumnya, hijrah menghapuskan apa yang ada sebelumnya dan sesungguhnya haji itu menghapuskan apa yang ada sebelumnya?

Pembaharuan yang dimaksudkan di sini bukan sahaja terbatas dalam bidang agama, tetapi mencakupi semua aliran pemikiran yang pernah diguna pakai oleh umat Muslimin untuk membangun dan memajukan ummah. Dalam era baru zaman kini umat Islam daripada semua lapisan dan peringkat umur wajib mengembalikan diri masing-masing kepada cara hidup yang menjanjikan kekuatan. Segala-galanya bertujuan menebus kembali maruah dan martabat diri. Kekuatan yang wajib dikembalikan ialah kekuatan iman yang akan melahirkan usaha dan amalan produktif, kemajuan dan pembangunan yang kukuh. Segala-galanya bertunjangkan kepada nilai akhlak tinggi berdasarkan al-Quran dan al-sunah yang didatangkan bukan untuk membawa keruntuhan tetapi meninggikan pencapaian akhlak dan pengertiannya. Malangnya masih wujud sebilangan besar masyarakat yang mengambil unsur negatif dari kehidupan zaman jahiliah yang bertentangan dengan agama dan kemanusiaan sebagai jalan pintas menjalani kehidupan yang diinginkannya. Inilah antara penyakit yang sedang menjalar dan menular pantas dalam nadi masyarakat Islam hari ini menyebabkan keruntuhan Islam. Oleh itu pembaharuan sikap dan pemikiran amat perlu bagi membolehkan umat Islam mencapai kemajuan serta kecemerlangan dalam membina kehidupan yang lebih baik seterusnya mendapat keredaan Allah 

Tazkirah

ALLAH MELEBIHKAN DARJAT KEPADA MEREKA YANG BERJIHAD DENGAN HARTA DAN NYAWA MEREKA

      Firman Allah SWT

دَرَجَـٰتٍ مِّنۡهُ وَمَغۡفِرَةً وَرَحۡمَةً  ۚ  وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah An-Nisa ayat 96

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Isnin, 17 Julai 2017

04.10.2017

السلام عليكم ورحمة الله

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berakhir...Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir..

Jadi hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri.. bukan dari luar..

Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru...bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi:
Hikmah di setiap cubaan... jawapan di setiap doa..

Jangan pernah menyerah.. Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan.. maka nikmatilah..

Jika hidup adalah tentangan.. maka hadapilah..

Jika hidup adalah anugerah.. maka terimalah..

Jika hidup adalah tugas.. maka selesaikanlah..

Jika hidup adalah cita-cita.. maka capailah..

Jika hidup adalah peluang.. maka ambillah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah:
Cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah:
Putus Asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah:
Ikhtiar.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah:
Doa.
😊Semoga dipermudahkan  Allah segala urusan kita hari ini.

Maaflah sesama saudara

Ada orang sedih..😪😪

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun.

Saya je kena ziarah mereka.
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah ..

Mai saya bagi tau.

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat.

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ jealous.

So biarkan orang yang x mau menyambung silaturahim.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi.

Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka bz. Ada hal lebih penting daripada silaturahim. 

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sirna nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

(Manfaatkanlah dibulan syawal yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

Muhasabah seorg insan dhaif 🎯

*SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA:*

Saya menziarahi seorang kawan yg kematian ibunya yang dijaga selama ini, dia berbisik kepada saya masa bersalam,
"Telah *HILANG lah PINTU SYURGA* di RUMAH saya..."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dengan ajakan untuk bersabar.

Apakah maksud *PINTU SYURGA di RUMAH nya telah HILANG ????*

Ini satu PERKATAAN orang ber ILMU, orang yang MENGETAHUI......

Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in  *Iyas bin Mu’awiyah,* yang menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya.

Apabila ditanya pada beliau,
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa ?"
Maka beliau menjawab,
*“aku tidak MENANGIS karena KEMATIAN,* kerana yang *HIDUP pasti akan MATI....*Akan tetapi yang membuat aku menangis kerana dahulu aku memiliki *DUA PINTU ke SYURGA*...
Tapi hari ini *TERTUTUP*lah *SATU PINTU* dan tidak akan di buka sampai hari Kiamat.

Aku memohon pada *ALLAH swt* agar aku boleh menjaga *pintu SYURGA yang keDUA*

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda *Rasulullah SAW* dari *Abu Darda RA* 

*Rasulullah SAW* bersabda:
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
*ORANG TUA* ( ibu & ayah) adalah *PINTU SYURGA* paling tengah .

Kamu boleh *SIA-SIA kan* pintu itu atau kamu *MENJAGA nya* . (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua *IBUBAPA* kita adalah ibarat *PINTU SYURGA* bagi setiap *ANAK,*
dengan maksud jika kita *BERKHIDMAT dan BERBUAT BAIK* kpd *KEDUA* nya, maka *ALLAH* akan beri ganjaran *SYURGA, tapi siapa yg *MENSIA-SIA kan PELUANG* ini, akan *TERLEPAS lahPELUANG* ke *SYURGA*

Bahkan mereka itu *CELAKA*

*Rasulullah SAW* bersabda,
*CELAKA, CELAKA, CELAKA*

Lalu ditanyakan pada *Baginda,* *SIAPA* (yang celaka)
wahai *Rasulullah ??*
Maka *Baginda* bersabda :
*"SIAPA* saja yang menjumpai *KEDUA ORANG-TUA*nya, baik *SALAH SATU atau KEDUA-DUA*nya *di KALA mereka LANJUT USIA,* akan *TETAPI* (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke *syurga* . *(HR. Muslim)*

Saya nak mengajak kamu semua agar *TIDAK MENSIA-SIA kan* peluang *PINTU SYURGA* yang ada di *RUMAH kamu*, *LEBIH- LEBIH* lagi jika *USIA KEDUA ORG TUA* telah lanjut, *MELANGKAH* lah ke *PINTU* itu dengan *BERBUAT BAIK* kpd *KEDUAnya* .
Sebelum kita *meninjau KELUAR untuk mencari SYURGA...*

JANGAN *abaikan PINTU SYURGA* yg diibarat kepada *IBUBAPA* yang *ALLAH KURNIAkan* dirumah kita .

Dalam hidup kita, *ALLAH* buka banyak kesempatan untuk ke *SYURGA,* samada kita *SEDAR atau TIDAK MAHU meREBUT*nya.

Kemudian *ALLAH* ambil balik *SATU demi SATU* peluang ini,

Maka *TERTUTUP lah SATU demi SATU* kesempatan untuk ke *SYURGA* melalui pintu *KETAATAN* keatas *IBUBAPA* kita.

*MEREKA yang LALAI dengan DUNIA*nya tidak akan terasa apa-apa dengan *TERTUTUP nya PINTU SYURGA* untuknya, tetapi mereka yang mengetahui, seperti SAHABAT saya ini, akan melihat *KEMBALI nya IBU atau BAPA* bagai *TERTUTUP* nya *PINTU SYURGA di RUMAH nya .*

Santuniah *IBUBAPA* mu sementara mereka *MASIH ADA,* (sementara *PINTU SYURGA di RUMAH* mu *MASIH TERBUKA )*
____________________________
SHARE KEPADA ADIK BERADIK, SAHABAT HANDAI KALIAN SEBAGAI INGATAN. SEMOGA KITA MENJADI ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH.
INSYAALLAH, AAMIIN

SEMOGA BERMANAFAAT

Keberkatan hidup

.
Assalamualaikum w.b.t..

KEBERKATAN HIDUP

Jenis2 keberkatan:

1. Keberkatan dalam hidup.

Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.

Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.

2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya).

Contohnya:
Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.

3. Keberkatan pada rezeki.

Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit.  Ramai  orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.

Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat  dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.

4. Keberkatan pada ilmu.

Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

5. Keberkatan pada rumah.

Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai  tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah. 

6. Keberkatan pada keluarga.

Keluarga yang  berkat adalah keluarga yang dapat  membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang  sakinah mawadah wa rahmah.

7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi  ke arah  kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

8. Keberkatan pada pekerjaan.

Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.

Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan  melakukan amalan kebaikan yang lainnya.

Semoga ada manfaatnya...

Dato Fadilah Kamsah..
✍🏼🌹🍃

السلام عليكم ورحمة الله

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berakhir...Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir..

Jadi hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri.. bukan dari luar..

Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru...bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi:
Hikmah di setiap cubaan... jawapan di setiap doa..

Jangan pernah menyerah.. Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan.. maka nikmatilah..

Jika hidup adalah tentangan.. maka hadapilah..

Jika hidup adalah anugerah.. maka terimalah..

Jika hidup adalah tugas.. maka selesaikanlah..

Jika hidup adalah cita-cita.. maka capailah..

Jika hidup adalah peluang.. maka ambillah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah:
Cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah:
Putus Asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah:
Ikhtiar.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah:
Doa.
😊Semoga dipermudahkan  Allah segala urusan kita hari ini.

Jumaat, 14 Julai 2017

Situasi dalam bahaya

*SILA BACA, JANGAN ABAIKAN*

Bila perempuan berhadapan satu situasi..

SITUASI 1
sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.
dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.

SITUASI 2
ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

SITUASI 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

SITUASI 4
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.

SITUASI 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! apa nak buat? ketaq dah ni

Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

sekian

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!

*MOHON DI VIRALKAN KEPADA GROUP² LAIN*

Coretan dalam hidupku

Sudah 49 tahun hamba hidup kat dunia ini. Pelbagai perkara dan pengalaman yang di ceduk di sana sini. Ada yang baik dan ada yang kurang menyenangkan hati namun semuanya datang dari Illahi. Tiada yang di takdirkan sia-sia oleh Allah SWT. Begitulah peraturan kehidupan yang telah Allah SWT tetapkan buat kita hamba-hambaNya.

Terkenangkan saat mulakan langkah sebagai anak yatim suatu ketika dulu, langkah agak sukar lantaran tiada penguat semangat di belakang namun langkah harus diteruskan kerna masih ada ibu di sisi sebagai pemberi sokongan supaya jangan terus jatuh menghempap di lantai. Mungkin perjalanan pada awalnya agak hambar lantaran semangat dan sumber kekuatan telah terkubur bersama jasad namun Allah SWT meniupkan sesuatu ke dalam hati dan menghadiahkan kekuatan di saat diri dan keluarga hilang tempat bergantung seketika. Allah SWT lah tempat mengadu dan meminta pertolongan.

Kini sudah 35 tahun hamba pergi dan pelbagai pekerjaan pernah hamba lakukan sepanjang 35 tahun. Hamba pernah bekerja kedai makanan, dan sekarang dah memiliki kedai sendiri Sangat menarik kehidupan hamba kerana pelbagai pengalaman yang hamba dapat ambil. Allah SWT memberikan hamba pengetahuan dan merasai kehidupan yang serba mencabar ini dengan semangat yang kuat di hati.

Kini 2017, ramadhan untuk hamba mencari rezeki, meniaga, tiada lagi tempat untuk hamba Kenangan-kenangan silam terus bermain dalam kotak hati dan fikiran dan di tayangkan supaya hamba terus sedar bahawa hamba hanyalah manusia biasa yang tidak punya apa-apa di dunia, dan hamba harus bekerja untuk memperolehi rezeki dari Allah SWT dan terus taat dan sabar menghadapi masa muka yang hamba kurang pasti bagaimana ceritanya. Mungkin suatu saat hamba harus mengulanginya semula dan mencorakkannya supaya menjadi lebih baik dari dahulu. Sesungguhnya hanya Allah SWT mengetahui tentang masa depan hamba. Dan hamba perlukan semangat dan kekuatan dari Allah SWT untuk meneruskan langkah supaya hamba tidak terjatuh dan patah semangat.

p/s: tibe-tibe rasa kenangan semalam banyak mengajar hamba sesuatu dan hamba menjadi hamba sekarang lantaran pengajaran kehidupan yang Allah SWT berikan pada hamba. Terima kasih kepada Allah SWT kerna menghadiahkan pengalaman yang baik buat hamba. LOVE ALLAH! Aamiin
Daripada z@m ..

Gurindam

*Gurindam*

Apabila banyak berkata kata,
Di situ jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suku Itu tanda hampiri duka.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencacat orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
*AMBILLAH*

‎~Ambillah waktu untuk BERFIKIR,kerana itu adalah sumber KEKUATAN.

~Ambillah waktu untuk BERDOA,kerana itu adalah sumber KETENANGAN.

~Ambillah waktu untuk BELAJAR,kerana itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN.

~Ambillah waktu untuk BERSAHABAT,kerana itu adalah jalan menuju KEBAHAGIAAN.

~Ambillah waktu untuk TERTAWA,kerana itu adalah MUZIK yang MENGGETARKAN HATI.

~Ambillah waktu untuk MEMBERI,kerana itu membuatkan hidup terasa BERERTI.

~Ambillah waktu untuk BEKERJA,kerana itu adalah nilai KEBERHASILAN.

~Ambillah waktu untuk BERAMAL,kerana itu adalah KUNCI MENUJU SYURGA.

Hargailah waktu lapangmu bagai hari ini yang terakhir buatmu~

Rabu, 12 Julai 2017

Keberkatan hidup

.
Assalamualaikum w.b.t..

KEBERKATAN HIDUP

Jenis2 keberkatan:

1. Keberkatan dalam hidup.

Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.

Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.

2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya).

Contohnya:
Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.

3. Keberkatan pada rezeki.

Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit.  Ramai  orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.

Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat  dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.

4. Keberkatan pada ilmu.

Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

5. Keberkatan pada rumah.

Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai  tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah. 

6. Keberkatan pada keluarga.

Keluarga yang  berkat adalah keluarga yang dapat  membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang  sakinah mawadah wa rahmah.

7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi  ke arah  kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

8. Keberkatan pada pekerjaan.

Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.

Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan  melakukan amalan kebaikan yang lainnya.

Semoga ada manfaatnya...

Dato Fadilah Kamsah..
✍🏼🌹🍃

Umur semakin tua

Seorang suami yg berumur 60 ingin menguji tahap pendengaran isterinya yg berumur 55.
Dari jarak 10meter suami memulakan :-

Suami : awak masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 7meter pula.
Suami : awak masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 5meter pula.
Suami : awak masak apa hari ni..?
Dia masih dapati isterinya masih senyap.

Dari jarak 3meter pula.
Suami : awak masak apa hari ni..?
Isterinya senyap jugak.

Dari jarak 1meter...dengan suara yg lebih kuat.
Suami : awak masak apa hari ni..?

Kali ni isterinya terus menjawab.
Isteri : awak ni dah pekak ke???...dah 5 kali saya jawab...awak tanya gak lagi....

Sang suami pun terus diam dan terus keluar rumah untuk sidai kain.

"SELAMAT MENITI HARI TUA"

Sabtu, 8 Julai 2017

Hati-hatilah bila berbicara

*Hati-hatilah berbicara*

Kisah Pertama :
Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas.  Kata kakaknya lagi, "Uish!! Takkan camtu?, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa." Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, dilihat isterinya sedang merajuk sedih  di rumah.
Mereka berdua sering bergaduh sejak itu. Taklama kemudian,  suami dan isteri ini bercerai.
Dari mana punca masalah rumahtangga mereka?
Hanya dari pertanyaan  yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya.

Kisah kedua :
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?” Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

Kisah ketiga :
Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Sikitnya!!!, majikan kamu tidak reti menghargai kerja kamu.
Mana cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak itu dia membenci pekerjaannya.
Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

Kisah keempat :
Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang melawat makcik dalam sebulan? "
Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "uish!! melampau sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih.
Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya.
Makcik tadi mula menangis dan bersedih.
Ini memburukkan kesihatan tubuhnya hingga jatuh sakit.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas?

Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain.Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg diperolehi org lain..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..andai dia berbahagian,lihatla corak dan gaya kehidupannya..bukan menghukum dgn membawa cerita..

Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.

Jika terus berperangai seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini. Perosak kebahagiaan orang lain.

Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Na'uzubillahi minn zaalik..
#cNp
#3Syawal

Khamis, 6 Julai 2017

16.05.2018 selamat pagi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِ*سلام تهجد دان سلام صبح*                               

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya الله Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami kekuatan iman.

Ya الله tanamkanlah ke dalam hati kami sifat amanah, bertanggungjawab dan taat mengerjakan suruhan Mu dan sentiasa menjauhi laranganMu.

Ya الله bantulah kami mengharungi cabaran Mu hari ini.

Ya الله janganlah biarkan kami leka dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang Engkau telah berikan.

Ya الله janganlah pula Engkau biarkan kami hanyut dengan kesedihan dan kekecewaan.

Ya  الله jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, angkatlah penyakit mereka Ya الله , berikanlah kesembuhan untuk mereka kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.

Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezki, mudahkanlah dan bukalah jalan rezeki mereka Ya الله kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.

Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih dalam menerima dan menghadapi ujianMu, kuatkanlah mereka untuk mampu bertahan dan bersabar dan hiburlah mereka dengan penuh kurnia-Mu.

Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya, kami memohon agar bersihkan dan sucikanlah hati mereka Ya الله .

Ya الله jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan, bukakanlah pintu hati mereka agar memaafkan kami.ْ

َYa الله kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak-anak kami,  isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                     

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

13SYAWAL

99 nama ALLAH

Jumaat
13 Syawal 1438H
7 Jul 17

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hadis Rasulullah SAW

99 NAMA ALLAH

Hadis dan huraian

Riwayat:  Muslim
    
Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: 'Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Sesiapa yang menghafalnya masuk syurga.' 
  
Perumpamaan orang yang ingat akan Allah dengan orang yang tidak ingat akan Allah laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. Beberapa sifat orang yang beriman yang disebutkan Allah dalam al-Qur'an seperti mana berikut:: 
  
'Sesungguhnya orang beriman yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada Tuhan mereka.'  (al-Anfal.:2) 
  
'Wahai orang yang beriman, ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya.' (al-Ahzab:41). 
  
'...Lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.' (Al-Ahzab:35). 
  
Sebenarnya untuk melayakkan diri tergolong dalam kalangan orang beriman seperti disebutkan bukanlah setakat memerlukan kita mengingati 99 nama-nama Allah bahkan kita mestilah menghayati erti dan maksudnya sekali sehingga dengan itu hati kita sentiasa merasa gerun dan takut untuk berbuat dosa kepada Allah sekalipun dosa kecil.

Tazkirah

RAMAI TIDAK MENGHIRAUKAN BEKALAN UNTUK AKHIRAT

       Firman Allah SWT

وَتَذَرُونَ ٱلۡأَخِرَةَ

Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

Surah Al-Qiyamah ayat 21
ٍ
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Tanda2 hilang rahmat ALLAH

*Assalamualaikum Wbkt*

*TANDA2 HILANG RAHMAT ALLAH                                                                              Sebenarnya BILA ADIK BERADIK BERGADOH sebenarnya telah HILANG RAHMAT ALLAH DALAM KELUARGA TU.. sebab tu PENTING SANGAT2 JAGA HUBUNGAN DENGAN ADIK BERADIK... Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit.. dan Allah bagi kita rezeki lebih.. Bantulah adik beradik kita.. SEBAIK BAIK SEDEKAH ADALAH KEPADA AHLI KELUARGA YG TERDEKAT... kata nabi saw..*

*Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama pnuh dia.. Nama dia haris... Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar sgt wow.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata "Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya.. Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. RUPA RUPANYA ALLAH BAGI LAGI BANYAK PADA SAYA BILA SAYA START TAK BERKIRA SANGAT DENGAN ADIK BERADIK SAYA... So khalil..... KALAU ADA ADIK BERADIK YG SUSAH BANTULAH MEREKA.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat U melimpah ruah.."*

*Terus teringat seorang ustaz kata "SALAH SATU PUNCA HIDUP KITA SEMPIT.. SUSAH.. SEBAB KITA MULA PUTUS HUBUNGAN SILATURRAHIM DENGAN ADIK BERADIK DAN AHLI KELUARGA.." Ya Allah.. Takutnya..*

*Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertahun-tahun.. 😭😭😭 Sebenarnya kalau kita PERGI MINTA MAAF NGAN ADIK BERADIK KITA walaupun kita tak salah atau pun kita salah.... Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yg meminta maaf..*

*Ustaz saya kata "KITA CEPAT MAAFKAN ORANG KAT DUNIA NI..... ALLAH MUDAH MAAFKAN KITA DI AKHIRAT NANTI.... "*

*YA ALLAH....... Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama2 dalam syurga nanti..*
*YA ALLAH........ Rapatkan lah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik..*
*YA ALLAH....... ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami.. Aamiin*

*Share dan tag pada adik beradik kita.. Bagitau dia yg kita sayang dia.. Sama2 aminkan doa di atas..*

Selasa, 4 Julai 2017

"Bagaimana membuat anak2 solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah?

""Seorang sahabat
bercerita: "Aku menceritakan satu kisah yg terjadi
padaku "

"Anak perempuanku yg berumur 16 tahun, solat baginya adalah hal yang sangat berat ..
Pada suatu hari aku berkata kepadanya :
"Bangun  solat subuh..
dan aku mengintainya dengan ekor mataku.

"Aku melihatnya mengambil sajadah, kemudian
melemparkannya ke lantai sudut biliknya... Lama kemudian ia keluar.

Aku bertanya kepadanya : "Apakah kamu sudah solat .. ?"
Ia menjawab : "Sudah"

Kemudian aku mencubitnya.
Kerana berbohong

Aku benar2 marah padanya, aku denda dia dan aku menakut2kannya akan siksa Allah ..tapi ternyata semua kata2ku itu tidak ada yang menakutkannya...

Suatu hari, seorang sahabatku bercerita suatu kisah...
""Suatu ketika ia berkunjung ke rumah seorang saudara dekatnya, ketika datang waktu solat, semua anak2nya langsung bersegera melaksanakan solat tanpa diperintah

Ia berkata :
Aku berkata padanya "Bagaimana anak2 kamu solat dengan kerelaan mereka tanpa disuruh.

"Ia menjawab :
Ada satu doa, sebelum aku menikah aku selalu amalkan
dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdoa dengan doa tersebut dalam... Sujudku ..
Saat sebelum salam ..
Ketika solat witir ..
Dan di setiap waktu2 yang mustajab ..

Demi Allah wahai saudara2ku ..
Anakku saat ini telah bekerja sejak aku  berdoa dengan doa itu, anakku itulah
yg rajin membangunkan kami dan mengingatkan
kami dan adik2nya utk solat

Alhamdulillah .. Mereka semua selalu menjaga solatnya.
Sampai2 .. neneknya bertandang ke rumah kami, ia tercengang melihat anak perempuanku bangun pagi, kemudian membangunkan kami untuk solat subuh.......  jadi doa apa yg di baca...
..........doa dari surahIbrahim ayat 40

رب اجعلني مقيم الصلاة ِﻭَﻣِﻦ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻲ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞْ ﺩُﻋَﺎﺀ )

Rabbij'alni muqimassolati wamin zurriyati rabbana wataqobbal du'a e.....

"Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yg tetap melaksanakan
solat .. Ya Robb kami , perkenankanlah doaku"
(QS. Ibrahim : 40 )

Ye saudara2ku  semua berdoalah untuk anak kita semua... Sebagaimana kita semua tahu bahwa doa adalah senjata seorang mukmin.

"Kirimkan tulisan ini agar lebih ramai orang yang mengambil iktibar..

"Semoga Allah merahmati orang yang bersedia untuk dishare bersama....

☑Baca selalu doa ini untuk anak2mu, biidznillah mereka akan selalu berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah Ta'ala .. Aamiin Allaahumma Aamiin

_Jangan hanya dibaca sendiri,  sebarkan dan rasakan manfaat kebaikan demi kebaikan_😊😊

Pasar borong

                 15.06.2017
CILI API RM
CILI BESAR RM
TIMUN RM
KERET RM
DAUN LIMAU RM
KACANG PANJANG RM
KANGKUNG RM
SAWI RM
Serai RM
Halia rm
Bendir RM
Batang sup RM
LIMAU KASTURI RM
Bayam RM
Jagung muda RM
GOBIS BULAT RM
GOBIS BUNGA RM
Tomato RM
Gobis panjang RM  
Bawang putih RM
Batang sup RM
Ikan duri
KERANG rm
IKAN Keli RM
IKAN KEMBONG RM
IKAN KERISI RM
IKAN TONGKOL RM
Ikan MATA BESAR RM
IKAN CARU  rm
SOTONG RM
Ikan mata BESAR RM
Ikan sardin rm .
Ayam rm
Ayam rm

Renungan bersama

Assalamualaikum wbt
Renungan bersama...

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..

Eratkan silaturahim,
Walau sekadar berdoa untuk semua sahabatmu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh..

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..

Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh.
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.

Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian...

Isnin, 3 Julai 2017

Pemahaman dan pengalaman yang berbeza

Sabtu, 1 Julai 2017

Hati2 bila berbicara