Isnin, 4 November 2024

tersentuh Hati kata² ini

Tersentuh Hati Dengan Kata-kata Ini :

1. Ketika ada kesempatan, pergilah bersama adik beradik dan anak2 buah. Berkumpul - kumpul, bukan sekadar makan, minum dan bersembang, tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkan lah Persaudaraan.
2. Mungkin lain waktu kita Tidak akan bertemu lagi.
3. Mungkin lain waktu kita sudah semakin susah untuk berjalan.
4. Menghabiskan sebahagian waktu dengan adik beradik akan membuat hidup lebih sihat secara mental dan fizikal.
5. Umur itu seperti ais batu, dipakai atau tidak akan tetap mencair dan berakhir.
6. Begitu juga dengan umur kita. Digunakan atau tidak digunakan, umur kita akan tetap berkurang, dan akhirnya kembali ke hadirat Ilahi.
7. Tersenyumlah dan berfikir positif. Air yang mengalir tidak dapat berbalik arah. Kita tidak mungkin dapat berbalik menjadi muda lagi. Air dicincang takkan putus.
8. Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal jalani hidup ini dengan ceria, sabar dan santai.
9. Jangan suka mahu menang sendiri, sementara adik beradik lain selalu salah.
10. Terimalah persaudaraan. Jangan suka mengeluh atau membenci.
11. Hidup ini terlalu singkat untuk selalu benar sendiri (Penting kan diri sendiri)
12. Jangan buang adik beradik saudara sedaging, cuma kerana tak sepakat.
13. Satu keburukan adik beradik/keluarga, bukan bererti hilang sembilan kebaikan nya.
14. Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan adik beradik kita.
15. Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak. Buanglah jauh jauh sifat ego dan iri hati.
16. Terimalah kekurangan dan kelebihan dari adik beradik.
17. Bertemanlah dengan apa adanya, bukan kerana ada apanya.
18. Nikmati semua masa, senda dan tawa. Hargai semua perbezaan. Percayakan kemampuan adik beradik kita.
19. Jaga perasaannya, tutupi aibnya. Bantu ketika dia jatuh, sediakan bahu ketika dia menangis.
20. Tepuk tangan dan gembira ketika dia sukses. Sebut namanya dalam doa kita.
Teruskan bersilaturahim dengan adik beradik sampai Tuhan kata waktunya pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan