Asalamualaikum selamat pagi semua sahabat, moga di pagi ini permudahkan segala urusan
Pada hari yang berlalu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
Bersahabat bukan kerana dia pandai, bersahabat bukan kerana dia kaya, bersahabat bukan kerana berpangkat. Bersahabatlah kerana Allah.
Hak kita, dalam bersahabat, cari yang boleh bimbing dirinya dan membimbing sahabat yang lain dalam ketaatan pada Allah.
Saling berpesan-pesan.
Saling menjaga.
Saling mengingatkan diri kita utk taat pada Allah.
Saling mencegah daripada melakukan maksiat.
Sukar untuk menjumpai sahabat yang soleh. Maka jadilah diri kita seorang sahabat yang baik deen dan akhlaknya. 👭
Yang memberi manfaat kpd muslim yang lain. Kerana itulah sebaik-baik manusia menurut hadith Nabi SAW.
Apabila sudah memiliki seorang sahabat yang soleh dan baik akhlaknya, pegang erat tangannya. Seperti kata Imam As-Syafie :
"Apabila kamu memiliki teman yang membantumu dalam ketaatan, maka genggam erat tangannya kerana mendapatkan seorang sahabat itu sulit sedangkan berpisah darinya itu mudah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan