Isnin, 11 September 2023


PERINGATAN BUAT DIRIKU

Dlm kehidupan seharian kita yg menjadikan kita bahagia bukannya memburu apa yg masih tiada akan tetapi hendaknya kita bersyukur dgn apa yg kita ada.
Namun hari ini ramai yg tidak merasa nikmat kebahagian walaupun mempunyai segala2nya dlm kehidupan mereka.
Mengapa dan mengapa?
Justeru itu aku mengingatkan pada diriku sendiri bahawa kebahagian itu Allah swt tidak meletakannnya pada rupa, harta pangkat nama mahupun kuasa kerana sesungguhnya Allah swt Maha Adil.
Dia meletakannnya pada hati yg tenang tidak kira siapa manusia itu baik yg kaya, miskin, rupa yg cantik atau yg hudoh.
Kerana itu jgn kita membandingkan diri kita dgn org lain.
Ini akan menyebabkan kita menjadi lebih tidak berbahagia kerana setiap org itu ada jalur kebahagian masing2.
Perumpamaan kebahagian ini seperti berlumba lari.
Setiap pelari ada lorong masing2. Begitu jugalah dengan kehidupan kita. Setiap kita ada lorong masing2 maka larilah mengikut lorong kita sendiri dan jangan memikir lorong org lain.
Yg menjadi masalahnya kita suka berlari mengikut lorong org lain dan akibatnya kita menjadi tidak bahagia.
Ingatlah bahawa ramai org yg bergembira namun dia sebenarnya tertipu.
Dia sedap makan dan minum serta ketawa padahal Allah swt telah menetapkan yg dirinya itu penghuni neraka.

Mohon dijauhkan Allah.
Firman Allah yg bermaksud : Sesungguhnya berjayalah org yg beriman Iaitu org yg khusyuk dlm solatnya
Dan org yg menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yg tidak berguna (Al Mukminun ayat 1hingga 3)

RENUNG2KANLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan