Rabu, 16 Ogos 2023

17.07.2023

Untuk Orang Berniaga : Learning Point Yang Boleh Kita Pelajari Dari PRN 6 Negeri. 

1. SANUSI : 

◾️Pentingnya kita mempunyai target yang jelas. 

◾️Energi yang tinggi sangat penting untuk membantu kita mencapai target. 

◾️Seseorang ketua yang mempunyai energi tinggi, energi itu akan mengalir kepada anggota pasukannya. 

◾️Jangan pedulikan haters. 

◾️Memahami apa yang market mahukan. 

◾️Memahami dan pandai bermain dengan nombor. 

Dalam kes di Kedah, Sanusi dengan jelas awal2 beritahu beliau mahukan 33 kerusi dan sedang berusaha untuk dapatkan 36. Katanya, kalau kita tak dapat gapai langit sekurang2nya kita jatuh di awan. 

Manakala pihak lawannya, hanya target 19 kerusi. Nak pergi awan tak sampai, akhirnya jatuh ke bumi. 

2. Dr SAM TERENGGANU : 

◾️Mempunyai sasaran yang jelas untuk sapu bersih. 

◾️Produk (Dr Sam) yang baik senang untuk dijual dan diterima oleh semua orang. 

◾️Produk yang baik tidak perlu buat marketing susah payah kerana orang ramai yang akan tolong pasarkan. Free cost marketing. 

3. DAP :

◾️Tidak kalut hendak jual macam2. Pilih produk yang kuat sahaja dan fokuskan sepenuhnya. 

DAP hanya bertanding 47 kerusi dari 245 kerusi. Dan menang 46 kerusi. 

4. PKR : 

◾️Jangan berjanji bulan bintang sewaktu hendak jual barang dan yakinkan orang bahawa produk anda yang terbaik. Selepas orang beli lain jadinya. 

◾️After sales services sangat penting. Tidak deliver apa yang dijanjikan selepas orang membeli, membuatkan orang marah dan orang tidak percaya lagi. 

5. BERSATU : 

◾️Pandai memilih partner business yang baik. 

◾️Invest di tempat yang betul. 

◾️Tahu trend terkini. 

6. PAN : 

◾️Bisnes orang pencen. Cukup sekadar boleh makan dan isi masa lapang sementara menunggu mati. 

7. BN 

◾️Produk yang berkualiti, jenama yang kuat,  tetapi syarikat diketuai oleh CEO yang salah dan produk dijual oleh salesman yang tidak baik, membuatkan orang sukar untuk menerima. 

Itu serba sedikit dari pandangan mata saya. Mungkin ada yang kawan² nampak dari sudut lain boleh kongsikan pendapat anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan