6 BULAN APA PUN TAK BUAT.
1. Kata nak kerajaan stabil... dah 6 bulan dia ada 2/3 majoriti. Sikit2 alasan ydpa... rakyat penat. Benda dibenarkan perlembagaan depa nak halang. Korang pun bukan rakyat pilih pun jadi kerajaan.
2. Konon ubah kerajaan akan ada gangguan tumpuan bangunkan ekonomi negara.
3. Tapi 6 bulan dah berlalu, tak ada apa pun yg depa buat.
4. RM makin jatuh tapi Rupiah dan Sing Dollar makin naik nilai berbanding RM.
5. Nak guna alasan pembangkang, kerajaan tak stabil bagai tu.... dah tak boleh orang terima. Guna alasan ydpa pun orang dah muak.
6. Punca sebab apa?. Sebab depa tak buat apa2 pun. !!!!
Setakat guna alasan dunia pun sama, alasan tu maknanya sesiapa pun boleh jadi kerajaan. Tak gitu?
6.1. Opr tak ada kuasa kawal. Subsidi elektrik kena tarik ...dulu tak kata pun utk orang kaya.
7. Subsidi minyak pun sama. Seolah2 orang kaya ni bukan rakyat Msia yg membayar cukai pelbagai2 cukai tetapi nak dapat sedikit subsidi pun nak berkira. Cara cakap seolah2 orang kaya ni jahat sangat... tak guna langsung perkataan "minta bantuan T20" utk bantu. Sebaliknya gambarkan T20 ni lah punca masalah.
8. Sibuk suruh agensi kerajaan korek benda 30 tahun sedangkan plan kedepan negara tah kemana. Ph2018 dulu siap detail pencapaian apa dijanjikan dan yg tak berjaya ditunaikan. Yg ni.. apa nak capai pun tak tau.
9. Menteri boleh main basikal dalam pejabat. Nak ugut telegram buat apa?. Lantik kluster mahkamah yg dah kena panggil bela diri pun tak apa. .Ada pelaburan negeri pembangkang dihalang. Apa saja janji dulu semua kelaut.
10. Tu semua punca kenapa pelabur lari. Tak jelas dasar negara nak bawa kemana. Kira kos berniaga semakin mahal di sini. Dasar intergriti pun kelaut. Setiap hari bagi cerita benda bodo. Kos hidup dah naik gila2, dia boleh kata harga stabil?. Suruh pulak rakyat menyimpan bila naik opr. Dey tamby, .. tak baca statistik ke pencarum yg ada simpanan wajib berapa sangat yg ada?.
11. Macai pulak kata rm jatuh bagus harga barang Msia murah. Murah apanya kalau sumber pengeluaran di import dari luar guna Usd juga. Lainlah kita keluarkan sendiri.
12. Import makanan konon bagi harga rendah tapi pi bunuh pekebun kecil tempatan...tanpa kawalan dan data ...main buat je.
13. Buat menu rahmah bagai...air liur je lah. Peniaga terpaksa keluar modal sendiri. Last2 jadi branding perniagaan semata-mata.
14. Harga simen bagi kat kontraktor besar tapi orang susah beli dimana? ..rakyat beli kat hardware.
15. Dulu dok bising macam2..tapi tak ada apa pun dbuat...buat pulak benda yg tak janji buat.
16. Pendidikan percuma dah kelaut.... kereta murah bagai...semua hancur.
17. Reformasi2 jadahnya ..tu masa belum ada kuasa, dah ada kuasa kenapa tak buat?. Marah zafrul..marah sprm..tapi orang sama dilantik semula.
18. LCS order 6 ..dah bayar semua, tapi setuju pulak terima 5 sahaja. Tambah lagi rm2 bilion, ambil pulak syarikat yg ko tempah tu. Takkan piji tak nampak kerja bodo ni?
19. Sibuk harga tiket coldplay ..macam dah tak ada keperluan lain rakyat diutamakan.
APA KO BUAT SEMUA NI SEOLAH2 APA YG UMNO BUAT ..NAJIB BUAT...JAHIT BUAT...DAH BUKAN SATU KESALAHAN.... JANGAN SEMBANG PASAL REFORM LAH.
20. Lepas tu rakyat nak undi PN ko takutkan pasal lebai?. MADANI apanya? Sembang punya cakap benda tak ada ukuran kuantitatif memang sedap lah.
Pirahhhhhhhh!!!!!!
Mendan Sagor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan