Isnin, 13 Februari 2023

harta pusaka

Kebanyakan wasiat ini hanya tertumpu kpd harta pusaka...jarang dibincangkan wasiat yg tidak melibatkan harta pusaka yang mengikat waris-waris utk melaksanakan atau tidak melaksanakan sebagaimana wasiat ke atas pencen terbitan tersebut...
Pencen terbitan mmg telah disahkan sebagai bukan pusaka, maka ia tidak perlu tertakluk kpd agihan ikut faraid. Manakala tujuan pencen terbitan itu masih dibayar kepada keluarga si mati (isteri dan anak2) adalah sebagai ganti sara hidup keluarga.
Wasiat yg boleh dilaksanakan iaitu apabila ia tidak bertentangan dgn syarak dan melaksanakannya tidak membawa mudharat kpd mana2 pihak. Tidak semua wasiat yg sah pada syarak itu wajib dilaksanakan, ia boleh berubah menjadi harus, sunat dan makruh bergantung kepada waqi' semasa.
Dalam isu yg dibangkitkan, pada pandangan saya, ia merupakan wasiat yg sah jika memenuhi rukunnya dan tertakluk sama ada sunat, harus dan makruh utk dilaksanakan.
Contoh, sekiranya wasiat itu ditunaikan menyebabkan mudharat kpd anak2 dan isteri kpd si mati, maka ia makruh ditunaikan. Maksud mudharat iaitu seperti anak2 tu lebih memerlukan bagi tujuan sara hidup, perbelanjaan persekolahan dan seumpamanya, maka makruh dilaksanakan sehingga lah mudharat itu hilang.
Ini sekadar pandangan saya dan ia tidak mengikat...
Wallahua'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan