Khamis, 23 Februari 2023

pusaka

*Siapa Waris Si Mati?*
Oleh faraidadmin
30 January 2021

Apabila berlaku kematian, pembahagian dan pengurusan harta pusaka merupakan satu perkara yang mesti dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh hukum syarak dan undang-undang.

Namun demikian, ramai orang tidak mengetahui sama ada dia menjadi waris si mati atau tidak? Sama ada ibu dan bapa si mati yang masih hidup berhak ke atas harta pusaka si mati atau tidak?

Sebenarnya, Allah S.W.T telah menerangkan secara terperinci mengenai pembahagian harta pusaka dalam Al-Qur’an, di mana di dalamnya telah dijelaskan mengenai bahagian setiap waris serta kedudukan mereka dalam mewarisi harta peninggalan si mati. Ia sebagaimana yang telah disebut di dalam surah al-Nisa’ ayat 11, 12 dan 176. Walau bagaimanapun, bahagian-bahagian yang telah ditetapkan kepada waris-waris adalah berbeza bergantung kepada jauh atau dekatnya hubungan waris-waris tersebut dengan si mati.

Sistem faraid merupakan satu sistem pembahagian pusaka yang adil dan seimbang. Ini kerana sistem tersebut telah mengakui hak setiap waris terhadap harta peninggalan si mati dan memberi ruang yang luas-seluasnya kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan si mati samada melalui hubungan darah atau perkahwinan untuk mewarisi harta peninggalan tersebut. Sistem ini juga, melindungi bahagian setiap waris dengan menetapkan kadar yang tertentu dan menghadkan kadar wasiat yang hanya pada kadar satu pertiga sahaja dari hartanya, demi untuk mengelak si mati meninggalkan warisnya dalam kemiskinan. Selain itu, Islam juga telah menentukan waris-waris yang berhak ke atas harta peninggalan si mati iaitu waris ashab al-furud, asabah dan dhawi al-arham.

Untuk memahami secara mendalam, maka dicadangkan kepada pembaca sekalian untuk mempelajari ilmu faraid daripada guru-guru yang berkelayakan.

Jenis-Jenis Waris

Terdapat tiga golongan waris yang berhak menerima dan mewarisi harta peninggalan si mati, iaitu waris ashab al-furud, waris asabah dan waris dhawi al-arham.

Waris Ashab al-Furud

Ashab al-furud ialah waris yang telah ditetapkan bahagiannya di dalam Al-Qur’an, al-Sunnah dan Ijmak. Di dalam Al-Qur’an, Allah S.W.T telah menetapkan secara jelas mengenai bahagian-bahagian tertentu untuk waris-waris yang berhak menerima harta peninggalan si mati secara fardu, yang mana bahagian-bahagian tersebut ada enam iaitu: 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3 dan 1/6.

Waris Asabah

Asabah ialah waris yang tidak dinyatakan bahagian mereka. Mereka mempunyai pertalian yang kuat dengan si mati kerana mereka di sebelah pertalian bapa. Walau bagaimanapun, mereka kadangkala menerima semua harta pusaka si mati sekiranya waris ashab al-furud tiada, kadangkala juga mereka menerima baki dari harta pusaka tersebut setelah dibahagikan kepada ashab al-furud dan kadangkala pula mereka tidak menerima sebarang harta, kerana harta pusaka tersebut telah habis dibahagikan kepada ashab al-furud. Asabah terbahagi kepada Asabah bi al-nafs, Asabah bi al-ghayr dan  Asabah ma al-ghayr.

Waris Dhawi al-Arham

Dhawi al-arham dari segi istilah ialah waris yang mempunyai hubungan keluarga atau darah dengan si mati selain dari waris ashab al-furud dan asabah samada lelaki atau perempuan. Contohnya, anak lelaki dan perempuan kepada anak perempuan, anak lelaki dan perempuan kepada saudara-saudara perempuan, bapa saudara sebelah ibu, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, bapa kepada ibu dan lain-lain.

Praktis Semasa

Mengikut amalan di Malaysia, secara umumnya, apabila seseorang itu meninggal dunia dan meninggalkan waris ashab al-furud dan waris asabah, maka kesemua waris-waris yang berkelayakan tersebut adalah berhak mewarisi harta pusaka si mati.

Tetapi sekiranya seseorang si mati meninggalkan hanya waris dhawi al-arham atau tidak mempunyai waris asabah atau tidak mempunyai waris langsung, maka harta si mati akan diserahkan kepada baitulmal.

Baitulmal adalah sebagai institusi yang berperanan untuk mentadbir harta pusaka bagi maksud maslahah umum umat Islam. Dalam keadaan sekiranya baitulmal menerima harta tak alih, biasanya baitulmal akan memberi keizinan kepada waris-waris yang tidak berhak (anak angkat, dhawi al-arham dan sebagainya) untuk menebus harta pusaka tersebut. Dalam hal ini, bermakna waris dhawi al-arham diberi kebenaran untuk menebus harta pusaka si mati contohnya sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam sek.7, Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No.9 Tahun 1962 dan sek. 81(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Justeru itu bagi harta pusaka yang telah menjadi milik baitulmal, dengan kebenaran Majilis Agama Islam Negeri (MAIN) waris-waris si mati dibenarkan menebus kembali hartanah tersebut dengan harga semasa yang telah dinilaikan oleh JPPH atau jurunilai yang dilantik jika hartanah tersebut tidak sesuai dan tidak berpotensi untuk dimajukan sendiri oleh pihak baitulmal.

Sesungguhnya Islam telah menetapkan hikmah dalam pembahagian harta pusaka dan menyusun mengikut keutamamaan waris-waris yang berhak untuk menerima harta pusaka si mati. Ketetapan bahagian masing-masing akan dapat menghapus ketidakadilan dalam pembahagian harta atau seumpamanya sehingga boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan dalam keluarga.

Apa yang lebih utama ialah mereka yang mewarisi harta yang melebihi dari waris-waris lain, maka sesungguhnya dia juga mewarisi tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul bagi membantu kesinambungan kehidupan waris-waris lain. 

#####################
Ayuh rancang harta anda sementara masih berpeluang.
Hubungi kami untuk khidmat nasihat dan perundingan pengurusan harta 

Selasa, 21 Februari 2023

mutiara pagi

*_Assalamualaikum wbt_
Selamat pagi
_πŸ”° Mutiara Pagi πŸ”°_*

Bila orang kutuk kita, diam. Bila orang sindir kita, diam. 
Bukan sebab kita bodoh tak pandai bela diri, tapi sebab kita tak nak burukkan situasi. 
Ya kawan, bila dengar orang hina agama kita, memang berbaloi kita lawan. Kalau mati, dapat syahid.
Tapi kalau setakat orang hina kita, buat tak tahu sahaja. Nabi sudah kata, untuk dia - dosa. Untuk kita pahala. 
Ya, Nabi ajar diam, maka baik kita diam. 
Orang yang suka bergaduh ini banyak musuh. Orang yang banyak musuh takkan tenang sebab sentiasa bergelut dengan ego. 
Jangan jadi macam itu. 
Kita tak boleh kawal orang, tapi kita boleh kawal diri kita. Maka, kawal! Simple!

*_”Ya Ψ§Ω„Ω„Ω‡, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*

_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._

Jumaat, 17 Februari 2023

agama dan liberal

Rasulullah bentuk negara majmuk bkn mengikuti secular Liberal waladap! Perjanjian bkn mengikut secular Liberal waladap😁, betul xdew paksaan dalam agama depa boleh beragama Kristian budha hindu dgn akur tunduk pd pemerintahan Islam yg jelas x bersalahan aqal bangsa mnsia, Bkn secular liberal mcm kau mengelirukan pemikiran ummat mnsia, aku bkn ckp soal bangsa @ agama, aku ckp bangsa mnsia dan agama islam yg allah redho, tu sbb mereka dlm golongan kufur dan sesiapa sahaja yg menentang menolak kebenaran walau dlm satu kerajaan satu saf solat satu negara.
perjanjian mereka akur.. bkn mcm kau ckp mengikut secular liberal. Islam x pernah menghalalkan secular liberal cuma tiada paksaan termasuk kau sdri  tiada paksaan jika kau nk secular liberal bersama mereka. Xperlu spin auta matlamat menghalalkan cara, islam itu jelas antara syukur dan kufur menolak peraturan syariat hukum dan rukun Islam. Faham ya! Itu fakta bkn auta mcm hang seolah Rasulullah akur membiarkan judi arak riba pup disco dandut pelacuran lgbt homoseks lesbian sbgnya berkiblatkan yahudi nasrani. Kau reti ke. Klu x faham masih spin putar alam suka hati kau lah waladap, aku tetap nyatakan agar tiada kekeliruan pd yg inginkan kebenaran islam yg haq d redhoi allah. Selemah² iman cegah dgn hati, bercita² nk pd Islam dlm amal khdupan juga pemerintahan. Titik!

*SEDIKIT DEMI SEDIKIT MEREKA BERJAYA MELENAKAN UMMAT MANUSIA DENGAN SLOGAN INDAH KHABAR DARI RUPA, MEREKA MELAUNGKAN KEBEBASAN DAN KEADILAN BANGSA MANUSIA SEDUNIA HAKIKATNYA MEREKA MENJAHANAMKAN TAMADUN MANUSIA KEPADA JAHILIAH DEMI AGENDA MEREKA, KEMUNGKARAN DAN PERHAMBAAN SESAMA MANUSIA DEMI MENCAPAI MATLAMAT DUNIA SECULAR DAN LIBERAL YAHUDI NASRANI SEHINGGA UMMAT MENJADI LIDAH LIDAH BIAWAK! PEMIMPIN² DUNIA IBARAT SRIGALA*

asalamualaikum

_Assalamualaikum wbt_

_πŸ¦‹ Mutiara Pagi πŸ¦‹_

Untuk memahami kehidupan, pergilah ke lokasi ini : hospital, penjara dan perkuburan.

HOSPITAL : kita akan faham tiada apa yang lebih indah dari kesihatan.
PENJARA : kita akan tahu nilai kebebasan itu amatlah berharga.
PERKUBURAN : kita akan sedar yang kehidupan ini hanya sementara.

*_”Ya Ψ§Ω„Ω„Ω‡, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*

_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._

selamat pagi pada sahabat semua

 
  *selamat pagi pada semua* 
"..Mengapa kita masih berharap pada manusia. Padahal, sering kita rasakan getirnya rasa sakit. Cukuplah sahaja berharap pada Allah. Karana, Allah tidak pernah mengecewakan hambaNya dan mengabulkan setiap harapan (doa) hambaNya sesuai dengan waktu
"..Sesungguhnya perasaan iri atau dengki tidak akan membuat kita mendapatkan sesuatu yang sama, justru hanya akan menyengsarakan diri kita sendiri. Jadi, belajarlah ikhlas dengan segala sesuatu yang yang ada. Memang sulit, tapi lama-lama kita akan terbiasa.."
"..Untuk yang telah terjadi, Astaghfirullah. Untuk yang sedang terjadi, Alhamdulillah. Untuk yang akan terjadi, Bismillah Tenang saja, ada Allah.."
*mencari keredhaan* 
πŸ’πŸšΆπŸ»‍♂️πŸŒΉπŸŒΉπŸŒΉπŸŒΉπŸŒΉπŸŒˆπŸ’πŸΎπŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸŒ΄

Rabu, 15 Februari 2023

Assalamualaikum selamat pagi sahabat Semua... πŸ’

Alhamdulillah, Sobahul khair. πŸ‘‹

Mulakan hari dengan penuh semangat, kesyukuran dan niat Lillahitaala.🌹

Semoga apa yang kita lakukan hari ini mendapat keredhaan Allah dan kita serta keluarga sentiasa mendapat keberkatan, rahmat,  petunjuk serta perlindungan-Nya, dimana saja kita berada. Jauh dari musibah dan diberi  rezeki yg luas lagi halal, ilmu yg bermanafaat, umur yg berkat dan kesihatan yg baik serta dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabb.🀲

Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ΅َΩ„ِّ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ وَΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ’Ω„ِ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ

Selasa, 14 Februari 2023

renungkan terbaik untuk anak2

*PERKONGSIAN TERBAIK UNTUK RENUNGAN ANAK2*

Guru kongsi kisah anak murid deman, ibu korek sana sini cari duit untuk bawa anak ke klinik.

 Setiap ibu bapa pasti akan risau dan bimbang setiap kali anak jatuh sakit. Tak mengira sama ada demam selsema biasa-biasa mahupun sakit yang lebih teruk, ibu bapa pasti akan susah hati dan tak tenteram melihat akan sakit kerana risau.

Seorang cikgu yang dikenali sebagai Mohamad Yusof Sulehin berkongsikan kisah mengenai anak muridnya yang merupakan salah seorang pelajar asrama yang tidak pulang ke asrama seperti yang sepatutnya. Namun kemudian cikgu ini mendapat mesej daripada parent pelajar itu memberitahu anaknya demam.

Kebetulan minggu ni budak asrama saya pulang bermalam dan hari ni sepatutnya mereka kena pulang ke asrama tapi ada parent budak asrama mesej saya, ‘cikgu, anak saya demam.’ Saya balas bagitau prosedur supaya kalau boleh anaknya dapatkan rawatan dan dapatkan surat MC.

Lama dia seen mesej saya. Sejam lepas tu parent tu mesej saya semula. ‘Cikgu, boleh tak saya tulis surat rasmi je cikgu sebab gaji saya lambat lagi.. Saya cuba korek sana sini, tapi tinggal cukup nak makan je cikgu’. 😒😒

Bila dapat mesej macam tu terus saya rasa bersalah. Kebetulan saya baru gaji, terus saya mesej untuk minta akaun untuk dia hantar anaknya ke klinik.

Dia balas ‘Terima kasih banyak cikgu, malu sebenarnya nak cerita kat cikgu tapi sebab nak bagi anak sihat je ni. Nanti dah gaji cikgu bagi nombor akaun cikgu ya, saya bayar..’. Saya jawab tak apa puan, moga anak puan cepat sembuh.

Itulah.. Saya selalu pesan kat budak-budak sekolah saya supaya ingatlah jasa mak ayah dorang. Belajarlah sungguh-sungguh. Janganlah buat benda pelik-pelik yang boleh malukan mak ayah dorang.

Kalaulah anak-anak ni tau macamana susahnya mak ayah dorang cari duit, rasanya takde yang akan keluarkan konten pelik-pelik contohnya dapat 9G dalam SPM pun bangga nak viral satu Malaysia. Pada saya, kegagalan bukanlah sesuatu untuk dibanggakan.

Menurut cikgu ini lagi, dia menyarankan agar anak-anak membalas jasa ibu bapa dengan sesuatu yang betul-betul ‘membanggakan’ mereka.

Membanggakan ibubapa maksudnya kita bahagiakanlah kedua ibubapa kita dunia akhirat. Bahagiakan perasaan mereka. Bahagiakan kehidupan mereka sebaik mungkin bila kita sebagai anak dah ada sedikit kemampuan. Saya rasa pesanan ni relevan untuk semua anak-anak kita.

Kadang-kadang mereka nampak senang je mak ayah hulur duit kat mereka setiap hari, tapi dalam sedar tak sedar mereka tak tahu macam mana peritnya mak ayah kerja pagi sampai malam nak dapatkan sesuap nasi tu, hanya Tuhan yang tahu,

Tambah cikgu ini lagi, dia menulis bukanlah mahu beritahu yang dia ni orang baik, selalu tolong orang. Bukan.

“Saya hanya insan yang banyak dosa cuma saya ingin berkongsi pesan arwah mak saya ‘kalau kita jaga anak orang baik-baik, nanti satu hari nanti orang akan jaga anak kita baik-baik..’. Pesan mak saya ni saya ni saya pegang betul-betul..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan isi-isi yang bermakna dan menginspirasikan yang disampaikan oleh cikgu ini.
*TAZKIRAH TAMADUN SIRI 2273*

*KERAJAAN-KERAJAAN KECIL PADA ZAMAN PEMERINTAHAN BANI ABBASIYAH (Siri 573)*
 
*Dinasti Al-Ayubiyah (1171-1260M): Sultan Keenam As-Salih Najmuddin Ayub (1238- 1249M)*

*Kerjasama Pemimpin Salib Dengan Pemimpin Mongol*

Wilayah kaum Muslimin menjadi sasaran pelbagai pihak untuk dijajah seperti pemimpin Salib, Mongol, Khawarezm dan juga perebutan kuasa antara pemimpin Muslim. Ketika pasukan Salib VII berada di pulau Cyprus, pemimpin Mongol telah berutus surat dengan Raja Louis IX untuk bekerjasama bagi menyeranga dan menyerahkan Baitul Maqdis kepada pemimpin Salib. Penulis sejarah perang Salib VII, Jean de Joinville mengatakan,

"Pada waktu itu pemimpin Mongol mengirim dua orang wakilnya ke pulau Cyprus dengan membawa sepucuk surat. Di antara kandungan surat itu bahawa pemimpin Tartar sedia membantu Raja Perancis Louis IX bergerak menyerbu tanah suci dengan sasaran membebaskan makam suci dari tangan kaum Muslimin."

Utusan dari pihak Mongol adalah dua orang penganut Nasrani Nestorian iaitu David dan Mark. Mereka telah disambut dengan baik oleh pemimpin Salib dan menetap di pulau Cyprus dari bulan Disember 1248 Masihi hingga Januari 1249 Masihi. Apabila berangkat pulang mereka disertai oleh rombongan delegasi Raja Louis IX untuk bertemu pemimpin tentera Mongol iaiu Eljigidei yang akan mengiringi mereka bertemu pemerintah Mongol di Karakorum.

Namun kerjasama itu tidak mencapai kejayaan apabila pemerintah Mongol tidak mahu menerima syarat-syarat yang ditawarkan oleh pemimpin Salib. Bahkan beliau dengan sombong mengatakan pasukan tenteranya sangat kuat dan ramai pihak meminta bantuan mereka. Penolakan tawaran kerjasama oleh pemerintah Mongol mengecewakan Raja Louis IX. Bahkan beliau dikatakan menyesal mengirim delegasinya yang turut membawa pelbagai hadiah kepada pemerintah Mongol.

Raja Louis IX kemudiannya meneruskan rancangan asalnya. Pasukan tenteranya segera membuat persiapan meninggalkan pulau Cyprus untuk menyerang Mesir. Ketika pasukan armada lautnya bersiap sedia untuk mengharungi samudera tiba-tiba datang badai yang besar menghentam kapal-kapal mereka sehingga pecah dan hancur. Para tentera Salib tercampak keluar dari kapal. Peristiwa tersebut telah mengejutkan Raja Louis IX.

Beliau dengan segera meminta bantuan dari pasukan Salib yang berada di kota Akka. Raja Louis IX meminta mereka menyediakan kapal-kapal untuk meneruskan misi perang Salib VII. Namun Raja Louis kecewa bagi kali kedua apabila permintaannya tidak mendapat sambutan kerana berlaku peperangan antara golongan Junubiyah dan Venesia di kota Akka. Mereka tidak berupaya membantu Raja Louis IX akibat peperangan yang sedang berlangsung.

Keadaan bertambah runcing bagi Raja Louis IX dan pasukan tenteranya kerana berita kedatangan mereka untuk menyerang Mesir sudah diketahui oleh para pemimpin Dinasti Al-Ayyubiyah. Pasukan tentera Muslimin telah siap sedia dengan kekuatan ketenteraan, persenjataan dan benteng-benteng yang kukuh untuk menghadapi serangan pasukan Salib VII.    

Peristiwa-peristiwa malang yang berlaku kepada Raja Louis IX mendorong seorang sejarwan Eropah mengatakan,

"Sesungguhnya peristiwa-peristiwa ini adalah seolah-olah merupakan isyarat dari Tuhan kepada Raja Perancis Louis IX yang mengatakan 'Kamu mesti kembali ke Perancis. Pasukan yang kamu bawa akan mengalami kegagalan dan mereka sedang berusaha menyelamatkan diri secepat mungkin.'"

Bersambung esok. Insha Allah

Ustaz Sabir
15hb. Feb. 2023
24 Rejab 1444H

Sebahagian Rujukan : Bangkit dan Runtuhnya Daulah Fatimiyyah, Bangkit dan Runtuhnya Daulah Abbasiyah, Bangkit dan Runtuhnya Daulah Al-Ayyubiyah, Salladin The Life, The Legend and the Islamic Empire, Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah, Tarikh Khulafa, Kerajaan Khalifah Islam Kegemilangan Pemerintahan Abbasiyyah, Sejarah Peradaban Islam, Ensaiklopedia Sejarah Islam, Senja Masa Keemasan, Sejarah Peradaban Islam:Dirasah Islamiyah II, History of the Arab, Dinasti-dinasti Islam, Sejarah Umat Islam dan lain-lain.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0jmUs4SsjSL8hbVCh4P5CNbnCWuEnLvPRLK3FacSax2WVs5i9dF1XHWWXLWwKmoakl&id=100063536203469&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f

Isnin, 13 Februari 2023

CnP
*APA ITU HARTA BATIL?*

Harta batil adalah memakan atau mengambil hak orang lain...jom baca kisah2 benar

*Kisah 1:*
Ali mati mempunyai 5 anak...yg sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati...rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun...tiada lagi kenduri adik beradik....duit pun tidak diagih pada waris...si abg hanya diam membisu....inilah dinamakan memakan harta batil...

*Kisah 2 :*
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

*Kisah 3:*
Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya...1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim....memakan harta batil...

*Kisah 4:*
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunak utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka...hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya...bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya....Disini si kakak dah pun mengambil hak org lain....

*Kisah 5:*
Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya...semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim....

*Kisah 6:*
_(Dipadamkan)_

*Kisah 7:*
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain. 

*Kisah 8:*
Haji Dolah mempunyai 7 anak....seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula...apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Dan banyak lagi kisah2 yg saya perolehi dari klient2.

Disebabkan TAMAK...JAHIL DALAM FARAID...TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS....

Waris memakan harta batil....
Bukan waris mendapat hak waris faraid. 

Semua ini di panggil *Memakan Harta Batil (HARAM)*

Terus terang saya katakan terlalu ramai org kita hidup dlm memakan harta batil...

HARTA HARAM...MAKA ROSAKLAH SELURUH KETURUNANNYA DEK KERANA HARTA BATIL...

Renung2...dan fikir2kan lah...

Allah membalas dosa memakan harta batil di dunia lagi. 

Jika keluarga anda selalu mendapat pelbagai musibah...duduk sejenak....renung....

Apakah anda TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEMAKAN HARTA BATIL???πŸ€”

Jika ya...jangan malu...

PULANGKANLAH HAK WARIS yg teranianya...

Balasan bukan hanya diri anda tetapi seluruh keturunan anda bakal menerima musibah...

Mungkin berat rezeki....
Mungkin mendapat sakit....
Mungkin berat jodoh...

Semua tu Rahsia Allah....

###################

Hubungi kami untuk khidmat nasihat dan perundingan pengurusan harta anda. Kami juga menyediakan perkhidmatan menguruskan proses pusaka bagi pihak waris. 

Teknik Menjana wang dari penulisan kreatif media sosial
Kemahiran mengarang boleh menjadi profession menjana pendapatan. Tidak perlu kepada pekerjaan secara konvensionalBerkongsi maklumat tentang sesuatu topik yang mungkin menjadi kegemaran ramai. Pembacaan yang luas, sentiasa mencari maklumat baru merupakan asas utama bagi membolehkan tugas mengarang menjadi lebih efektif. Salah satu caranya ialah penulisan dibuat menggunakan kaedah blog untuk menjana pendapatan. Persediaan awal ialah1) menyediakan…
https://alhadi.my/2023/01/28/teknik-menjana-wang-dari-penulisan-kreatif-media-sosial/

tanah pusaka

Sesungguhnya setiap yg mengaku beriman itu akan diuji. Ujian pula bukan hanya berupa kesulitan, kepayahan, kemiskinan...tapi kekayaan, kesenangan, kemewahan juga adalah ujian... ini, tidak semua kita dikurniakan sesuai dengan apa yang kita usahakan, tapi di akhirat pasti kita akan diberi ganjaran sesuai dengan apa yang telah kita lakukan atas muka bumi...
Kita akan disoal mengenai amal ibadah kita dan kita juga akan disoal mengenai segala harta2 kita. Bagi orang yg beriman, sudah pasti tiada sedikit pun keraguan baginya untuk mentaati perintah dan larangan Allah tanpa persoal sebab dan musabab, kesan dan akibat...
Firman Allah yg bermaksud "dan berikan peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman" ayat 55 surah azZariyat
Hukum faraid tidak hanya disyariatkan utk dipatuhi, tapi ia merupakan ujian sepanjang hayat...

harta pusaka

Kebanyakan wasiat ini hanya tertumpu kpd harta pusaka...jarang dibincangkan wasiat yg tidak melibatkan harta pusaka yang mengikat waris-waris utk melaksanakan atau tidak melaksanakan sebagaimana wasiat ke atas pencen terbitan tersebut...
Pencen terbitan mmg telah disahkan sebagai bukan pusaka, maka ia tidak perlu tertakluk kpd agihan ikut faraid. Manakala tujuan pencen terbitan itu masih dibayar kepada keluarga si mati (isteri dan anak2) adalah sebagai ganti sara hidup keluarga.
Wasiat yg boleh dilaksanakan iaitu apabila ia tidak bertentangan dgn syarak dan melaksanakannya tidak membawa mudharat kpd mana2 pihak. Tidak semua wasiat yg sah pada syarak itu wajib dilaksanakan, ia boleh berubah menjadi harus, sunat dan makruh bergantung kepada waqi' semasa.
Dalam isu yg dibangkitkan, pada pandangan saya, ia merupakan wasiat yg sah jika memenuhi rukunnya dan tertakluk sama ada sunat, harus dan makruh utk dilaksanakan.
Contoh, sekiranya wasiat itu ditunaikan menyebabkan mudharat kpd anak2 dan isteri kpd si mati, maka ia makruh ditunaikan. Maksud mudharat iaitu seperti anak2 tu lebih memerlukan bagi tujuan sara hidup, perbelanjaan persekolahan dan seumpamanya, maka makruh dilaksanakan sehingga lah mudharat itu hilang.
Ini sekadar pandangan saya dan ia tidak mengikat...
Wallahua'lam...

14.02.2023 selamat pagi

Selamat pagi semua sahabat, "..Semua orang punya waktunya sendiri untuk merekah dan bersinar. Jangan pernah membandingkannya. Karana, itu sangat tidak adil. Seperti layaknya pergantian siang dan malam di setiap belahan bumi. Allah telah menetapkannya. Semangatlah, terus berjuang sampai kamu boleh membaiki waktumu untuk merekah juga bersinar.."

Ahad, 12 Februari 2023

13.02.2023


"..Menasihati sesama muslim berarti adalah menunjuki berbagai maslahat untuk mereka yaitu dalam urusan dunia dan akhirat mereka, tidak menyakiti mereka, mengajarkan perkara yang mereka tidak tahu, menolong mereka dengan perkataan dan perbuatan, menutupi aib mereka, menghilangkan dari bahaya dan memberikan manfaat serta melakukan amar ma’ruf nahi mungkar.."
Ketika kita terus belajar untuk tak mengeluh dengan keadaan, kita terus memantapkan kekuatan untuk terus siap menerima tantangan di depan. Kesedihan, kegembiraan, kekecewaan dan emosi-emosi lain hanyalah sementara. Sebagaimana sesaatnya malam yang kemudian akan ditelan siang. Tak selamanya kesedihan melanda dan juga tak selamanya kegembiraan ada. Cintai dan nikmati sebagai sebuah proses untuk terus menjadi pribadi yang lebih baik.

Pesan diri...