Isnin, 23 Januari 2023

Assalamualaikum & Selamat Pagi sahabat ku semua... 
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik, Bila kita kehilangan  kawan, jangan sedih seolah-olah kita rasakan tiada orang yang nak berkawan dengan kita.
Di mana-mana kita berkawan pun kita akan ditinggalkan.Jangan terlalu rapat kerana apabila sudah rapat dan saling meluah perasaan, apabila terluka akan terasa pedihnya.
Kawan yang baik pun belum tentu akan baik selamanya.
Kawan yang ada ketika susah pun boleh berubah hati.Jika dia setia, jangan sesekali meninggalkannya.
Hidup kita bukan selamanya akan kekal.
Tiada sesiapapun bukan pengakhiran dalam hidup.
Kita ada Allah.
Dia tempat kita mengadu.
Jangan sia-siakan hidup kita pada orang yang tidak pandai menghargai.
Sudah cukup sekadar kita bersyukur pada rezeki yang kita ada. dan janganlah kita merungut dengan apa yang kita dapat walaupun bukan keinginan kita. sebolehnya kita bersyukur dengan kemampuan yang kita ada .

*@mencari keredhaan#*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan