Assalamualaikum 🌈,
Dalam setiap rezeki yang kita dapat, ada bahagian rezeki orang lain juga.
Kalau tidak banyak pun, sedikit.
"Macam mana aku nak bersedekah, aku sendiri pun cukup2 makan je."
Sahabat2ku 🌼🌼,
Tangan memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Dan الله tak ukur nilai sedekah kita melalui berapa banyak yang kita bagi. Ikhlas. Kerana الله.
Tak mampu dari segi harta benda, doakan kesejahteraan mereka. Senyum juga sedekah tau.
Mudahkan nak buat baik?😇 Kita bantu orang lain atau juga binatang, suatu saat orang lain akan bantu kita pula.
Dan tidak jatuh miskin seseorang itu apabila bersedekah. Malah rezekinya berlipat ganda الله ganti.
Yang memberi rezeki itu الله, usah gundah tentang rezeki. Kita usaha, kita dapat. Itu janji الله. ♥️♥️
Salam kasih,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan