Ahad, 22 Disember 2019

23.12.2019 hak

Saya lihat ramai yang tertanya-tanya kenapa hidup mereka susah? 

Dah kerja keras, namun life masih stuck, rasa berat terbeban. 

Biasanya dari mata kasar, apa yg saya nampak, banyak #HAK & #AMANAH diabaikan. 

1. Buat-buat lupa tentang hutang samada hutang dengan badan kerajaan, bank atau hutang dengan manusia. 

2. Hutang yang kerap diabaikan adalah #LOAN #BELAJAR. Anda mungkin rasa anda hero sebab berjaya melepaskan diri dari bayar hutang. Iya. Anda mungkin terlepas di dunia, namun mana mungkin anda terlepas di akhirat kelak. 

3. Buat-buat lupa tentang hak orang lain terhadap diri anda- contoh gagal bayar nafkah kepada isteri & anak-anak & tidak menjaga ibu bapanya dengan baik. 

4. Buat-buat tak nampak adik beradik & saudara mara yang susah. Mereka ini amanah yang anda perlu jaga. 

Jangan tanya kenapa hidup anda stuck & susah. Kerana anda sendiri #KHIANAT hak & amanah yang ada di bahu anda. 

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan