Assalamu'alaikum wbt.
•• Buka jendela hati dan sambutlah pagi ini dengan ucapan "SYUKUR"
"Ujian tak henti tanda Allah menyayangi."
Berapa ramai yang bila di uji tapi masih bongkak mendongak jalan di bumi Allah ni.
Berapa ramai yang rasa dirinya tidak pernah di uji kerana meraka rasa hidup mereka baik baik sahaja.
Berapa ramai yang bila di uji dia menyalahkan Ilahi?
Dalam surah Al Ankabut, Ayat 2.
Allah berfirman
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami beriman' dan mereka tidak diuju"
Tahukah kalian,
Kaya
Miskin
Pandai
Lembab
Baik
Jahat
Cantik
Itu semua ujian. Hidup ini umpama sesi pembelajaran. Sentiasa akan ada ujian. Dan di akhirat sana baru dapat keputusan.
Takde manusia yang terlepas dari di uji oleh Allah.
Yang di uji dengan kekayaan,
Yang diuji dengan kecantikan
Yang diuji dengan kepandaian
Yang diuji dengan kata kata pujian.
Apa jua keadaan kita, ketahuilah yang Allah sentiasa memerhati dan memberi ujian kepada kita.
Muhasabah diri di setiap saat kita bernafas. Bila di uji, lakukan yang terbaik untuk perbetulkan kesilapan.
Ujian kita manusia berbeza beza, tapi kaedah menarik perhatian Allah itu hampir sama formulanya.
•• Dan memperoleh rezeki yang baik lagi diberkahi.
Aamiin Allahumma Aamiin.
@mencari ketenangan#
🌷🌷🌷🌷🌷🌽🐈🤝👌
Tiada ulasan:
Catat Ulasan