Isnin, 20 Mei 2019

20.05.2019 tahu kah anda

TAHUKAH ANDA?

Di Malaysia, terdapat 14 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) termasuk Sabah dan Sarawak yang telah berkolaborasi dengan Darul Quran dalam menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran.

Persamaan antara belajar di Darul Quran dan MTQN:
1. Kurikulum yang sama;
2. Peraturan akademik yang sama;
3. Peperiksaan yang sama;
4. Transkrip peperiksaan yang sama;
5. Majlis Istiadat Konvokesyen di dewan yang sama;
6. Sijil Diploma yang sama.

Perbezaan antara belajar di Darul Quran dan MTQN:
1. Kampus yang berbeza;
2. Pensyarah yang berbeza;
3. Peraturan kampus dan tatatertib yang berbeza;
- sesetengah MTQN hanya mengambil pelajar lelaki sahaja.
4. Bidang pengkhususan pengajian;
- MTQN tidak menawarkan keenam-enam bidang pengajian seperti Darul Quran.
5. Yuran;
6. Elaun.
7. Kemasukan diuruskan oleh MTQN masing-masing.

Justeru, bagi calon-calon yang tidak berjaya ke sesi temuduga kemasukan Darul Quran bagi sesi pengajian 2017/2020, boleh cuba memohon kemasukan ke MTQN  sekiranya berminat. Sebarang pertanyaan lanjutan boleh dibuat melalui Unit Kemasukan di talian 03-60635333.

Berikut adalah senarai alamat MTQN berserta nombor telefon:

Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Pahang, Lot 11908, Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.
T : 09-5343333

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MAIK), Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Lot 2136, Jalan Perempuan Zainab II, Panji, 16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
T : 09-7744363

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perak, D/A Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Jln Raja Muda Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak.
T : 05-5421203

Institut Quran Darul Aman, Yayasan Islam Negeri Kedah, Jalan Sultanah,
05350 Alor Setar, Kedah.
T : 04-7327015

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, (Yayasan Islam Perlis), Jalan Guar Jentik 02400 Beseri, Perlis.
T : 04-9383080

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Jalan Air Itam, 11400 Pulau Pinang.
T : 04-8272216

Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan, 73200 Gemenceh, Negeri Sembilan.
T : 06-4319598

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah, P/S 640 Tanjung Aru, 88858 Kota Kinabalu, Sabah.
T : 088-317072

Institut Pengajian Islam (INSPI), Yayasan Islam Terengganu, Batu 5 1/4 , 24000 Binjai, Kemaman, Terengganu.
T : 09-8503560

Maahad Tahfiz Al Quran Masjid Saidina Ali, D/A Masjid Sayyidina Ali, 75150 Bukit Katil, Melaka.
T : 06-2314240/1839

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Peti Surat 2867, Telaga Air, Jln. Matang, 93050 Kuching, Sarawak.
T : 082-324909/843477

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Jalan Heman, Kg. Aman, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor.
T : 07-2332400

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN-4, Kampung Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak
T : 05-4018199

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155152541781972&id=300599296971

@MyJakim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan