Ahad, 31 Mac 2019

01.03.2019 hari ahad


🗓 Isnin, 01/04/2019
🌟 25 Rejab 1440H

🌥 Imsak   : 05:47
⛅️ Subuh   : 05:57
🌤 Syuruk  : 07:12
🌞 Zohor   : 13:20
☀️ Asar    : 16:22
🌙 Maghrib : 19:24
⭐️ Isyak   : 20:33

Selamat menunaikan solat fardhu! ☺️

💕 35 hari menuju 👉 RAMADHAN 1440H

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

BUKAN SUKA2

▪Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan...

▪Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran...

▪Bukan suka² Allah berikan kita anak yang degil dan nakal...

▪Bukan suka² Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama...

▪Bukan suka² Allah beri kita anak ramai...

▪Bukan suka² Allah langsung tidak beri anak pada kita...

▪Bukan suka² ALLAH beri kita pelbagai sakit...

▪Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita...

Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat.

Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je".

Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA.

▪Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah...Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

🍃Hidup kita Allah yang atur.

▪Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

🍃Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah.

▪Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang.

▪DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita.

▪Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu.

▪Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

🍃Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah.

🍃Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

🍃Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja...

▪Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

▪Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!

🍃Lakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya.

▪Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu...InshaaAllah.

🍃 Allah tak jadikan sesuatu itu saja² dan suka...

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@mencari keredaan# 🌸🌸🌸

Sabtu, 30 Mac 2019

30.03.2019 doa ahad


🗓 Ahad, 31/03/2019
🌟 24 Rejab 1440H

🌥 Imsak   : 05:48
⛅️ Subuh   : 05:58
🌤 Syuruk  : 07:13
🌞 Zohor   : 13:20
☀️ Asar    : 16:21
🌙 Maghrib : 19:24
⭐️ Isyak   : 20:33

Selamat menunaikan solat fardhu! ☺️🍀🌻DOA HARI AHAD🌼🍀

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 

اَللَّهُمَّ انْصُرْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ  وَافْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ  وَاغْفِرْلَنَا وَاهْدِنَا وَلاَ تُؤَاخِذْنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا  يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ.

اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ

Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami memohon keberkatan dan keredhaan dari-Mu agar segala usaha, tindakan dan amal perbuatan kami ini diterima serta mendapat kerahmatan dari-Mu ya Allah.

  اَللَّهُمَّ ياَ عَزِيْزُ ياَ قَهَّارُ
Anugerahkanlah sifat kesungguhan dan ketekunan kepada diri kami, agar  sentiasa dapat melaksanakan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Jadikanlah perkhidmatan kami ini yang lebih maju kehadapan agar segala urusan dapat diselesaikan dengan cekap, cepat dan teratur.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠّٰﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِـــــــﻴْﻢ

Sahabat sekalian...

Biarpun nikmat yg diperoleh tidaklah sehebat mana, sematkan dalam diri dengan sifat qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa-apa yg telah Allah kurniakan. Biarpun ia berupa ujian, lapangkan hati untuk menerimanya dan bersyukur kerana ujian yg ditimpakan lebih ringan berbanding orang lain.

Tetaplah bersyukur walaupun nikmatnya kecil.

@mencari keredaan#

Jumaat, 29 Mac 2019

29.03.2019 dulu dan sekarang

*Lain Ulu Lain Parang.*
*Lain Dahulu Lain Sekarang.*

*-50 tahun lalu.*

*-50 tahun kini.*

*1. 50 tahun yang lalu, anak menantu takut dgn mertua.*
*Kini mertua takut sama anak menantu.*

*2. 50 tahun yang lalu, anak2 lemah lembut pada ibu bapa.*
*Kini ibu bapa harus lemah lembut dgn anak2 sbb takut anak lari dari rumah.*

*3. 50 tahun yang lalu, semua orang harus mempunyai anak ramai.*
*Kini ramai yang takut ramai anak.*

*4.  50 tahun yang lalu, anak yang berbakti pada orang tua.*
*Kini orang tua yang berbakti pada anak*.

*5.  50 tahun yang lalu, lelaki mengejar wanita.*
*Kini wanita yang mengejar lelaki.*

*6.  50 tahun yang lalu, urusan menikah senang tapi cerai susah.*
*Kini urusan menikah susah dan cerai sangat mudah.*

*7.  50 tahun yang lalu, kita kenal dengan semua jiran/tetangga.*
*Kini ada yang tidak kenal dengan jiran/tetangga.*

*8.  50 tahun yang lalu, harus makan banyak lemak kerana kuat bekerja. Kini takut makan makanan yang berlemak takut kolestrol.*

*9.  50 tahun yang lalu, rakyat takut dengan kerajaan.*
*Kini kerajaan yang takut dengan rakyat.*

*10.  50 tahun yang lalu, malam hari semua jendela/tingkap dan pintu rumah cuma di tutup tidak dikunci seblm tidur.*
*Kini siang hari pun jendela/tingkap dan pintu harus ditutup dan di kunci dgn mangga besar.*

*11.  50 tahun yang lalu, tidak mudah mendapatkan apa yang disukai.*
*Kini asal suka mudah sekali mendapatkannya*.

*12.  50 tahun yang lalu, orang desa merantau  ke kota.* *Kini orang kota lari ke desa.*

*13.   50 tahun yang lalu, hanya anak muda yang menggunakan baju berbunga bunga.*
*Kini orang tua menggunakan baju berbunga bunga.*

*14.  50 tahun yang lalu, semua orang ingin gemuk supaya terlihat senang hati... Kini semua orang diet takut gemuk.*

*15.  50 tahun yang lalu, orang kaya berpura pura miskin.*
*Kini orang miskin berpura pura kaya.*

*16.  50 tahun yang lalu, meminjam wang ke bank sangat susah..Kini semua bank menawarkan pinjaman dengan mudah.*

*17.   50 tahun yang lalu, satu orang berkerja menyara  hidup seluruh ahli keluarga. Kini semua kerja untuk menyara seorang anak.*

*18.  50 tahun yang lalu,  orang tua suka mengaji dan baca quran...kini orang orang tua suka baca wassap dan main talipon.*

*- Macam Orang Tua yang sedang baca wsapp niii..🤣🤣🤣*

*Wallahu a'lam.*

Khamis, 28 Mac 2019

28.03.2019 pekerjaan kita

Asalamualaikum selamat pagi

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai?
Sebab dia selesa begitu.
Tak suka nak fikir masalah yang complicated.

Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan?
Sebab passion.
Happy bila tengok pesakit baik semula.

Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi?
Sebab hanya itu yang dia tahu.
Seronok dapat ikan banyak.

Jangan paksa orang jadi kaya.
Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta.

Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup.
Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan.
Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'.
Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza.
Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza.

Allah mencipta manusia itu berbeza.
Minat berbeza.
Kudrat berbeza.
Kepakaran berbeza.
Pengetahuan berbeza.
Latar belakang berbeza.
Sihat sakit berbeza.

Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero.
Hanya dengan KUN FAYAKUN.

Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu.
Tidak memiliki itu sebuah ujian.
Memiliki sesuatu juga sebuah ujian-- yang lebih hebat, yang lebih halus.

Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim.
Jangan lupa asal usul kita.
Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali.

Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan.
Tak ada satu pun kita akan bawa bersama.
Hanya satu yang bernama taqwa.

Respect other's decision.
Embrace diversity.

Pesanan buat diri sendiri.

#SelafazCintaOfficial

28.03.2019 doa hari ini jumaat

🌥 Imsak   : 05:49
⛅️ Subuh   : 05:59
🌤 Syuruk  : 07:13
🌞 Zohor   : 13:21
☀️ Asar    : 16:21
🌙 Maghrib : 19:24
⭐️ Isyak   : 20:33

​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِ. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,  berilah pertolongan kpd kami untuk mengingatiMu, bersyukur keatas pemberianMu dan beribadah sebaiknya untukMu.

ُ

Ya Allah, Kami memohon keampunanMu dpd semua kejahatan yang telah kami lakukan. Tiada yg dapat mengampuni dosa dosa kami kecuali Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun n Maha Penyayang. Sekiranya masih lagi ada dosa di akhir hayat kami ya Allah, hitunglah kami dengan perhitungan yang mudah dan ringan keatas setiap kejahatan kami.

Ya Allah, rahmatilah kehidupan kami, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Terutama di hari jumaat ini beri lah kami kekuatan n keazaman utk menambah baik amalan2 bacaan alQuran kami, zikir2 kami, sedekah2 kami serta pengeratan tali silatul rahim di antara kami.

Ya Allah Ya Ghaffur ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum kerabat kami, ustaz2 n guru2 kami, sahabat2 kami n sekelian mukminin mukminat muslimin muslimat samada yg masih hidup atau telah mendahului kami mendapat

رَبَّنَا ظلمناأَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْن َ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

@mencari keredaan#📚📚📚

Rabu, 27 Mac 2019

28.03.2019 malu nya

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sahabat sekelian...

Allah sahaja yg Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Dengan akal... manusia diberi keupayaan untuk menilai yg mana baik atau buruk. Namun sebijak manapun akal, kemampuan manusia tetap terbatas. Jadi, manusia tetap memerlukan akal untuk memandunya

Tegasnya, manusia yg 'serba tidak tahu' ini memerlukan Allah Yg Maha Tahu untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup.

🎈Malu bila;
Orang sangka kita ini baik, alim orangnya, sering
berdakwah,
Tapi Allah Maha Mengetahui, bagaimana diri kita yang
sebenarnya, hakikatnya masih pendosa •

🎈Malu bila;
Kita rasa senang bermaksiat,
Tapi lama-kelamaan makin tak tenang, rasa malu pada
Allah, penasaran adakah dosa akan diampuni olehNya
atau sebaliknya •

🎈Malu bila;
Kita berdoa untuk masuk syurga,
Tapi hakikatnya amal kita tak seberapa •

🎈Malu bila;
Dosa-dosa itu sifatnya berbau,
Nescaya takkan ada sesiapa yg mahu dekat dengan
orang yang banyak dosa seperti kerna kita pendosa tanpa
henti •

🎈Malu bila;
Kita buat salah dengan manusia, kita payah untuk akui
dan memohon maaf terlebih dahulu,
Yang pastinya dosa manusia sesama manusia takkan
mudah diampunkan oleh manusia yang dikhianati •

🎈Malu bila;
Kita pernah merasai kesenangan lantas melupakan Dia,
Dan ketika Allah beri dugaan dalam bentuk kesusahan,
kita rasa sangat malu pada Allah yang teramat asbab
kita sendiri yang melupakanNya •
.. "Sesungguhnya manusia itu tidak lepas dari membuat kesilapan..                                    

@mencari keredaan#🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🐒

28.03.2019 doa hari khamis

🌥 Imsak   : 05:49
⛅️ Subuh   : 05:59
🌤 Syuruk  : 07:14
🌞 Zohor   : 13:21
☀️ Asar    : 16:22
🌙 Maghrib : 19:24
⭐️ Isyak   : 20:33

🍃💙Doa hari Khamis🍃💜

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Yaa اَللّهُ.
Tetapkanlah hati kami di atas agama MU.
Kami bermohon ke hadrat Mu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Yaa Allah.
Kami memohon kepada Mu berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak2 yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Yaa Allah.
Jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar.

Yaa اَللّهُ .
Ampuni dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, anak2 isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami serta sekalian muslimin dan muslimat.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

@mencari keredaan#📚📚📚

Isnin, 25 Mac 2019

26.03.2019 aku bukan insan yang mulia


Aku bukan insan mulia
Aku adalah debu hina
Aku bukan malaikat setia
Aku adalah cuma manusia
Yang tiada kudrat dan upaya.
Melainkan petunjuk maha esa

Jangan engkau menjadi
Orang yang terlambat
Dalam bertaubat

Membumbung angan-angan
Mengharap kenikmatan hidup
Di akhirat tanpa amal.

Wahai pendosa!!

Berkata seperti ahli ibadah,
Beramal seperti orang munafik.

Jika diberi kurnia tidak pernah
mahu menerima apa adanya.

JIka tidak diberi
tidak mahu bersabar.

Mengajak berbuat baik
Tapi diri sendiri
Mengabaikanya.

Mencegah orang lain
Agar tidak berbuat nista

Ssementara diri
sendiri melakukannya.

Mencintai orang yang
suka berbuat baik,
namun diri sendiri tidak
Termasuk didalamnya.

Membenci orang yang
Bersikap hipokrit
Padahal din Sendiri
Termasuk didalamnya.

Mengatakan sesuatu
yang tidak diperbuat dan
Melakukan apa yang di cegah.
Menuntut orang lain memenuhi janji,
namun ia sendiri mengkhianatinya.

Aku sang pendosa
Kadang bicara penuh dusta
Melafazkan cinta pada yang Esa
Hanya tinggal kata kata penuh nista

Bismillahirahmanirahim

Jangan rasa sedih atas apa yang kita tak miliki
Jangan rasa kekurangan atas apa yang tak kita ada
Jangan rasa lemah atas apa yang tak cukup kita capai
Jangan rasa tak berdaya atas apa yang tidak kita perolehi
Jangan rasa hina atas kekurangan yang kita ada.

ALLAH dah atur yang terbaik buat kita.
Masing-masing ada rezeki tersendiri.
Masing-masing ada rentak hidup tersendiri.

Yakinlah pada ALLAH. DIA dah atur segalanya dengan amat sempurna dalam Ar Rahman Ar Rahim NYA.
Yang penting kita berusaha, bertawakal dan pasrah pada DIA.

Jangan bandingkan hidup dengan yang lain.
Masing-masing ada rezeki dalam susun atur DIA.
Rezeki ALLAH itu luas seisi alam. Masing-masing ada bahagian tersendiri. Jika kita lihat rezeki itu hanya dalam satu bentuk saja maka kita akan terasa sempitnya hidup. Hakikatnya rezeki ALLAH itu dalam segala bentuk dan aspek.

Kita mungkin belum ada apa yang orang lain ada saat ini ...
Kita mungkin belum mencapai apa yang telah orang lain raih pada hari ini ...
Kita mungkin belum menikmati kebahagiaan sepertimana orang lain nikmati saat ini ...
Kita mungkin belum brjaya menggapai keinginan sendiri hari ini
TAPI TETAP LAH BERSYUKUR atas banyaknya yang telah ALLAH berikan pada kita saat ini yang mungkin tak ada pada orang lain.

Hakikatnya …
Setiap kali kita ikhlas bersedekah maka akan rezeki kita akan bertambah.
Setiap kali kita khusyuk dalam beramal ibadat maka kebahagiaan kita akan bertambah.
Setiap kali kita ikhlas berbakti, melakukan kebaikan, kebajikan dan taat pada ibubapa dan orang tua maka kemudahan dalam kehidupan akan bertambah

Ingat lah …
Jika kita perlukan NIKMAT dunia maka cukuplah CINTA ALLAH itu sebagai nikmat.

★ALLAH melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNYA di antara hamba-hambaNYA dan DIA pula yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.
~ Al Ankabut : 62 ~

★بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ لَا إِلَهَ إِلا هُوَ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ

@Mencari keredaan#

26.03.2019

085 of 365 🗓 SELASA 💕 19 REJAB 1440H 26 Mac 2019

💕 40 hari menuju 👉 RAMADHAN 1440H

Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

HARGAI UMURMU
MANAFAATKAN USIAMU

Dulu hanya seorang anak kecil
kini seorang pemuda,
kalau dipanjangkan lagi umur
Jadilah seorang dewasa dan tua
Manafaatkan ketika ada
Hidup hanya sekali sahaja

Dengan usia inilah aku hidup,
mengisinya dengan makna,
mencapai di dalamnya bahagia,
dan menggunakannya untuk mencapai redha-Nya...

Usia makin
Meningkat dan tidak akan menurun,
Pergi dan tidak akan kembali,
berlalu dan tidak akan dapat dikejar,
hilang dan tidak akan dapat diganti.

Usia
Matang bukan dengannya sekali,
tinggal bagi mereka yang menghargai,
bermakna bukan wujud di dalamnya Sedia tetapi hanya jika digunakan dengan bijaksana.

Umur
anugerah Dia.
Panjang di dalam maksiat,
atau terus di dalam taat,
itu pula pilihan kita.

Membesar dan membesar,
meningkat dan meningkat,
maka siapakah aku hari ini?
Manusia yang alpa atau yang diredhai...

Usia yang Matang
atau masih ingin bermain-main lagi?
Yang menghargai peluang,
atau sekadar melepaskannya pergi?

Umur
sampai bila kan terus meningkat?
Sampai masa akan terhenti.
Maka sampai bila perlu alpa,
apakah hingga dipanggil pergi nanti?

Alangkah ruginya kita bila Allah kurniakan umur yang panjang, tiba-tiba kita mengisi usia tersebut dengan menjauhkan diri dengan Allah.

Apa untungnya hidup namun usia tersia
Tanpa amal

Ya Allah...
Dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Mu.
Kami menadah tangan memanjat kesyukuran kerana berpeluang menikmati udara-Mu tanpa sebarang bayaran, menikmati keindahan alam tanpa sebarang balasan...

Ya Allah ya Tuhan kami...
Panjangkanlah umur kami agar dapat beribadah dan sentiasa taat pada
segala perintah-Mu semasa usia kami...

Ya Allah ya Tuhan kami...
Dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Mu Tuhan yang empunya sekalian alam.
Kami menadah tangan kepada-Mu agar kami diberikan hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar, jalan yang lurus yang Engkau Redhai dan janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau memberikan kami petunjuk.

Amin ya Rabbal A'lamin.

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
42K712

Ahad, 24 Mac 2019

Persiapan untuk bekerja 15.02.2019

Ketahuilah bahawa persiapan untuk mendapatkan pekerjaan bukan bermula apabila anda graduate atau pada semester akhir. Sebaliknya ia bermula pada hari pertama anda melangkah ke universiti. Bersiaplah awal-awal!
Dan akhir sekali keenam, berhenti merungut dan menghentam sana-sini melalui fake profile Twitter/FB. Perbuatan itu hanya menyuburkan jiwa kerdil, penakut dan negatif. Secara tak disedari, ciri-ciri itu sebati dalam diri dan anda jadi penikus apabila berhadapan dengan realiti.
Kelima, fahami bahawa orang yang ada ijazah terlalu ramai. Ambil kesempatan pekerjaan pertama dan kedua untuk cari pengalaman dan bina networking. Dari situ, cuba "melompat" ke pekerjaan yang lebih baik. Awal-awal tak mengapa bekerja dengan syarikat kecil dulu.
Keempat, bina networking. Ambil kesempatan aktiviti persatuan/akademik bina hubungan dengan kepimpinan politik, kepimpinan pentadbiran dan kepimpinan bisnes/korporat. Ramai orang dapat kerja bukan melalui iklan, tetapi recommendation orang yang pernah bekerja dengan mereka.
Ketiga, aktif dalam aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti ini anda belajar memimpin, bina keyakinan diri, asertif, dan berkomunikasi. Anda juga belajar hubungan perorangan, pengurusan konflik, dan skil pemujukan (persuasive skill). Kesemua ini penting sewaktu temuduga nanti.
Kedua, kuasai bahasa Inggeris. Bahasa Melayu penting, tetapi seseorang yang boleh berbahasa Inggeris dengan fasih akan lebih disukai oleh majikan. Gunakan BI sewaktu di universiti. Belasah saja. Buat silap dan belajar dari kesilapan itu. Insya-Allah, lama-lama pandai.
Pertama, fahami bahawa 85% kejayaan dalam kerjaya ditentukan oleh soft skills (komunikasi, bahasa, perundingan, hubungan perorangan, dll). 15% lagi ditentukan oleh skil teknikal. Sekiranya kita dapat CGPA 3.8 tetapi tak boleh berkomunikasi dengan baik, susah nak dapat kerja.
30 tahun dulu, "mahasiswa" mudah dapat kerja. Graduan tak ramai. Hari ini, suasana berubah. Perebutan mendapat pekerjaan cukup kompetitif. Majikan sudah memilih. Apakah yang "mahasiswa" boleh lakukan untuk persiapkan diri tatkala masih belajar? Baca

25.03.2019 pertemuan dalam perkahwinan

Pertemuan itu sering berlaku, kita bertemu, berkenalan dan mula perasaan itu datang. Ianya tak di duga, tak di jangka.

Kita mula suka dia dalam dia, kita mula merindui senyuman dia. Kita mula selit namanya dalam setiap doa kita. Kita cuba ambil berat tentang dia.Kita cuba sehabis baik untuk dia.

Dalam kita tak sangka pertemuan itu adalah ujian untuk kita. Kita bertemu sebagai proses perkenalan mungkin sebagai kawan tidak lebih dari itu.

Tetapi itulah hati, selalu berharap lebih dari apa berlaku, berusaha dan akhirnya hati mula terpaut.

Kita cuba rancang satu persatu mahligai indah untuk membina masjid teguh. Cinta bertaut berlandas jalanNya, akidah di jaga, pergaulan di bataskan.

Tetapi siapalah kita untuk mentakdirkan sesuatu kerana kita hanya hamba,takdir itu Allah yang tentukan. Hanya kita manusia merancang sesuatu mengikut kemahuan kita.

Serapat mana kasih berpaut, jika Allah telah takdir dia bukan milik kita maka akan terpisah juga. Segalanya berlaku merupakan ujian untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita dan dia.

Apa jua berlaku bersangka baik dengan Allah. Kecewa itu pasti tetapi teguhkan hati untuk yakin dengan Allah.

Jadi jangan terlalu berharap, kadang takdir kita hanya dapat bertemu, kenal dan berkawan sahaja belum tentu jodoh.

Saat indah apabila berkahwin bilamana isteri mengejutkan sauminya untuk solat subuh . Kerana sebelum ini sauminya itu dikejutkan oleh ibunya .

Itulah pentingnya mencari isteri yang beragama yang mampu membimbing kamu wahai kaum adam .
@mencari keredaan
🌳🌳🌳🌳🌳🌳💑

Jumaat, 22 Mac 2019

23.03.2019 sakit hati

SAKIT HATI ITU PENYEKAT REZEKI.

Sakit hati sebab apa?
Sebab takde orang faham kita. Suami. Isteri. Adik beradik. Keluarga. Kawan kawan. Semua tak faham kita.

Sungguh, bila penat & terlalu banyak masalah nak selesaikan fikir itu ini memang kita akan stress. Mula la nak marah semua orang. Tu tak kena. Ini tak kena.
Betul tak ?

TAPI

Sedar tak bila kita sakit hati itu akan menjadi penyebabnya sempit rezeki ?

Sebab apa, sebab rezeki hanya akan datang pada hati yang tenang sahaja. Sakit hati tak akan bawa kita ke mana pun.

Macam mana nak bagi tenang hati ni ?

Susah. Betul. Memang susah pada mulanya. Kena didik la hati kita. Tak akan ada manusia yang akan faham kita sepenuhnya. Don't expect people will understand you.

So, siapa yang sebenar benarnya akan faham kita ni ? Allah.

Ya, hanya Allah. Kadang tengah sedih, marah kita lupa semua tu. Luahkanlah apa sahaja padaNya. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Bukan luahan di media sosial semata.

Sandarkan hidup kita hanya pada Allah sahaja nescaya kita tidak sedikit pun akan kecewa.
Ma Fi Qalbi Ghairullah ❤

@mencari keredaan#

Khamis, 21 Mac 2019

16.03.2019

Renungan .

Kalau kita perhatikan masa sekarang ni , ramai saja suka copy paste sesuatu ilmu untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain . Ingin menjadi antara yang terawal berkongsi ilmu tapi tanpa mereka sedar mereka sudah melakukan satu kesalahan .

" Takkan nak kongsi ilmu pun salah ? Admin belajar dekat mana ? "

" Laaa , ilmu kut , kenalah kongsi "

" Copy paste ilmu salah ke ? "

Sahabat-sahabat ,
Berkongsi ilmu tidaklah salah . malah perlu dikongsikan ilmu apatah lagi ilmu tersebut mempunyai manfaat kepada kita . Copy paste juga tak salah .

" Habis tu apa yang salah ? "

Apa yang salah itu copy paste ilmu yang tak sahih dan tak betul .

" Aikkkkkkkkkkkk......... "

Ape aikkk aikkk . Yang menjadi kesalahan itu bila copy paste benda yang salah . Contohnya salah daripada segi hukum , tarikh dan sebagainya . Kalau nak copy paste juga tak salah , tapi sila pastikan bahawa ilmu tersebut benar dan sahih . Check terlebih dahulu .

Kalau kita copy paste benda yang tak betul , lepas tu orang lain pula copy paste dan seterusnya tak ke dianggap menyebar ilmu yang salah ? Menyebar ilmu yang sesat ? Sekarang ni kalau kita perhatikan banyak sangat mesej berantai paling popular dekat whatsapp . Dalam masa sehari tu mesti saja ada . Dan kebanyakkan mesej berantai itu ada benarnya dan ada salahnya .

Jadi kawan kawan , sebelum nak copy paste , pastikan dulu kebenaran meseh atau ilmu tersebut sebelum kongsi bersama rakan-rakan yang lain . Jadilah orang yang menyebar ilmu yang bermanfaat dan berguna serta sahih kepada rakan-rakan .

Kita takkan dapat lari dari masa silam, tapi kita masih boleh kejar dan corak masa depan yang belum kita tahu dengan baik dengan izin Allah
Kau nampak dia bahagia?
Kau nampak dia tersenyum?
Kau nampak dia ketawa?
Kau nampak dia gembira?

Itu apa yang kau nampak.

Kau xnampak tangisan dia.
Kau xnampak derita dia.
Kau xnampak luka dia.

Dalam kehidupan,
tak semua yang kau nampak tu betul.
Tak semua yang kau rasa tu benar.

Ada masa, manusia sembunyi derita demi bahagia insan lain.

Take note, dear.

21.03.2019 nama sri kandi islam

NAMA-NAMA SRIKANDI ISLAM

1. Srikandi Medan Pertempuran – NUSAIBAH BINTI KAAB

2. Pahlawan Wanita Pertama Membunuh Musuh Islam – SAFIYAH BINTI ABDUL MUTALIB

3. Pahlawan Wanita Serba Hitam – KHAULAH BINTI AZWAR

4. Berkorban Kerana Allah – SITI MASITAH

5. Orang Pertama Mati Syahid – SUMAYYAH BINTI KHUBATH

6. Wanita Berhati dan Berjiwa Waja – ASMA BINTI ABU BAKAR

7. Pulih Penglihatan Kerana Beriman Kepada Allah – ZINIRAH

8. Kisahnya Dalam Al-Quran – RATU BALQIS

9. Dahaganya Dipuaskan Oleh Allah – GHAZIYAH BINTI JABIR

10. Mahligainya di Syurga – AISHAH, ISTERI FIRAUN

11. Kehormatan Dirinya Dipelihara Allah – SITI SARAH, ISTERI NABI IBRAHIM

12. Wanita Pertama Memeluk Agama Islam – KHADIJAH BINTI KHUWAILID

13. Kisahnya dengan Telaga Zam-Zam – SITI HAJAR

14. Kebijaksanaannya Terbukti di Hudaibiyah – UMMU SALAMAH

15. Pejuang Wanita Pertama Menyeberang Lautan – UMMU HARAM

16. Pejuang yang berwibawa dan kental – UMMU HAKIM BINTI AL-HARITH

17. Mas Kahwinnya adalah Islam – UMMU SULAIM

18. Raja pidato dan pejuang yang tabah – ASMA BINTI YAZID

19. Wanita yang Syahid dan Hafaz al-Quran – UMMU WARAQAH BINTI ABDULLAH

20. Allah Mendengar dan Mengabulkan Doanya – KHAULAH BINTI THALABAH

21. Ibu Para Syuhada dan Penyair Tersohor – TUMADHAR BINTI AMRU (Al-Khansa)

22. Wanita yang Menundukkan Singa – HALIMATON ARMIAH

23. Srikandi Perang Maisan – AZDAH BINTI AL-HARITH BIN KALDAH

24. Tawanan Perang Khaibar Yang Dimuliakan Nabi – SAFIYAH BINTI HUYAI

25. Allah Memberinya Salam – UMMU SANAN AL-ISLAMIYAH

26. Pemerintah Pintar dan Bijaksana – SITI AL-MALIK BINTI AL-AZIZ

27. Permaisuri Dermawan – ZUBAIDAH BINTI JAAFAR

28. Jarinya Putus Melindungi Khalifah Uthman Affan – NAILAH BINTI AL-FARAFISHAH

29. Menentang dan Menjatuhkan Maruah Abu Lahab – UMMU FADHL BINTI HARITH

30. Pemimpin Wanita Kaum Muslimin – FATIMAH AZ-ZAHRA

31. Al-Siddiqa – AISHAH BINTI ABU BAKAR

•••┈••••○❁🍃💜🍃❁○••••┈•••

#mencari keredaan✍
   @Dakwah_islam agamaku❤️

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

Selasa, 19 Mac 2019

20.03.2019 buat sahabat


▪️BUATMU SAHABAT

🍃 Deruan ombak pantai
menggamit rasa damai
dari gemersik desirannya.
mampu merehatkan minda
merenung agung ciptaan-Nya
terbentang luas di pandangan mata,menjadi terapi bagi jiwa
sejenak berfikir kebesaran-Nya
mencipta alam dengan kehidupan bertemankan daratan dan lautan

🍃 Bertuahnya kita kerana Allah mencipta alam ini dengan penuh warna-warni.
Jika hanya dicipta-Nya satu warna pasti kita akan buta menilai makna  KEINDAHAN.

🍃 Bersyukurlah kita kepada-Nya yang telah mencipta manusia dengan pelbagai gelagat dan ragam, kerana ianya sesuatu yang menghiburkan dalam sesebuah ikatan dan membuatkan kita mengenal erti keindahan dalam sesebuah
PERSAHABATAN.

🍃 Justeru hargailah kelebihan teman-teman kita dan hormatilah kekurangan mereka. Kelebihan dan kekurangan sesama kitalah yang mewarna-warnikan ikatan UKHUWAH kita.

🍃 Jika manusia dicipta dengan gelagat dan ragam yang sama, pasti ia akan menjemukan kita. Bersyukurlah dengan anugerah-Nya kepada kita ini

🍃 SAHABAT
Dalam sebuah perjalanan,
Allah amanahkan sebuah Perjuangan.
Terimalah dengan kekuatan.
Kadang sakit yang mendatang,
Kadang teman tak sehaluan,
Kadang kecemerlangan gagal di capai.

🍃NAMUN..
Itulah ujian mencari
REDHA ALLAH...
Senyum kerana terluka
Menangis kerana takutkan-NYA

🍃 SENYUM MUJAHID
MEMBURU SYAHID

Memacu kebangkitan
merintis kemenangan.

🍃SAHABATKU
Takutlah kepada ALLah kerana itu kita dapat megatasi segala ketakutan.
Kesusahan kegagalan kita di dunia yang membelenggu kita.

🍃Jangan berputus asa..
PohonLah rahmat dari ALLAH.
Semuanya indah jika kerana ALLAH

@mencari keredaan#
🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

20.03.2019 belajar arab

Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab

🌸terima kasih - syukran (شكرًا )
🌸sama sama - afwan ( عفواً )
🌸saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف )
🌸baiklah - hasanan ( حسناً )
🌸mungkin - rubbama (ربما )
🌸awas! - intabih ( انتبِه )
🌸berhati hatilah - ihzar ( احذر )
🌸jangan lupa - la tansa ( لا تنسىٰ )
🌸samiinun - gemuk ( سمين )
🌸Tawiilun - panjang ( طويل )
🌸Qasirun - pendek ( قصير )
🌸khofiidhun - rendah ( خفيض )
🌸nahiifun - kurus ( نحيف )
🌸yaum - hari ( يوم )
🌸usbu' - minggu ( أسبوع )
🌸syahr - bulan ( شهر )
🌸sanah - tahun ( سنة )
semoga berjaya ..

Ucapan dalam bahasa arab .
🌻Selamat malam - laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
🌻sobahul khair - selamat pagi ( صباح الخير )
🌻ucapan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )
🌻semoga berjaya - bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
🌻salam ukhuwah - salam perkenalan ( سلام اخوة )
🌻jazakallah hukhairan - semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )
🌻tobat masauk - selamat tengahari ( طابت مساؤك )
🌻azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
🌻uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
🌻uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )
semoga berjaya ..

Ganti nama/personal pronouns
🙋..aku/saya - ana ( أنا )
👦..kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
👧..kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
👨..dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
👩..dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
👬👭..dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( هماَ )
👬👬..dia (lelaki -3 dan keatas) - hum ( هُمْ )
👭👭..dia (perempuan-3 dan keatas) - hunna ( هنَّ )
👪..kami - nahnu ( نحنُ )
👯👯..kalian (ramai) - antum ( أنتم )
👫👫..mereka - hum ( هُمْ )
😱 ..cantik = jameelah ( جميلة )
😲..buruk = qabih ( قبيح )
😊..Bersih = nadziifun ( نظيف )
😪..Malas = kaslaan ( كسلان )
📚..Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
🍔..a'kulu =  saya makan ( أاكل )
🍹..Asyrobu =  saya minum ( أشرب )
📖..Aqrou = saya membaca ( أقرا )
📝..aktubu = saya menulis ( أكتب )
📢🚶..Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
✊..Amsiku = saya memegang ( أمسك )
💼..A'malu = saya mengerjakan ( أعمل )
👔..Albasu = saya memakai ( ألبس )
🚦..Toriiqon = jalan ( طريق )
🏡..Baytun = rumah ( بيت )
✏..Mirsamun = pensil ( مِرسم )
✒..Qolamun = pulpen ( قلم )
🚫..Mimsahatun = pemadam ( ممسحة )
💡..Mishbaahun = lampu ( مصباح )
📋..Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )
😃..Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
😄..Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
🏠..Askunufi- saya tinggal di ( أسكن في )
🙈..Umri- umur saya ( عمري )
😀..Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
😉..Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
👧..Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
👦..Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
😴..Ahlam Saiidah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
😰..Syafakallah-smoga Allah menyembuhkn kamu ( شفاك الله )
smoga bermanfaat

🎵♪BELAJAR BAHASA ARAB♪🎵

👭*Ukhwahfillah = Pshabatan Krna Allah ( اخوة في الله )
👧*Ukhtin = Kakak @ Saudara Perempuan ( اخت )
👦*Akhun = Abang @ Saudara Lelaki ( أخ )
👳*Zauj = Suami @ Pasangan (L) ( زوج )
👰*Zaujah = Isteri @ Pasangan (P) ( زوجة )
🙏*Asiff Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( آسف جداً )
👯*Ukhwahfillah Abadan Abada = Psaudaraan krna Allah Selama2nya ( اخوة في الله أبداً ابدا )
💪*Fa'idza Adzamta fatawakkal'alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah ( فإذا عزمت فتوكل على الله )
😭*Inni Akhafullah = Ssguhnya aku takutkan Allah (إني أخاف الله)
😍*Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
😅*Lau Samatha = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
😘*Naltaqi Ghadan = Kta jmpa esok ( نلتقي غداً )
👋*Illalliqa' = moga bertemu lagi ( الى اللقاء )
✌*Syafakallah = moga Allah myembuhkan awak (L)(شفاكَ الله)
👌*Syafakillah = moga Allah myembuhkan awak (P) (شفاكِ الله)
💁*Tafaddhol = Silakan (تفضل )
🙅*La Aadri = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
🙆*Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )
👏*Jazakallahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kbaikan (L) ( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
👍*Jazakillahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (P)
( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
✌*Jazakumullahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (L&P) جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
👱*Wa iyyaka (L) = Dan utkmu jua.Blasan utk ucapan 👆( وإياك)
👩*Wa iyyaki (P) = dan utkmu jua.Blasan utk ucapan👆( وإياكِ )
☺*Allahukhairujaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
😎*Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( فهمتم )
😁*Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
☺*Ijhad wala taksal = Bsguh2 dn jgnlah kmu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
😥*La Tahzan Innallaha Ma'ana = Jgnlah bsdih, Ssguhnya Allah bsma kita ( لا تحزنْ انا الله معنا )
☺*Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kmatian itu mjadi pringatan ( كفى بالموت واعظاً )
😃*Bi idznillah = Dgn izin Allah ( بإذن الله )
😀*InshaAllah kull khayr ! Aamiin = inshaaAllah smuanya baik,Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
😄*Barakallahu Fiq = Smga Allah mrahmati kamu/mbrkati kamu ( بارك الله فيك )

@mencari keredaan#

20.03.2019 teguran


🌺🦋....

Teguran itu amat menyakitkan.
Amat pahit untuk ditelan
Kadang tak boleh terima kara
na keegoaan yang tinggi.

Tapi percayalah,setiap yang pahit itu ada manisnya.
Jika kita selalu bersikap positif, kita akan dapat menerimanya dengan berlapang dada🍃💕

🌸🍃....
Buat sesuatu biar kita ada matlamat. Dengan matlamat tadi kita nampak arah masa depan kita. Apa yang perlu dengan yang tidak

Berdoa tanpa belajar akan jadi doa yang kosong☹️
Belajar tanpa doa akan jadi usaha yang buta👀
Usaha akan membuahkan hasil setelah seseorang tidak akan menyerah💪😊

Buktikan pada diri sendiri boleh berjaya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan😌👌

@mencari keredaan#

⏰  P R A Y E R  T I M E S  ⏰
📍 Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
🗓 Selasa, 19/03/2019
🌟 14 Rajab 1440H

🌥 Imsak   : 05:53
⛅️ Subuh   : 06:03
🌤 Syuruk  : 07:18
🌞 Zohor   : 13:24
☀️ Asar    : 16:31
🌙 Maghrib : 19:27
⭐️ Isyak   : 20:35

Selamat menunaikan solat fardhu!

▪️BUATMU SAHABAT

🍃 Deruan ombak pantai
menggamit rasa damai
dari gemersik desirannya.
mampu merehatkan minda
merenung agung ciptaan-Nya
terbentang luas di pandangan mata,menjadi terapi bagi jiwa
sejenak berfikir kebesaran-Nya
mencipta alam dengan kehidupan bertemankan daratan dan lautan

🍃 Bertuahnya kita kerana Allah mencipta alam ini dengan penuh warna-warni.
Jika hanya dicipta-Nya satu warna pasti kita akan buta menilai makna  KEINDAHAN.

🍃 Bersyukurlah kita kepada-Nya yang telah mencipta manusia dengan pelbagai gelagat dan ragam, kerana ianya sesuatu yang menghiburkan dalam sesebuah ikatan dan membuatkan kita mengenal erti keindahan dalam sesebuah
PERSAHABATAN.

🍃 Justeru hargailah kelebihan teman-teman kita dan hormatilah kekurangan mereka. Kelebihan dan kekurangan sesama kitalah yang mewarna-warnikan ikatan UKHUWAH kita.

🍃 Jika manusia dicipta dengan gelagat dan ragam yang sama, pasti ia akan menjemukan kita. Bersyukurlah dengan anugerah-Nya kepada kita ini

🍃 SAHABAT
Dalam sebuah perjalanan,
Allah amanahkan sebuah Perjuangan.
Terimalah dengan kekuatan.
Kadang sakit yang mendatang,
Kadang teman tak sehaluan,
Kadang kecemerlangan gagal di capai.

🍃NAMUN..
Itulah ujian mencari
REDHA ALLAH...
Senyum kerana terluka
Menangis kerana takutkan-NYA

🍃 SENYUM MUJAHID
MEMBURU SYAHID

Memacu kebangkitan
merintis kemenangan.

🍃SAHABATKU
Takutlah kepada ALLah kerana itu kita dapat megatasi segala ketakutan.
Kesusahan kegagalan kita di dunia yang membelenggu kita.

🍃Jangan berputus asa..
PohonLah rahmat dari ALLAH.
Semuanya indah jika kerana ALLAH

@mencari keredaan#
🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

Jumaat, 15 Mac 2019

16.03.2019

Renungan .

Kalau kita perhatikan masa sekarang ni , ramai saja suka copy paste sesuatu ilmu untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain . Ingin menjadi antara yang terawal berkongsi ilmu tapi tanpa mereka sedar mereka sudah melakukan satu kesalahan .

" Takkan nak kongsi ilmu pun salah ? Admin belajar dekat mana ? "

" Laaa , ilmu kut , kenalah kongsi "

" Copy paste ilmu salah ke ? "

Sahabat-sahabat ,
Berkongsi ilmu tidaklah salah . malah perlu dikongsikan ilmu apatah lagi ilmu tersebut mempunyai manfaat kepada kita . Copy paste juga tak salah .

" Habis tu apa yang salah ? "

Apa yang salah itu copy paste ilmu yang tak sahih dan tak betul .

" Aikkkkkkkkkkkk......... "

Ape aikkk aikkk . Yang menjadi kesalahan itu bila copy paste benda yang salah . Contohnya salah daripada segi hukum , tarikh dan sebagainya . Kalau nak copy paste juga tak salah , tapi sila pastikan bahawa ilmu tersebut benar dan sahih . Check terlebih dahulu .

Kalau kita copy paste benda yang tak betul , lepas tu orang lain pula copy paste dan seterusnya tak ke dianggap menyebar ilmu yang salah ? Menyebar ilmu yang sesat ? Sekarang ni kalau kita perhatikan banyak sangat mesej berantai paling popular dekat whatsapp . Dalam masa sehari tu mesti saja ada . Dan kebanyakkan mesej berantai itu ada benarnya dan ada salahnya .

Jadi kawan kawan , sebelum nak copy paste , pastikan dulu kebenaran meseh atau ilmu tersebut sebelum kongsi bersama rakan-rakan yang lain . Jadilah orang yang menyebar ilmu yang bermanfaat dan berguna serta sahih kepada rakan-rakan .

Kita takkan dapat lari dari masa silam, tapi kita masih boleh kejar dan corak masa depan yang belum kita tahu dengan baik dengan izin Allah
Kau nampak dia bahagia?
Kau nampak dia tersenyum?
Kau nampak dia ketawa?
Kau nampak dia gembira?

Itu apa yang kau nampak.

Kau xnampak tangisan dia.
Kau xnampak derita dia.
Kau xnampak luka dia.

Dalam kehidupan,
tak semua yang kau nampak tu betul.
Tak semua yang kau rasa tu benar.

Ada masa, manusia sembunyi derita demi bahagia insan lain.

Take note, dear.

Khamis, 7 Mac 2019

Semak Tweet @2203Ao: https://twitter.com/2203Ao/status/1103529256640950272?s=09

Rabu, 6 Mac 2019

06.02.2019 onexox

Inovasi Prabayar Terkini

Utama

Tentang Kami

Pelan & Perkhidmatan NEW RATE

Panduan kepada pelanggan

User Get User

Hubungi Kami

Login

One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera  dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.

One XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.

Disamping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi 'sebenar' mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.

One XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan yang ditawarkan.

VISI

Menjadi perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan strategi pemasaran unik yang menawarkan perkongsian keuntungan syarikat kepada pengedar.

MISI

Menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang sangat berpatutan serta sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah di dalam perniagaan. 

OBJEKTIF

• Memberi kesedaran kepada pengguna telefon mudah alih tentang kadar panggilan yang dikenakan melalui demonstrasi produk. 
•  Memberi pilihan baru kepada pengguna telefon mudah alih untuk berjimat.
•  Membuka peluang perniagaan telekomunikasi kepada usahawan kecil.
•  Membantu menaikkan taraf hidup serta ekonomi  masyarakat setempat melalui program insentif pengedar.
•  Menyumbang kepada pertumbuhan sektor ICT yang sejajar dengan matlamat kerajaan.

OUT THERE WE ARE ONE
PENGURUSAN:

En. Syed Alfaremy Indra Bin Syed Khalid
Ketua Divisyen Pemasaran & Jualan

En. Badrol Izman Bin Osman
Ketua Jabatan Kewangan & Pentadbiran

En. Mohd Affendi Bin Ramli
Ketua Jabatan Operasi

Tentang kami
Hubungi kami
Peluang perniagaan
Facebook Soal Jawab ONEXOX
Notis Privasi

Salurkan permasalahan yang tidak selesai ke Consumer Forum Malaysia (CFM)
www.complaint.cfm.org.my

ONE XOX Sdn Bhd © 2015 Hakcipta Terpelihara

O U T   T H E R E   W E   A R E   O N E ™ 

#mencari keredaan