Khamis, 24 Januari 2019

25.01.2019 perjalanan

ASSALAMUALAIKUM

TAZKIRAH.. PERJALANAN ITU

Perjalanan manusia utk menuju kpd Penciptanya memang byk halangan. Kerana itu manusia itu harus mengetahui apa tujuan kita hidup. Kita juga perlu menjadikan segala apa yg kita hadapi baik susah mahupun senang ianya merupakan tarbiah drp Allah swt. Tujuannya agar kita lbh santun dan bersabar memperbaiki diri yg msh lagi kekurangan ilmu dan iman. Kita juga harus sedar bahawa dlm perjalanan ini dugaan adalah spt tusukkan duri. Kesukaran dan kesakitan ini membuat kita lbh menghargai kemanisan dlm menuju kpd Illahi.
Justeru itu dlm perjalanan menuju kpd Pencipta kita perasaan takut mesti ada dlm diri kita. Org yg wujud dlm hatinya perasaan takut kpd Allah bkn semakin menjauh bahkan kian mendekat dan rapat dgn Nya. Firman Allah yg bermaksud :
Sedangkan syurga didekatkan kpd org2 yg bertaqwa pada tempat yg tidak jauh (dari mereka)
(Kpd mereka dikatakan) Inilah nikmat yg dijanjikan kpdmu, (Iaitu) kpd setiap hamba yg sentiasa bertaubat (kpd Allah) dan memelihara (semua peraturan2 Nya)
(Iaitu) org2 yg takut kpd Allah Yg Maha Pengasih sekalipun tidak kelihatan (olehnya) dan ia dtg dgn hati yg bertaubat
(Qaf ayat 31--33)

Inilah takut yg tiada tandingannya. Takut yg menyebabkan kita ingin semakin dekat Nya. Takut yg menyebabkan cinta yg membuak2 ingin kembali kpd Nya. Takut yg membuatkan kita malu utk melakukan apa yg dilarang.
Dan apabila kita berjaya dlm perjalanan ini maka ketahuilah bahawa syurga sedang menanti kita. Justeru itu tanamlah perasaan takut kpd Allah dlm perjalanan kita ini kerana ianya jaminan syurga buat kita....

RENUNG2KANLAH

@mencari keredaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan