Sabtu, 15 September 2018

16.09.2018 berdakwah di jalan Allah

Tetapi kalau kita hidup untuk dakwah, untuk agama Allah, untuk pastikan agama Allah berdaulat, untuk kembalikan masyarkat kepada agama, dan sebagainya, moga-moga kita mati dalam keadaan sedang buat dakwah.

Dan ketika itu...Kita pasti nakkan semua yang terbaik dalam hidup ini, kan?
Kalau seorang pelajar, kita pasti nak jadi pelajar yang terbaik. Buktinya, kita belajar sungguh-sungguh bagai nak rak, buat study group,  selalu jumpa cikgu atau lecturer, always burning the midnight oil, dan segala macam untuk menjadi pelajar yang terbaik.

Mana ada orang nakkan yang terburuk dalam hidup. Kalau boleh, daripada lahir sampailah ke tua, semuanya nak yang terbaik. Itupun kalau bolehlah.

Kalau seorang pekerja, kita pasti nak jadi pekerja yang terbaik. Buktinya, kita buat kerja sungguh-sungguh, tepati waktu, siapkan kerja before deadline, tunjukkan komitmen sebab nak naik gaji, ikut semua arahan dan sebagainya untuk menjadi  pekerja yang terbaik.

Kalau nak mencari pasangan, kita mesti akan cari yang terbaik. Buktinya, kita taaruf dulu, "siasat" gunakan orang tengah, kalau lelaki nakkan perempuan yang jaga maruah, kalau perempuan nakkan lelaki yang setia, dan sebagainya. Semuanya demi nak mencari pasangan yang terbaik.

Kalau berniaga, kita mesti nak jadi peniaga dan keuntungan yang terbaik. Buktinya, kita cari pelbagai teknik marketing, buat produk yang keuntungan tinggi, bina networking yang luas, kurangkan risiko rugi, dan sebagainya demi nak menjadi peniaga yang terbaik.

Tetapi....

Kenapa bila tiba bab kematian, kita TAK berusaha nak kematian yang terbaik? Kematian yang terbaik adalah mati syahid di jalan Allah. Kenapa tak berusaha nak mendapatkan kematian yang terbaik? Kita rasa macam cukuplah kematian biasa-biasa saja. Cukup ke?

Tetapi kalau kita hidup untuk dakwah, untuk agama Allah, untuk pastikan agama Allah berdaulat, untuk kembalikan masyarkat kepada agama, dan sebagainya, moga-moga kita mati dalam keadaan sedang buat dakwah.

Dan ketika itu...

"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah, itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" [Surah Ali Imran:169]

Persoalan untuk kita yang masih hidup, macam mana agaknya kematian kita nanti? Wallahua'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan