Amal ibadat umpama buah durian. Tak semua orang suka, dan tak semua mahu menikmatinya.
Tapi bagi peminatnya, kelazatannya tak terkata. Sanggup cangkung tepi jalan, sanggup keluarkan duit untuk merasa. Tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah.Kadang dengan prihatin yang hanya sedikit, mampu melahirkan rasa kasih sayang yang banyak.
Kadang juga menyakiti dirasakan hanya sedikit, namun ia menyebabkan luka yang dalam.
Jangan main main dengan perasaan orang lain, kerana ia mungkin penentu kita ke syurga atau neraka.Kadang kadang kita terlalu sibuk memikirkan pandangan orang pada diri kita, hingga terlupa untuk muhasabah 'pandangan' TUHAN pada diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan