Isnin, 16 Oktober 2017

17.10.2017 susah payah

SUSAH PAYAH

Susah payah bangun rumah untuk anak cucu, padahal di masa mereka nanti rumah orang tua akan dibongkar karana dianggap kuno.

Susah payah mewariskan kereta, padahal pada di suatu masa nanti keretanya akan dijual karana rosak atau tak dianggap layak jalan.

Susah payah mewariskan sawah, padahal sawah akan berubah perumahan orang lain karana anak cucu tak mau tanam menanam lagi.

Susah payah membangun perniagaan demi anak cucu, padahal pada suatu waktu perniagaannya akan gulung tikar karana sudah tak  bersaing dengan perniagaan lain yang lebih maju dan baru.

Susah payah menabung untuk anak cucu, pada masanya wang sudah tak bernilai karana inflasi tak terkendali.

Yang masih susah payah mengumpulkan dunia demi kebahagiaan anak cucu...anda pasti akan menyesal karana pengorbanan anda tak begitu akan diharga oleh mereka. Bukan apa-apa, tapi zaman sudah berbeza.
Maka...

Susah payahlah membangunkan anak cucu untuk shalat.

Seriuslah mendidik anak cucu supaya hafal Al-Qur'an.
Disiplinlah menjadikan anak cucu supaya menjadi shalih dan shalihah.

Dan tegaskanlah kepada anak cucu bahwa dunia ini hanya sementara dan penuh penyesalan, sedang akhirat adalah perjumpaan kita yang sebenarnya.

Karana itulah yang bermakna bagi mereka, bermanfaat bagi mereka, dan tak kan lekang di zaman mereka.

Dunia ditinggal mati, akhirat berjumpa pasti.

____
Syaikh Rahman Abu Al-Laits

Tiada ulasan:

Catat Ulasan