Sabtu
26 Zulkaedah 1438H
19 Ogos 17
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Hadis Rasullullah SAW
KUTU KUTU JALANAN
Hadis dan huraian
Riwayat: Muslim
Dari Abu Sai'd. Al-Khudri r.a, dari Nabi SAW sabdanya: Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan! Jawab para sahabat, Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu. Sabda Rasulullah SAW, Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan. Mereka bertanya: Apa haknya, ya Rasulullah Jawab baginda : Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.
1. Mengikut Kamus Dewan, melepak memberi makna tentang suatu tabiat yang negatif di kalangan masyarakat seperti di kalangan remaja dan dewasa yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. Pada peringkat awalnya kegiatan ini merupakan budaya yang dilakukan oleh kutu-kutu jalanan.
2. Melepak yang bertujuan untuk kebaikan seperti untuk berbual tentang perkara yang bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam tetapi mestilah tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata-ngata orang, mengusik dan sebagainya kerana sedemikian sudah terkeluar daripada adab-adab dalam bersosial.
3. Setiap muslim seharusnya menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara yang menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa.
Tazkirah
JANGAN SEKALI KALI KITA MENJUAL AYAT AYAT ALLAH DEMI UNTUK MERAIH KEPENTINGAN DUNIA
Firman Allah SWT
وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنًا قَلِيلاً وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ
.. dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
Surah Al-Baqarah ayat 41
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
Tiada ulasan:
Catat Ulasan