Rabu, 31 Mei 2017

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada muslimin serta muslimat yg dikasihi, selamat pagi kepada teman2 yg bukan beragama islam yg di hormati sekalian 😘😍😎...

               Setia kembali utk sekian kalinya tanpa jemu utk tatapan teman2 alam maya live dari celahan pohon pinang mengupas agenda dan cerita seminggu kita bersiaran terus menerus ini, semoga kita semua dilindungi dan diberkati olehnya.. Sekelumit doa utk ibu bapa dan guru2 sekalian dipagi yg berkat ini.. 😉

                 Diharap teman2 yg berpuasa dapat membiasakan diri dari godaan dan bisikan pelbagai juadah dan tarikan makanan di bazar2 ramadhan seluruh buana, jgn di ikutkan kata hati tu, ikutkan mmg semua nak di boli, berpada2 la wahai teman2.. 🤑

               Minggu lepas beberapa kes buang bayi kembali giat beritanya di corong2 akhbar tempatan, apakan daya kita utk memantau keadaan tersebut, cuma berharap dan berdoa perkara tersebut di jauhkan dari diri kita dan famili kita, sebenarnya kes begini terjadi sbb mereka2 ini disisih oleh keluarga sendiri, xtau haluan last2 ke tong sampah la tempatnya.. ☹

              Menjatuhkan hukum mmg perangai kita, cm la kita ni perfect sangat... semua didikan bermula dari rumah, ni tak.. kek umah pun mak bapak dah tunjuk benda2 yg salah dan x ambik peduli masalah anak2, cm mana la anak2 tu nak belajar dari sesuatu benda yg baik.. sama2 la kita berusaha utk jadi yg lebih baik dlm memacu keluarga kita.. 🤗

              Esok adalah hari Gawai Dayak di Sarawak.. (kelmarin dan hari ini pesta keamatan di Sabah). Dayak Gawai merupakan salah satu daripada perayaan utama yang disambut di Sarawak. Istilah ‘Dayak’ adalah istilah bersama merujuk kepada beberapa ratus kumpulan etnik sub pribumi Borneo. Hari Gawai yang jatuh pada 1 dan 2 Jun setiap tahun disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh.. 😇

               Kepada famili belah isteri yg menyambut gawai, (sibu) kami di semenanjung memohon seribu kemaafan kerna xdapat bersama kali ini, insyaalah lain ketika dan jika ado rezeki akan kami ke sana bersama2 meraikan festival tersebut.. "Gayu Guru Gherai Nyamai" (panjang umur dan dimurahkan rezeki).. 😘

               Rabu 31 May 2017 masihi bersamaan 5 Ramadhan 1438 Hijrah 😃 Cuaca pagi ini agak lembab dan berat di sekitar Kilang F&N Beverage Shah Alam Selangor, sari berita ringkas terkini khas utk semua ahli group yg tersayang 💝...

🇲🇾 BERITA DALAM NEGARA
====================

           ✍🏻 GEORGETOWN - Kira-kira  20,000 rakyat negara ini dianggarkan mati akibat penyakit berkaitan merokok setiap tahun dan keadaan itu membimbangkan berikutan bilangan perokok dijangka semakin meningkat, kata Naib Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader.

            ✍🏻 KUALA LUMPUR: Malaysia masih mampu bertahan daripada serangan terkini Daesh, susulan kerjasama kukuh polis dan tentera serta pelbagai agensi berkaitan.

           ✍🏻 Budak perempuan berusia 5 tahun, Zarif Hamani Ryzal ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika bermain basikal di Jalan Sanglang, Batu 3, Kodiang jam 7.30 malam tadi.

            ✍🏻 SUBANG JAYA: Seorang wanita kerugian RM32,498 selepas diperdaya seorang lelaki asing yang dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp.

           ✍🏻 POLIS menahan tiga lelaki Afrika selepas disyaki terbabit dalam kegiatan ‘parcel scam’ dalam serbuan di sebuah rumah di Mutiara Heights, Kajang, smlm.

            ✍🏻 KOTA KINABALU: Seluruh rakyat Malaysia disaran meraikan bersama pesta menuai atau dikenali sebagai Kaamatan di Sabah dan Gawai di Sarawak sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan kumpulan etnik di kedua-dua negeri berkenaan.

            ✍🏻 PETALING JAYA: Nokia menyasarkan menguasai semula pasaran Malaysia menerusi pelancaran model telefon pintar baharu, Nokia 3,5 dan 6 yang dipacu sistem Android, smlm.

            ✍🏻 HMD Global, pemilik jenama telefon Nokia melancarkan model telefon Nokia 3310 versi baru secara rasmi di pasaran Malaysia, smlm.

            ✍🏻 KLANG: Seorang jurukimpal hampir terpedaya dengan helah isterinya mendakwa dirinya diculik tetapi sebenarnya melarikan diri bersama teman lelaki, pada 18 Mei lalu.

            ✍🏻 KUALA LUMPUR: Pakatan strategik antara Proton Holdings Bhd (PROTON) bersama Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dari China, akan membebaskan pengeluar kereta nasional itu daripada subsidi berterusan kerajaan yang turut menggunakan wang pembayar cukai, kata seorang Ahli Parlimen smlm.

            ✍🏻 GEORGETOWN: Tujuh lelaki ditahan polis di tiga lokasi berasingan minggu lalu, selepas mereka disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri pelbagai jenis motosikal sejak tiga tahun lalu.

            ✍🏻 KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga Indonesia selepas didakwa cuba merasuah anggota polis ketika ditahan di Jalan 2/27A, Wangsa Maju, Jumaat lalu.

            ✍🏻 KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir yang berkerusi roda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, smlm atas pertuduhan mengemukakan tuntutan pembelian ubat-ubatan palsu berjumlah hampir RM11,000, empat tahun lalu.

            ✍🏻 TANGAN kanan pekerja wanita hampir hancur selepas tersepit dalam mesin pengisar daging di Taman Sentosa, Klang, semalam.

            ✍🏻 ALOR SETAR: Kenaikan harga barang basah di seluruh Kedah tidak dipengaruhi permintaan mendadak semasa Ramadan sebaliknya ia disebabkan faktor pembekal dan cuaca.

           ✍🏻 POLIS Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket curi motosikal dan menahan lima lelaki di Tasek Gelugor dan Nibong Tebal, 25 Mei lalu.

            ✍🏻 KUANTAN: Sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, dekat sini mengalami kerugian kira-kira RM1 juta apabila mengalami kebakaran awal pagi smlm.

            ✍🏻 KUALA LUMPUR: 'Dr Ganja' yang aktif memasarkan makanan berasaskan ganja di laman Facebook, ditahan dalam serbuan di rumahnya di Kampung Delek, Klang, Selangor, 26 Mei lalu.

            ✍🏻 GEORGETOWN: Seramai enam individu termasuk empat doktor didakwa di dua Mahkamah Sesyen di negeri ini, smlm, atas tuduhan memanipulasi pembaharuan Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV), Februari lalu.

            ✍🏻 KUALA LUMPUR: Polis buka dua kertas siasatan mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan terhadap akhbar The Star berhubung penyiaran berita muka depan pada Sabtu lalu yang menyinggung perasaan umat Islam.

            ✍🏻 SEREMBAN: Seorang lelaki yang cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus, di sini, petang kelmarin, turut meninggal dunia.

            ✍🏻 JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berputih mata apabila wang tunai RM50,000 yang diletakkan di bawah tempat duduk keretanya, dilarikan dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Taman Mount Austin, di sini.

            ✍🏻 JOHOR BAHRU: Polis Johor meningkatkan kawalan keselamatan di semua kawasan tumpuan dan juga pusat perniagaan seluruh negeri dalam usaha mencegah aktiviti kumpulan pengganas Daesh.

            ✍🏻 LELAKI yang hilang di Sungai Pagalan berhampiran Kampung Dangulad, Keningau, Jumaat lalu, ditemui lemas berhampiran Jambatan Binai, Tenom, 10 pagi smlm.

            ✍🏻 Kuala Lumpur: Penjagaan dan kualiti kebersihan makanan di bazarRamadan di sekitar ibu kota masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan bagi mengelakkan isu pencemaran dan keracunan makanan daripada berlaku.

🌍 BERITA LUAR NEGARA
====================

            🇿🇦 SEORANG lelaki di Afrika Selatan kini trauma selepas menjadi mangsa rogol beberapa kali dalam masa tiga hari oleh tiga wanita yang menculiknya.
              Derita lelaki 23 tahun itu bermula apabila dia menaiki teksi komuniti di timur Pretoria, Jumaat lalu, yang didalamnya ada tiga wanitan dan mangsa diarah duduk di depan.
              “Tiga wanita itu kemudian memaksa lelaki berkenaan minum minuman tenaga sebelum bergilir-gilir merogolnya beberapa kali sehari.

             🇦🇺 SYDNEY: Seorang ibu yang mengaku bersalah membunuh tiga anaknya dan cuba membunuh anak keempat dijatuhi hukuman penjara 26 tahun oleh mahkamah Australia, hari ini.
                 Akon Guode, 37, yang tinggal di Australia selepas melarikan diri dari perang saudara di Selatan Sudan, memandu keretanya ke dalam sebuah tasik di pinggir Melbourne pada 2015, mengorbankan anak lelakinya yang berusia setahun dikenali sebagai Bol serta sepasang kembar berusia empat tahun, Hanger dan Madit.   
               Penyelamat bagaimanapun berjaya menyelamatkan seorang lagi anaknya yang berusia lima tahun, Alual dari turut mati lemas.

           🇵🇭 MANILA - FILIPINA. Pihak berkuasa Filipina merampas 605kg dadah jenis methamphetamine bermutu tinggi yang dihantar dari China susulan maklumat dari kerajaan China, lapor AP.
                Pegawai Biro Penyiasatan Nasional berkata, dadah bernilai $121.4j (RM 520j) dirampas hujung minggu lalu dari gudang broker di Manila.

              🇬🇧 Pekerja wanita Zoo Hamerton di Cambridgeshire, selatan England, smlm, yang maut dibaham harimau belang dipercayai cuba menyelamatkan rakan sekerjanya dalam kandang haiwan berkenaan.
                  Daily Mail melaporkan mangsa di kenali sebagai Rosa King, 33, penjaga haiwan di zoo berkenaan.
                   Menurut laporan itu, pekerja lain berusaha menyelamatkannya dengan cuba menarik perhatian harimau berkenaan dengan menayangkan ketulan besar daging.

             🇵🇦 PANAMA CITY: Bekas diktator Panama, Manuel Antonio Noriega meninggal dunia pada usia 83 tahun lewat malam tadi, selepas berada dalam keadaan uzur selama lebih tiga bulan.
             Noriega meninggal dunia di Hospital Santo Tomas ketika menjalani rawatan bagi pembedahan pendarahan otak, iaitu pembedahan kedua selepas pembedahan ketumbuhan otak awal Mac lalu.
              Beliau sebelum itu berada di dalam penjara bagi menjalani hukuman atas pelbagai jenayah termasuk membunuh dan kehilangan ramai individu ketika memerintah Panama pada 1983 hingga 1989.

              🇸🇾 SEKURANG-KURANGNYA 27 terbunuh dalam dua letupan bom kereta dipercayai dilakukan militan Negara Islam (IS) di luar sebuah kedai ais krim di tengah Baghdad, Iraq, dan satu lagi bom di tengah bandar raya itu,
              Serangan itu berlaku ketika tentera Iraq yang disokong Amerika Syarikat semakin hampir menawan kembali Mosul, bandar raya kedua terbesar Iraq, daripada IS.

               🇦🇺 CANBERRA: Australia bercadang melarang pesalah pedofilia disabitkan daripada berkunjung ke luar negara dalam apa yang dikatakan kerajaan tindakan pertama di dunia melindungi kanak-kanak di Asia Tenggara daripada dieksploitasi.
              Pedofilia Australia terkenal kerana sering melakukan percutian murah di negara Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik untuk mendera kanak-kanak di sana.
               Menteri Luar Julie Bishop berkata, beliau akan membatalkan pasport kira-kira 20,000 pesalah pedofilia dalam pendaftaran pesalah seks kanak-kanak kebangsaan di bawah peraturan yang akan diperkenalkan di Parlimen tidak lama lagi.            

📡 TULAR
========

                    🤑 IPOH: Polis Perak akan menyiasat anggota trafik dipercayai menerima rasuah berdasarkan rakaman video, yang tular di media sosial sejak semalam.
                 Dalam video berdurasi enam saat itu, seorang anggota polis trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki ketika menjalankan tugas. 
                  Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci.

                   👊🏻 LELAKI yang koma selepas dibelasah di kompleks beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar, Ahad lalu kerana didakwa mencabul wanita dalam tandas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), 12.30 tengah hari, smlm.
                   Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kematian lelaki berusia 30 tahun itu dan berkata kes itu kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
                   “Lima individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun ditahan hari ini di Alor Setar berdasarkan gambar mereka dalam video yang ditularkan dalam media sosial.

                  👶🏻 Jakarta: Mitsubishi Indonesia mencari seorang bayi lelaki bernama Pajero Sport selepas kanak-kanak berkenan yang dinamakan sempena nama kenderaan buatan Jepun itu tular di media sosial.
                  Liputan 6 melaporkan, bayi itu tular di Internet selepas satu kad yang mengumumkan kelahiran kanak-kanak berkenaan dimuat naik di laman sosial baru-baru ini.
                 Pajero Sport adalah nama model kenderaan pacuan empat roda keluaran Mitsubishi yang popular di Indonesia.

                  🍏 Cape Town, Afrika Selatan: Lima anggota polis disiasat selepas satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mereka merejam sekumpulan pencuri dengan epal.
                   Rakaman video itu menunjukkan empat lelaki yang ditangkap mencuri epal diarah berdiri di tepi sebatang jalan di Theewaterskloof di Wastern Cape.
                   Beberapa anggota polis kemudiannya dilihat mengambil beberapa epal yang dirampas daripada kumpulan pencuri itu dan terus merejam mereka dengan buah berkenaan.

⛳ BERITA SUKAN
==============

                 ⭐ JUARA Piala FA Inggeris, Arsenal membuat tawaran ‘nekad’ terakhir smlm untuk mengekalkan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil dengan menawarkan kombinasi gaji sebanyak £30j (RM166 juta) untuk satu musim.
                Pengurus Gunners, Arsene Wenger berharap ‘perasaan ceria’ menjulang piala itu dan status pencabar utama gelaran akan dapat memujuk dua bintang terbabit untuk terus berada di Emirates.

                 🏌🏾 SUPERSTAR golf Tiger Woods ditahan oleh polis kerana didapati memandu dalam keadaan ‘terhoyong hayang’ di Miami, Amerika Syarikat, semalam.
                 Penahanan itu sekaligus memberi tamparan terbaru kepada bekas pemain nombor satu dunia itu yang masih bergelut untuk menghidupkan semula kariernya dalam sukan golf.
                 Bekas pemenang kejohanan utama sebanyak 14 kali itu menyalahkan penahanannya itu yang dikatakan berpunca daripada campuran ubat diambilnya.

                 🎮 SYDNEY: Legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos berminat untuk membimbing kelab bola sepak Australia, South Melbourne yang kini mengintai peluang menyertai saingan A-League.
             Carlos, 44, yang terkenal kerana kemampuan sepakan percuma, mengadakan perbincangan bersama pegawai kelab itu di bandar Melbourne semalam.
                 "Gerak hati saya kuat mengatakan untuk mencuba nasib di sini selepas berpuas hati dengan apa yang dilihat, kompleks dan penduduk," kata bekas pertahanan Real Madrid itu.

                 ⚽ HONG KONG: Pemain terbaik Asia, Omar Abdulrahman mengetuai kemaraan Al Ain ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia dengan berkenduri gol membelasah pasukan Iran, Esteghlal, 6-1.
              Abdulrahman menjaringkan dua gol dan mencipta gerakan gol ketiga untuk membantu Al Ain bangkit daripada kekalahan 1-0 aksi pertama bagi merekodkan kemenangan dengan agregat 6-2.

                 🎪 KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan penajaan bagi penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sudah melepasi sasaran.

                  🐯 JOHOR BAHRU: Pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata, usia tidak menjadi masalah selagi mana-mana pemain disenaraikan dalam pasukan bimbingannya dapat menampilkan persembahan terbaik.
                Misalnya, kata jurulatih kelahiran Portugal itu, pemain berusia lebih 30 tahun yang masih lagi menunjukkan prestasi terbaik mewakili pasukan Itali dan England.
       
🕌 WAKTU SOLAT
==============

KAWASAN SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA
Imsak :05:29
Subuh :05:39
Syuruk :07:01
Zohor :13:14
Asar :16:38
Magrib :19:22
Isyak :20:37
31 May 2017
5 Ramadhan 1438

piloi_hani al-linggi
#repoterataspokok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan