kita cari keredhaan
Isnin, 12 Oktober 2026
Liku-Liku Kehidupan
Dalam liku-liku kehidupan, janganlah kita pernah berputus asa. Setiap dugaan adalah ujian untuk mendewasakan jiwa dan menguatkan iman. Hadapi setiap cabaran dengan senyuman dan keyakinan bahawa di sebalik kepahitan pasti ada kemanisan. Usaha itu tangga kejayaan, doa itu senjata utama. Bersyukurlah atas setiap nikmat yang diberikan, walau sekecil mana pun ia. Kerana syukur akan melahirkan kebahagiaan hati. Sentiasa berbuat baik, moga kebaikan kembali kepada kita. Ingatlah, masa tidak pernah menunggu sesiapa, hargailah setiap saat yang berlalu dengan amalan yang bermanfaat. Kejayaan bukan setakat di dunia, tetapi juga di akhirat. Teruslah melangkah dengan sabar dan tawakal. Moga setiap langkah kita diberkati
Sabtu, 10 Oktober 2026
keh
Dalam kehidupan kita, tak semua orang akan hadapi benda yang sama. Kadang kita boleh kawal emosi, orang lain tak boleh kawal emosi. Kadang kita tak boleh kawal emosi, orang lain pulak sebaliknya. Dan bermacam-macam lagi. Apa-apa pun, jangan kita bandingkan hidup kita dengan sesiapa pun. Kecuali kalau kita bandingkan untuk mensyukuri diri kita seadanya ataupun sebagai pembakar semangat untuk diri kita. Ingat ni, apa sahaja yang terjadi dalam hidup ni, pasti ada solusi dan pasti ada hikmah atau ibrah. Kita ฤทena cari dan tahu supaya kita sentiasa belajar dan ubah. Belajar dari kesilapan, belajar menerima ujian dan hadapi dengan kesabaran etc. ๐ motivate diri kita untuk diri kita sendiri. Kesannya kepada org lain jgk ✨ selamat malam semua sahabat ku yang ikhlas
adik-beradik
bila dah berumur ni, kalau terasa hati dengan adik-beradik, abang lebih memilih untuk berdiam diri dan menyepi, bukan bermaksud nak menjauh atau membenci, cuma nak elakkan dari segala prasangka yang tidak di ingini.
sekarang abang cuma mahu hidup tenang, tanpa sebarang sengketa karana hidup ni hanya sekejap entah esok atau lusa pasti ajal akan menjemput ...
dan abang tak mahu pergi dalam seribu penyesalan ...
Ya Allah, terima kasih kerana Engkau telah susun cantik jalan hidupku dengan ujian-ujian yang mematangkan. Walaupun terlalu sakit, tapi diakhir setiap jalanMu pasti terselit keindahan dan kebahagiaannya.
Daripada abang
hidup
Hidup ini bukan sekadar mencari yana Sempurna, tetapi menghargai apa yang ada: Setiap ujian adalah didikan Tuhan untuk menjadikan kita lebih kuat dan matang Jangan pernah berputus asa dalam doa, kerana keajaiban itu wujud buat mereka yang percaya. kesabaran itu bukan kelemahan. melainkan kekuatan jiwa yang luar biasa. Maafkan masa lalu, ikhlaskan apa yang telah pergi, dan mulakan hari ini dengan hati yang tenang. Bahaqia itu sederhana: mensqukuri setiap detik dan menerima takdir dengan reda. Jadilah manusia yang memberi manfaat tidak -pernah sia-sia. Tuhan sentiasa ada bersama ◦ hamba-hamba-Nya yanq tidak pernah putus berharap Yakinlah pada rancanฤ
an-Nya, kerana di sebalik setiap kesukaran pasti ada kemudahan. Teruslah melangkah walau perlahan, kerana destinasi itu pasti dicapai
Selasa, 6 Oktober 2026
sahabat
SEBAIK-BAIK SAHABAT
Carilah sahabat yang tetap
MENJAGA AIB KITA.
walaupun_ suatu hari nant
kita BERSELISih, BERJAUHAN
atau tidak lagi berbual seperti dahulu
Kerana sahabat yang benar-benar baik
bukan hanya hadir ketika
HUBUNGAN MASIH BAIK.
tetapi tetap menjaga MARUAH kita
walaupun_persahabatan telah berakhir.
Dia tidak membuka cerita lama, tidak menjadikan rahsia sebagai senjata: dan tidak menceritakan keburukan kita kepada oranq_lain.
Sebab bagi sahabat yang matang: berakhirnya persahabatan tidak bermakna berakhirnya adab
Kadang-kadang kita tidak lagi beri alasan tetapi cukuplah masing-masing MENJAGA RAHSIA. MENJAGA AlB DAN MENGHORMATI KENANGAN
Kerana pernah menjadi sahabat iuga pernah meniadi sebahaqian cerita kita.
*@mencari keredhaan@*
Jumaat, 2 Oktober 2026
kematian
ุฅَّูุง ِِููู ูุฅَّูุง ุฅَِْููู ุฑَุงุฌِุนُْูู
*INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJI'UN*
Dukacita dimaklumkan bahawa *TOK AYAH HJ ZAINAL KELUBI, MELAKA* telah kembali kerahmatullah hari ini jam 5.00 petang tadi
Almarhum merupakan salah seorang TOK AYAH 30 di negeri Melaka yang telah dibaiah oleh Almarhum Tok Mat Botoi, Kota Aur. Almarhum juga merupakan anak baiah kepada Almarhum Tok Ayah Abg Paq Bagan dan di antara yang terawal menjadi ahli jemaah 30 di negeri Melaka.
ุงََُّูููู
َّ ุงุบِْูุฑْ َُูู َูุงุฑْุญَู
ُْู َูุนَุงِِูู َูุงุนُْู
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atas rohnya, sejahtera dan maafkanlah dia serta Engkau tempatkanlah dia bersama dengan orang yang beramal soleh.
Sama-sama kita doakan agar roh *Almarhum Tok Ayah Hj Zainal Kelubi, Melaka* dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
- Al-fatihah -
ุจِุณْููููููููู
ِ ุงٌَِّููู ุงٌูุฑَّุญْู
َِู ุงٌูุฑَّุญِْููููููููููู
ِِ
◄.ุงَْูุญَู
ْุฏُ ِِููู ุฑَุจِّ ุงูุนَุงَูู
َِูู ۞ ุงูุฑَّุญْู
َِู ุงูุฑَّุญِูู
ِ ۞ ู
َุงِِูู َْููู
ِ ุงูุฏِِّูู ۞ ุฅَّูุงَู َูุนْุจُุฏُ ูุฅَّูุงَู َูุณْุชَุนُِูู ۞ ุงِْูุฏَِูุง ุงูุตِّุฑุงุทَ ุงْูู
ُุณْุชَِููู
َ ۞ ุตِุฑَุงุทَ ุงَّูุฐَِูู ุฃْูุนَู
ْุชَ ุนََِْูููู
ْ ุบَْูุฑِ ุงْูู
َุบْุถُูุจِ ุนََِْูููู
ْ َููุงَ ุงูุถَّุงِِّููู
*Salam Takziah daripada Presiden, Barisan Ahli Majlis Tertinggi, Barisan Ayahanda dan seluruh Ahli PEKIDA MALAYSIA*
Khamis, 28 Mei 2026
10 nasihat penting pada anak lelaki dan perempuan kita
1. Ibu takkan selama ada bersamamu. Anak lelaki tolong lindungi adik beradik perempuan dan anak perempuan tolong bantu adik beradik lelaki
2. Maruah adik beradik terutamanya adik beradik perempuan adalah maruah keluarga. Jika ternampak kesalahan, terus tegur dengan cara berhikmah. Jangan diamkan kerana diam pada perkara mungkar dan salah itu suatu kegagalan dalam hidup
3. Jangan jadikan harta sebagai berhala dalam hidup kita. Tanda harta menjadi berhala adalah apabila kita sanggup menikam dan berbalah sesama adik beradik hanya kerana harta dunia yang sementara
4. Jagalah lidah sesama adik beradik. Walaupun terkadang bertikam lidah tetapi setidaknya jangan sampai menghancurkan hati dan jiwa selumatnya hingga ia tak mampu lagi sembuh dengan sempurna
5. Ianya okay untuk sesekali bergaduh kecil cuma jangan sesekali untuk akhiri pergaduhan tersebut dendam kerana dendam itu sifatnya merosakkan dan menghancurkan
6. Lapangkanlah jiwa untuk memaafkan sesama adik beradik kerana hanya dengan kemaafan banyak isu perbalahan dalaman adik beradik dapat diselesaikan
7. Bersedekahlah sesama adik beradik melebihi sedekah kita pada mereka yang di luar sana kerana itu lebih utama
8. Bantulah sesama adik beradik ketika ayah dan ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Yang susah doakan yang senang, yang senang bantu yang susah
9. Jangan putuskan tali persaudaraan sesama adik beradik hanya kerana sengketa yang sedikit kerana hubunganmu adalah hubungan darah yang takkan putus buat selama lamanya
10. Berpesanlah pada adik beradik untuk selalu mendoakan ayah dan ibu kerana di alam sana nanti ayah dan ibu sangat mengharapkan doa daripada kamu......Tanyalah Ustaz
Kredit: Mohd Ibrahim..

Langgan:
Catatan (Atom)