'SEDEKAH PAS vs RASUAH UMNO'
Ahli-ahli PAS telah bertahun terdidik di dalam parti untuk bersikap penderma yang pemurah dan tidak lokek dalam sama-sama membangunkan parti PAS baik di peringkat markas, cawangan sehinggalah ke peringkat pusat. Sebab itu jika sesiapa hadir ke ceramah-ceramah PAS akan pasti bertemu dengan situasi yang terkenal dengan jolokan tin-milo PAS.
Kesemua petugas-petugas PAS setiap kali bermesyuarat akan digerakkan tabung wang keliling meja. Tidak pernah lagi ahli mesyuarat hadir dapat elaun mesyuarat sebaliknya mesyuarat yang dapat duit sumbangan dari ahli mesyuarat. Begitulah juga program-program yang lain seperti kuliah, tazkirah, usrah hatta mukhayyam serta rehlah akan dibiayai sendiri oleh ahli-ahli PAS.
Kerja-kerja derma menjadi lebih galak di musim pilihanraya. Pergilah singgah di mana-mana markas PAS akan sentiasa terhidang pelbagai juadah nasi, mee, kuih dan roti untuk petugas hasil derma ahli. Akan ada pula bendahari yang akan melaporkan jumlah wang sumbangan cukup atau tidak untuk membeli bendera, tiang, baju, poster dan lain-lain kelengkapan jentera pilihanraya. Hatta jika ada wang lebihan sumbangan ahli akan diberikan pula sebagai saguhati kepada pengundi-pengundi yang datang dari jauh terutama kepada golongan yang susah.
Mungkin ada yang tidak percaya jika dikisahkan ada petugas sendiri adalah orang yang susah sehingga sanggup meminjam wang dari ahli keluarga yang lain bagi membiaya markas dan membeli kelengkapan pilihanraya. Ziarahlah rumah orang-orang PAS pasti akan terjumpa tabung PAS yang disimpan.
Ini kerana pada jiwa dan akal ahli-ahli PAS telah terdidik dalam pasak akar ilmu berkaitan keberkatan dan kebaikan sedekah infak di jalan Allah.
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Surah An-Nisa’ : 114)
Namun suatu penghinaan apabila ada manusia yang sanggup meludah kata kepada ahli PAS dengan menyamakan pemberian sedekah dan infak wang oleh ahli PAS kepada rakan-rakan yang lain sebagai rasuah. Dia sendiri yang meludah kata dalam melindungi dirinya yang terbelit dengan betapa banyak kes mahkamah berkaitan rasuah, gubah wang haram, serta pecah amanah masih tidak malu untuk menghina pihak lain.
Zahid mempunyai keseluruhan 87 kes berkaitan rasuah. 40 telah diputuskan oleh mahkamah dengan bebas dan lepas atas alasan pendakwaan yang tidak cukup kuat secara teknikal. Manakala 47 kes masih dalam perbicaraan. Zahid sendiri adalah ketua nombor 1 kepada parti UMNO. Sebuah parti yang cukup sinonim dengan amalan pemimpin rasuah yang kuat. Rakyat Malaysia mana yang tidak tahu pemimpin UMNO dan rasuah tidak boleh berpisah, semua orang bahkan dari orang tua hingga ke budak tadika tahu hakikat ini.
Lihat sahaja barisan ahli-ahli kluster mahkamah yang jauh banyak hampir keseluruhan adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Dan hari ini mereka bergayutan menjerit melolong seperti monyet menuduh PAS amalkan rasuah sebagaimana kotornya budaya darah daging mereka.
Diingatkan kepada Zahid sudahlah cukup dia khianat kepada rakyat melayu dengan menipu kerjasama Muafakat Nasional, menipu ahli UMNO dengan melanggar janji No Anwar dan No DAP dan kini sebagai tertuduh kes rasuah yang membawa gelaran pengkhianat mahu pula rakyat melayu Islam percaya dengan pembohongan seterusnya daripada dia.
Ahli-ahli PAS menyumpah manusia berlidah biawak. Rakyat melayu Islam menyeranah pemimpin berlidah ular. Jangan kelak suatu hari nanti akan ada generasi yang sanggup kencing di kuburan pemimpin UMNO pengkhianat bangsa dan agama.
Genghis Khan mengungkap satu kata-kata yang sangat masyhur, “Kalaulah mereka boleh dipercayai, mustahil mereka sanggup memerangi saudara sendiri demi kita. Padahal kita orang asing bagi mereka..!”
Sekali dikenal sebagai ketua penyamun akan selamanya diingat
Sekali dikenal sebagai pengkhianat akan selamanya dibangsat
Ditulis oleh
MAVERICK