Selasa, 11 Ogos 2020

12.0460 dbkl warga asing

Tindakan Penguatkuasaan Terhadap peniaga Warga Asing

DBKL meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran. 

Pada 10 Ogos 2020 (Isnin) mulai jam 10:00 pagi dengan kekuatan 11 petugas, 3 tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di parlimen Cheras.

1 tindakan sita terhadap peniaga barangan bunjut dan 2 tindakan 'seal' / tutup kedai warga asing di Jalan 22 dan Jalan 23, Cheras Baru di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016 telah dilaksanakan.

Kesemua barangan sitaan telah dibawa ke Stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan oleh warga asing, sila salurkan terus ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#WilayahPrihatin
#klwbc2020
#KawalanKendiri

Khamis, 6 Ogos 2020

07.08.2020 salam Jumaat

Salam Jumaat buat Semua,Semoga kita senantiasa dlm Rahmat,Keredhaan,Keampunan dan Kasih Sayang dr Allah S.W.T hendak-NYA.


SAJAK: TANAMKANLAH KASIH SAYANG
________________________


Tanamkanlah kasih sayang sesama manusia
Dari kasih sayang akan timbul perpaduan
Jagalah perpaduan 
Kerana daripada perpaduan lahir kerjasama
Kerjasama itu penting,
Dari kerjasama, cepat lahir kemajuan
Kerja yang berat, menjadi ringan
Sepatutnya lambat, menjadi cepat
Tanamkanlah kasih sayang sesama insan
Permusuhan sesama manusia akan hilang
Dari sinilah hilang keraguan sesama manusia
Hilang curiga, prejudis tidak ada, wujudlah baik sangka
Berbaik sangka timbullah hormat menghormati sesama manusia
Berbaik sangka mudah menjadi tetamu di kala musafir di tempat orang
Tanamkanlah kasih sayang sesama hamba Allah
Akan lahirlah timbang rasa sesama manusia
Yang susah akan dibela, yang kaya membela, 
Hasad dengki hilang dari orang yang susah
Tanamkanlah kasih sayang tidak kira apa bangsa dan apa agamanya
Permusuhan akan hilang di kalangan manusia
Hidup harmoni, curiga-mencurigai hilang, wujudlah keamanan
Apabila dunia aman, hilang ketakutan
Kasih sayang yang paling kuat ialah cintakan Tuhan
Dari cintakan Tuhan, lahirlah kasih sayang sesama manusia yang luar biasa
Cintakan Tuhan, automatik akan lahir kasih sayang sesama manusia.
Z@m