Ahad, 22 Disember 2019

23.12.2019 hak

Saya lihat ramai yang tertanya-tanya kenapa hidup mereka susah? 

Dah kerja keras, namun life masih stuck, rasa berat terbeban. 

Biasanya dari mata kasar, apa yg saya nampak, banyak #HAK & #AMANAH diabaikan. 

1. Buat-buat lupa tentang hutang samada hutang dengan badan kerajaan, bank atau hutang dengan manusia. 

2. Hutang yang kerap diabaikan adalah #LOAN #BELAJAR. Anda mungkin rasa anda hero sebab berjaya melepaskan diri dari bayar hutang. Iya. Anda mungkin terlepas di dunia, namun mana mungkin anda terlepas di akhirat kelak. 

3. Buat-buat lupa tentang hak orang lain terhadap diri anda- contoh gagal bayar nafkah kepada isteri & anak-anak & tidak menjaga ibu bapanya dengan baik. 

4. Buat-buat tak nampak adik beradik & saudara mara yang susah. Mereka ini amanah yang anda perlu jaga. 

Jangan tanya kenapa hidup anda stuck & susah. Kerana anda sendiri #KHIANAT hak & amanah yang ada di bahu anda. 

Wallahualam.

Sabtu, 14 Disember 2019

15.12.2019 berbuat baik

Teruskan buat kebaikkan, berniat utk baik, berkata yg baik², memberi nasihat yg baik, meskipun tak banyak orang yang mengenali kita & tak suka dengan nasihat kita.

Cukuplah Allah yang mengenali kita lebih daripada orang lain.

“Jadilah bagai Jantung yang tidak terlihat, tetapi terus berdenyut setiap saat, hingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita..

Andainya lah kita menjadi penyebab kebahagiaan orang lain, maka sebenarnya kita telah merealisasikan kebahagiaan kita sendiri. 

Hanya orang yang memiliki kebahagiaan yang dapat memberi kebahagiaan.

KEHIDUPAN ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi, untuk mencapai kemanisannya perlu seribu macam pengorbanan. Dalam menjalani kehidupan ini setiap saat kita melalui tiga situasi. Pertama, sama ada kita melakukan kebaikan atau kita melakukan kejahatan.

Lantaran itu kita kena fikirkan macam mana dalam kehidupan ini kita hanya mahu melakukan kebaikan hingga tidak berkesempatan untuk melakukan kejahatan. Janganlah hidup kita umpama lalat, yang sifatnya suka kepada perkara yang kotor-kotor dan sering membawa kotoran ke mana ia pergi, hingga kita tidak disukai orang.

Kedua, situasi meminta maaf dan bertaubat. Iaitu kalau kita berbuat salah kepada sesama insan mohonlah kemaafan, dan kalau kita membuat kesilapan kepada Allah SWT bertaubat kepada-Nya.

Ketiga, mensyukuri dan bersabar. Apa yang kita dapat setiap hari, sama ada perkara yang kita suka dan perkara yang kita tidak suka, nilailah kebaikan daripada setiap kejadian. Perkara yang kita suka adalah nikmat, maka kita kena bersyukur. Perkara yang kita tidak suka, adalah masalah, maka kita kena bersabar.

Moga kita sebagian manusia itu.

Selamat pagi semua ❤️
@mencari ketenangan#


Selasa, 10 Disember 2019

11.012.2019 kebahagiaan

Jika nak bahagia jangan lupa doakan untuk orang lain juga.Bila kita selalu mendoakan kesejahteraan orang lain, hati kita akan selalu tenang, tak ada buruk sangka dan iri hati.

Kita akan bahagia apabila kita meyayangi orang lain.Apabila saling meyayangi ikatan akan menjadi lebih akrab.

Nikmatilah erti kebahagiaan walaupun kita merasa hanya  seketika saja.Jika kita rasa kita tak bahagia, pandanglah di luar sana betapa ramai yang tak menemukan kebahagiaan yang diimpikan.

Hargailah dan nikmatilah, kebahagiaan hakiki itu apabila kita sentiasa dekat dengan Allah.Kita akan berasa kekosongan jika kita merasakan kita leka dalam menuruti perintahNya.

09.12.2019

Buat sahabat2 se Islam ku, seandainya pergi makan di kedai dan terjumpa ayat2 ini di kaunter atau dinding kedai, sila keluar dari kedai dan cari kedai lain, ini adalah ayat pelaris yg menyeru iblis supaya perniagaan mereka laris. Berhati2, sekadar perkongsian kasih sayang https://t.co/eM50s8ir7m

Penulisan simbol2 yg berbentuk haiwan bagai dan huruf arab terputus adalah Rajah.

Implikasinya dua:
1. Syirik Besar: Menganggap ia dapat tolak mudarat dan beri manfaat.

2. Syirik Kecil: Menganggap ia adalah wasilah/penyebab mendapatkan apa kita nak. https://t.co/bMUwz0MPOi

Isnin, 2 Disember 2019

3.12.2019 iktibar

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua ..
Ambil iktibar dari apa yg berlaku..
Setiap orang buat silap dan setiap kesalahan yang kita buat, kita ambil iktibar darinya. Itulah yang menjadikan kita lebih sempurna.

kesenangan tidak diukur dengan kemewahan dan kekayaan harta benda semata.

tetapi kebahagian hakiki amat bergantung kepada keberkatan rezeki. 

rezeki yang diperolehi daripada sumber yang halal pasti saja akan membawa kepada ketenangan dan kebahagiaan walaupun sedikit tapi cukup dan berkat.. 

sedangkan rezeki yang banyak tapi hasil dari yang bukan halal dan penyimpangan hanya akan membawa kepada kesengsaraan hidup..

Sebaik mana pun niat kita, manusia tetap menilai luaran..

Namun sehebat mana pun luaran manusia,. 

Allah tetap menilai nawaitu setiap hamba Nya..

@mencari keredaan#
Jika nak bahagia jangan lupa doakan untuk orang lain juga.Bila kita selalu mendoakan kesejahteraan orang lain, hati kita akan selalu tenang, tak ada buruk sangka dan iri hati.

Kita akan bahagia apabila kita meyayangi orang lain.Apabila saling meyayangi ikatan akan menjadi lebih akrab.

Nikmatilah erti kebahagiaan walaupun kita merasa hanya  seketika saja.Jika kita rasa kita tak bahagia, pandanglah di luar sana betapa ramai yang tak menemukan kebahagiaan yang diimpikan.

Hargailah dan nikmatilah, kebahagiaan hakiki itu apabila kita sentiasa dekat dengan Allah.Kita akan berasa kekosongan jika kita merasakan kita leka dalam menuruti perintahNya.
kenangan bersama ibu ku yang tercinta

kenangan

Banyak kenangan yang kita ukir di hari ini, kini waktu sudah menunjukkan malam
Isyarat untuk tidur 
Jaga kesihatan

Manusia harus lebih cerdas dalam menghadapi masalah dan diiringi dengan kesabaran hati.itulah jalan keluar yang tebaik untuk menghadapi masalah tersebut. karana kita tau.! semua mahluk pasti mempunyai masalah.

ada saatnya kita harus belajar melupakan. Ada saatnya kita harus melepaskan. Dan kadang, kita harus pindah dari tempat yang membuat kita indah selama ini. Pindah bukan kerana kita tidak indah lagi, tapi karana jika terus bertahan di tempat itu tidak membuat kita jadi lebih baik.

Orang istimewa bukan yang harus selalu didepan mata atau yang senantiasa disisi, Tapi Dia yg setia dihati dan di ingat dalam setiap bisikan doanya. Selamat malam.

@mencari ketenangan#
bersama cucu kesayanganku

Ahad, 1 Disember 2019

*وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*
 *اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد*ٍٍ          
*Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt, diperluaskan rezeki yg halal, diberikan nikmat kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi serta mendapat keredhaan dari Allah SWT. Ya Allah..Perkenankanlah doa-doa kami ini*
*آمـــــــــــــــــــــــــــين, آمِّيْنَ آمِّيْنَ يارب العَـــالَمِيْن*

Sudah banyak manusia yang tidak mampu untuk melakukan kejujuran pada setiap perbuatan. Ada manusia yang baik hati untuk menolong mereka tetapi akhirnya jasa baik itu tidak pernah hargai dan tahu memuaskan nafsu serta kepuasan. Biarpun rambut sama hitam dan beragama Islam tetapi ia tidak mampu mencontohi kebaikan dan kejujuran yang Rasulullah sudah ajarkan.

Boleh dihitung dengan jari, beberapa kerat manusia yang masih mengamalkan cara baginda. Memberi salam, melakukan sesuatu perkara dengan jujur, amanah dan meringankan mulut dan tangan untuk mengucapkan terima kasih. Manusia seperti ini benar-benar takutkan pada Allah. Mereka tahu bahawa Allah melihat segala perbuatan mereka. Disebabkan itu, mereka mahu menjadi insan yang baik untuk Allah kerana tidak semua mampu melakukannya.

Bagi pendapat saya, sikap yang jujur itu jauh lebih mulia. Sikap ini juga tidak semua manusia mampu lakukannya kerana akhir zaman ini kita sudah jauh terpesong ke arah duniawi. Tidak amalkan dalam kehidupan harian. Jadi bagaimana generasi muda yang akan datang? Mereka akan ikut segala tunjuk ajar dan perbuatan oleh ibubapa mereka sendiri. Jika kita mahukan sesuatu kebaikan, mengapa kita sendiri tidak amalkan? Seharusnya kita patut renungkan kesilapan diri kita. Malah dari situ jugalah kita harus ubah agar tidak hanyut dalam kesilapan yang berulang kali.