Selasa, 28 Mei 2019

29.05.2019 berita dalam negara


*artikel disiarkan pada tarikh 28may*

*TANAHAIRKU* 🇲🇾
==============

              🌺 1) *SEGERA tampil atau dikenakan tindakan tegas. Itu amaran kerajaan yang memberi tempoh 14 hari kepada syarikat pengeksport tempatan yang didapati bersekongkol membawa masuk pelbagai sisa sampah haram ke negara ini. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, pihaknya mengesan 60 kontena mengandungi 3,000 metrik tan sisa sampah haram yang akan dihantar semula ke negara pengimport secara berperingkat.*

              🌺 2) *SEORANG lelaki berusia 50-an lari meninggalkan bungkusan nasi dan air teh yang masih panas selepas diserbu dalam Ops Tidak Sopan di sebuah gerai di Jalan Zainal Abidin di Kota Bharu, hari ini. Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, lelaki berkenaan melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.*

              🌺 3) *MAHKAMAH Majistret Kuala Terengganu, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,800 terhadap seorang lelaki kerana memiliki wang curi berjumlah RM150. Tertuduh, Hafriezaldi Mohamad, 35, dari Felda Sebertak, Triang, Pahang turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.*

              🌺 4) *SEJUMLAH 2,457 kilogram (kg) makanan dan minuman berjaya diselamatkan daripada peniaga bazar Ramadan di Taman Cempaka, Peringgit, Melaka, dalam tempoh 12 hari pelaksanaan kempen MYSaveFood@Ramadan dijalankan.*

              🌺 5) *SEORANG wanita cedera di pergelangan tangan kiri akibat tersepit dalam mesin pemerah tebu di Kampung Sentosa Blok 5, Tawau, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Era Fazira Ramli, 25, terpaksa menanggung kesakitan hampir 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba.*

              🌺 6) *SEORANG lelaki warga emas berusia 72 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berhenti di persimpangan lampu Isyarat pusat beli-belah Aman Central, Alor Setar, hari ini. New Sing Kee dari Jalan Telok Kechai, Kuala Kedah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di lokasi kejadian.*

              🌺 7) *KEHADIRAN Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra bersama isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, hari ini mengujakan pesakit dan kakitangan hospital itu. Tidak terkecuali seorang pesakit, Nur Amira Lyana Abdul Hamid, 28, yang secara spontan memuji kejelitaan Cik Puan Sofie secara berdepan sebaik pasangan diraja itu yang tiba di katilnya untuk melawat.*

              🌺 8) *PELAJAR perempuan menjadi mangsa rogol rakan lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Geliga, Chukai, Jumaat lalu. Kejadian dipercayai bermula apabila remaja berusia 13 tahun itu keluar dari rumah dengan menaiki kereta bersama suspek berusia 25 tahun pada 4.45 petang. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa dan suspek sebelum itu bersiar-siar di sekitar bandar Kemaman sebelum mereka pergi ke rumah suspek.*

              🌺 9) *DUA beradik ditahan kerana memberi rasuah RM10,000 kepada seorang pegawai Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di Kampung Kedondong, Meranti, Pasir Mas, semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, dua beradik berusia 31 dan 32 tahun itu ditahan pada 6.45 petang kerana memberi sogokan untuk melepaskan diri daripada ditahan membabitkan rampasan daun ketum.*

              🌺 10) *SEBANYAK 47,633 kotak rokok pelbagai jenama tanpa cukai bernilai RM735,342.80 dirampas dalam Operasi Khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Batu 5, Jalan Apas, di Tawau, Selasa lalu.*

              🌺 11) *TINDAKAN peguam Syazlin Mansor menarik diri daripada inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim selepas prosiding sudah berlangsung selama 36 hari, menimbulkan persoalan. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ia memandangkan prosiding itu dijadualkan hanya berbaki dua hari lagi.*

              🌺 12) *SEMBILAN individu, termasuk lapan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, atas 164 pertuduhan kerana menerima rasuah sebanyak RM135,810, antara tahun 2015 hingga 2018.*

              🌺 13) *TINDAKAN awal polis menahan ahli Geng BeiBei yang dianggotai lima remaja lelaki berusia 15 tahun berjaya mengelak lebih banyak kejadian kes samun yang mensasarkan kedai 24 jam di Kota Kinabalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, bertindak atas laporan kejadian samun kedai 24 jam di Towering pada 3 pagi, 23 Mei lalu, polis menjalankan risikan dan siasatan.*

              🌺 14) *SEBANYAK 1,952 kes penyeludupan terutama rokok seludup, arak serta mercun ditumpaskan Pasukan Polis Marin (PPM) membabitkan nilai rampasan RM72.53 juta dari Januari hingga April lalu. Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, ia menunjukkan peningkatan 26 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu 1,554 kes.*

              🌺 15) *AKIBAT main kayu tiga, lelaki cedera dibelasah kekasihnya yang juga seorang pondan di Jalan Besar, di Kuantan, Sabtu lalu. Menurut sumber polis, dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 30-an dikatakan ‘kantoi’ dengan kekasihnya selepas bermain cinta dengan pondan lain di hotel di sini.*

              🌺 16) *SURUHANJAYA Tenaga (ST) mengesahkan berlaku kecuaian teknikal berhubung isu bil elektrik melambung tinggi yang ditanggung pengguna di seluruh negara. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, kerajaan memandang serius isu berkenaan dan pihak Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sudah mengarahkan ST menyiasat dakwaan pengguna dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.*

              🌺 17) *JABATAN Alam Sekitar (JAS) Perak menafikan wujud longgokan plastik sampah dari kawasan pedalaman hutan di Perak yang dikatakan diimport dari luar negara seperti dilaporkan oleh sebuah agensi media antarabangsa baru-baru ini. Pengarahnya, Norazizi Adinan berkata, kawasan timbunan sampah yang dilaporkan itu sebaliknya adalah tapak buangan plastik yang ditempatkan sementara sebelum dikitar semula sebagai bahan bakar alternatif.*

              🌺 18) *ENAM masjid di kawasan perkampungan Orang Asli di Pahang menggunakan bahasa etnik masing-masing dalam khutbah Jumaat sejak 2010. Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, enam masjid itu adalah di Kampung Pantos, Lipis; Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands; Kampung Pasal, Bera; Kampung Penderas, Temerloh; Kampung Bukit Serok, Rompin dan Kampung Sungai Mas, Kuantan.*

              🌺 19) *LEBIH setengah juta ringgit kerugian dicatatkan membabitkan 12 kes penipuan Macau Scam yang disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang tahun ini dengan sebahagian besar mangsa terdiri daripada golongan profesional. Semua kes berkenaan direkodkan dari 1 Januari hingga 27 Mei lalu dengan ada antara mangsa bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat (IT), jurutera, peniaga, setiausaha syarikat dan pesara kerajaan yang berumur 21 hingga 65 tahun.*

              🌺 20) *SELEPAS hampir setahun empat remaja lelaki dituduh membunuh seorang tukang cuci kereta, posmen pula didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jayai, hari ini, atas pertuduhan sama. Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil dari J Poovarashan, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.*
29/05/2019 🌺 21) *UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) merakam takziah kepada keluarga tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang meninggal dunia, hari ini. Menerusi kenyataan dikeluarkan Pusat Komunikasi Strategik USIM hari ini, pemergian ahli akademik berusia 82 tahun itu turut dirasai oleh rakyat Malaysia dan pihak akademik universiti.*

              🌺 22) *LELAKI dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mengugut mahu membunuh adik iparnya. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Wan Mohd Fadillah Wan Mansor, 29, dari Kampung Raja, Besut, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.*

              🌺 23) *BEKAS Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman mengesahkan bahawa beliau ada berbincang dengan pihak Yayasan 1Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang mahu ‘meminjam’ akaun syarikat itu. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam prosiding perbicaraan kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.*

              🌺 24) *HILANG kawalan dipercayai menjadi punca lori tangki terbabas dan masuk gaung sedalam tiga meter di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru hari ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kejadian itu mengakibatkan pemandunya, Zulhairy Zainol, 31, dan kelindannya maut di tempat kejadian akibat terbakar.*

              🌺 25) *SEORANG peniaga terkejut apabila kereta ditinggalkan di tepi jalan ‘lesap’ ketika selesai membeli ramuan membuat bubur lambuk di Pasar Borong Kampung Lampu, Jertih, hari ini. Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Nik Azman Mat Yassin, 43, meninggalkan kereta Proton Iswara berwarna kelabu miliknya di tepi jalan berdekatan pasar borong itu untuk membeli bahan masakan sebelum menjual juadah berbuka puasa pada sebelah petang.*

              🌺 26) *SEORANG wanita dikehendaki polis bagi perbicaraan satu kes dadah yang berlaku di Dungun pada 30 Mei ini. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, wanita terbabit, Suriyati Kassim, 35, beralamat di No 14, Gong Pasir, Dungun dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Dungun.*

              🌺 27) *SELEPAS hampir setahun empat remaja lelaki dituduh membunuh seorang tukang cuci kereta, posmen pula didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jayai, hari ini, atas pertuduhan sama. Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil dari J Poovarashan, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.*

              🌺 28) *LELAKI sanggup membelasah sahabatnya sehingga patah tulang muka, hidung dan bengkak kepala dalam kejadian di Lorong Sek Chuan, Georgetown, Sabtu lalu, dipercayai angkara hutang lama. Dalam kejadian 3.35 pagi itu, mangsa yang berusia 44 tahun dan suspek berusia 54 tahun sedang minum arak bersama sebelum mereka bertengkar.*

              🌺 29) *SEBANYAK 650 liter petrol dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Operasi Terancang yang dilaksanakan di jeti Pasar Besar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, semalam. Dalam operasi 11.50 pagi itu, pemilik bahan api itu dikatakan tidak muncul selepas sejam anggota PPM melakukan pemerhatian di kawasan berkenaan.*

              🌺 30) *KELINDAN kedua yang parah selepas lori tangki dinaiki terbabas dan masuk gaung sedalam tiga meter di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru hari ini disahkan meninggal dunia petang ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mangsa, Muhammad Afandey Ahmad, 20, disahkan meninggal dunia 2 petang ini.*

              🌺 31) *LORI ‘bonded’ yang ditinggalkan tanpa pemandu hampir tiga jam di Pelabuhan Kargo Jeti Kuala Kedah, Jumaat lalu, membongkar penemuan hampir 1,800 botol dari 29 jenis minuman keras pelbagai jenama bernilai RM139,995 yang cuba diseludup masuk dari Pulau Langkawi secara haram.*

               🌺 32) *TINDAKAN tok sidas 🌺 21) *UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) merakam takziah kepada keluarga tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang meninggal dunia, hari ini. Menerusi kenyataan dikeluarkan Pusat Komunikasi Strategik USIM hari ini, pemergian ahli akademik berusia 82 tahun itu turut dirasai oleh rakyat Malaysia dan pihak akademik universiti.*

              🌺 22) *LELAKI dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mengugut mahu membunuh adik iparnya. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Wan Mohd Fadillah Wan Mansor, 29, dari Kampung Raja, Besut, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.*

              🌺 23) *BEKAS Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman mengesahkan bahawa beliau ada berbincang dengan pihak Yayasan 1Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang mahu ‘meminjam’ akaun syarikat itu. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam prosiding perbicaraan kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.*

              🌺 24) *HILANG kawalan dipercayai menjadi punca lori tangki terbabas dan masuk gaung sedalam tiga meter di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru hari ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kejadian itu mengakibatkan pemandunya, Zulhairy Zainol, 31, dan kelindannya maut di tempat kejadian akibat terbakar.*

              🌺 25) *SEORANG peniaga terkejut apabila kereta ditinggalkan di tepi jalan ‘lesap’ ketika selesai membeli ramuan membuat bubur lambuk di Pasar Borong Kampung Lampu, Jertih, hari ini. Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Nik Azman Mat Yassin, 43, meninggalkan kereta Proton Iswara berwarna kelabu miliknya di tepi jalan berdekatan pasar borong itu untuk membeli bahan masakan sebelum menjual juadah berbuka puasa pada sebelah petang.*

              🌺 26) *SEORANG wanita dikehendaki polis bagi perbicaraan satu kes dadah yang berlaku di Dungun pada 30 Mei ini. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, wanita terbabit, Suriyati Kassim, 35, beralamat di No 14, Gong Pasir, Dungun dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Dungun.*

              🌺 27) *SELEPAS hampir setahun empat remaja lelaki dituduh membunuh seorang tukang cuci kereta, posmen pula didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jayai, hari ini, atas pertuduhan sama. Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil dari J Poovarashan, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.*

              🌺 28) *LELAKI sanggup membelasah sahabatnya sehingga patah tulang muka, hidung dan bengkak kepala dalam kejadian di Lorong Sek Chuan, Georgetown, Sabtu lalu, dipercayai angkara hutang lama. Dalam kejadian 3.35 pagi itu, mangsa yang berusia 44 tahun dan suspek berusia 54 tahun sedang minum arak bersama sebelum mereka bertengkar.*

              🌺 29) *SEBANYAK 650 liter petrol dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Operasi Terancang yang dilaksanakan di jeti Pasar Besar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, semalam. Dalam operasi 11.50 pagi itu, pemilik bahan api itu dikatakan tidak muncul selepas sejam anggota PPM melakukan pemerhatian di kawasan berkenaan.*

              🌺 30) *KELINDAN kedua yang parah selepas lori tangki dinaiki terbabas dan masuk gaung sedalam tiga meter di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru hari ini disahkan meninggal dunia petang ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mangsa, Muhammad Afandey Ahmad, 20, disahkan meninggal dunia 2 petang ini.*

              🌺 31) *LORI ‘bonded’ yang ditinggalkan tanpa pemandu hampir tiga jam di Pelabuhan Kargo Jeti Kuala Kedah, Jumaat lalu, membongkar penemuan hampir 1,800 botol dari 29 jenis minuman keras pelbagai jenama bernilai RM139,995 yang cuba diseludup masuk dari Pulau Langkawi secara haram.*

               🌺 32) *TINDAKAN tok sidang menyimpan sejumlah mercun dan rokok seludup di sebuah rumah kosong mengundang padah apabila ditahan polis dalam serbuan di kuarters kerajaan di Kampung Gajah, Seri Iskandar kelmarin. Lelaki berusia 57 tahun itu yang juga kakitangan awam sebuah jabatan yang kini bercuti sebelum bersara ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada 11.10 malam hasil maklumat dan risikan.*

               🌺 33) *KERAJAAN berharap dapat bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia bagi melaksanakan program pembiakan yang dicadangkan dalam usaha menyelamatkan badak sumbu Sumatera di Sabah. Susulan kematian Tam semalam, Iman badak sumbu Sumatera betina adalah satu-satunya badak terakhir di negara ini.*

               🌺 34) *TERUJA melihat iklan telefon pintar jenis iPhone 8 Plus dijual pada harga murah, remaja perempuan berputih mata selepas kerugian RM2,950 diperdayakan sindiket penipuan jualan barang di laman sosial Instagram. Kejadian berlaku Sabtu lalu apabila mangsa berusia 19 tahun berminat membeli iPhone 8 Plus selepas melihat iklan diletakkan dalam laman sosial itu.*

               🌺 35) *KEMATIAN spesies badak sumbu Sumatera jantan terakhir di negara ini dikenali Tam semalam dikenal pasti berpunca daripada kegagalan jantung hidupan liar itu. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata, hasil bedah siasat awal haiwan itu mendapati kegagalan jantungnya bermula daripada masalah kerosakan buah pinggang.*

               🌺 36) *MAHKAMAH Majistret Bukit Mertajam, hari ini, menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes bekas pekerja salon yang dituduh menyebabkan kematian seorang penuntut kolej selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu pelajar itu terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang, Januari lalu.*

               🌺 37) *SEBANYAK 454 papan iklan haram didirikan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan di Negeri Sembilan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, papan iklan itu dikesan menerusi operasi yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).*

               🌺 38) *PADAH menerima tujuh kayu golf yang hanya bernilai kira-kira RM1,900, seorang jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebuah daerah di Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor, Shah Alam, 3.30 petang, ketika hadir memberikan keterangan.*

               🌺 39) *DUA lelaki maut termasuk seorang rentung selepas lori tangki dinaiki mereka terbabas dan masuk gaung sedalam tiga meter di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru hari ini. Kejadian 7.30 pagi itu turut mengakibatkan penumpang lori tangki bermuatan simen itu patah bahu dan dikejarkan ke hospital berdekatan.*

               🌺 40) *BERMULA minggu depan, ramai perantau yang akan memandu pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Sebagai pemandu, mereka perlu pastikan diri cukup rehat mental dan fizikal, lebih-lebih lagi buat mereka yang bakal menghadapi perjalanan jarak jauh bagi mengelakkan kejadian terlelap semasa memandu atau microsleep.*

@mencari keredaan#          

Khamis, 23 Mei 2019

Assalamualaikum selamat petang

hari berganti hari--·

semakin ramai yang meninggalkan aku.
semakin ramai yang dah pergi dijemput ilahi..😌

Mereka yang aku sayang--, sahabatku-,
ramai yang dah 'diajak' pulang-,
sahabat yang dulunya bersama gelak ketawa-.
Menangis bersama.
kini sudah tiada lagi.

aku duduk termenung berteleku sendiri-,
agak-agaknya bila masanya untuk aku pergi-??
sudah cukupkah amalan aku-???

📝📝

🍃Persahabatan itu bagaikan air laut , tak selamanya tenang . Kadang , dipukul ombak juga.

🍒🐚
Dan ketahuilah , sebenarnya ombak itulah yang menjadikan laut lebih indah

🍒🐚
Tipulah , andai kau kata persahabatan itu sempurna tanpa cacat cela

🍒🐚
Tipulah , andai kau kata persahabatan itu tenang tanpa ada guruh gaduh

🍒🐚
Tipulah , andai kau kata persahabatan itu akan kekal jernih tidak keruh

🍒🐚
Ketahuilah , persabatan itu akan diuji dengan berbagai bagai dugaan

🍒🐚
Kuncinya satu , robohkan tembok ego .

🍒🐚
Apabila robohnya tembok yang memisahkan dua sahabat , maka datanglah dari pelbagai sudut pun dugaan . Pasti dan pasti kau akan dapat tangani

🍒🐚
" Aku mencari sahabat yang sempurna "

🍒🐚
Maka sedarlah , sahabat yang sempurna itu tiada

🍒🐚
Yang ada hanyalah seorang sahabat yang tak sempurna , yang sentiasa ada dengan sahabatnya itu untuk menyempurnakan kekurangan sahabatnya

🍒🐚
Kuncinya adalah IKHLAS
Tanya diri ,

🍒🐚
Kita sahabat yang bagaimana ?

🍃Anda mampu mengubahnya 🙈

🐚🍒🐚🍒🐚🍒
Zulkifli moktar

Isnin, 20 Mei 2019

20.05.2019 tahu kah anda

TAHUKAH ANDA?

Di Malaysia, terdapat 14 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) termasuk Sabah dan Sarawak yang telah berkolaborasi dengan Darul Quran dalam menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran.

Persamaan antara belajar di Darul Quran dan MTQN:
1. Kurikulum yang sama;
2. Peraturan akademik yang sama;
3. Peperiksaan yang sama;
4. Transkrip peperiksaan yang sama;
5. Majlis Istiadat Konvokesyen di dewan yang sama;
6. Sijil Diploma yang sama.

Perbezaan antara belajar di Darul Quran dan MTQN:
1. Kampus yang berbeza;
2. Pensyarah yang berbeza;
3. Peraturan kampus dan tatatertib yang berbeza;
- sesetengah MTQN hanya mengambil pelajar lelaki sahaja.
4. Bidang pengkhususan pengajian;
- MTQN tidak menawarkan keenam-enam bidang pengajian seperti Darul Quran.
5. Yuran;
6. Elaun.
7. Kemasukan diuruskan oleh MTQN masing-masing.

Justeru, bagi calon-calon yang tidak berjaya ke sesi temuduga kemasukan Darul Quran bagi sesi pengajian 2017/2020, boleh cuba memohon kemasukan ke MTQN  sekiranya berminat. Sebarang pertanyaan lanjutan boleh dibuat melalui Unit Kemasukan di talian 03-60635333.

Berikut adalah senarai alamat MTQN berserta nombor telefon:

Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Pahang, Lot 11908, Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.
T : 09-5343333

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MAIK), Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Lot 2136, Jalan Perempuan Zainab II, Panji, 16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
T : 09-7744363

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perak, D/A Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Jln Raja Muda Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak.
T : 05-5421203

Institut Quran Darul Aman, Yayasan Islam Negeri Kedah, Jalan Sultanah,
05350 Alor Setar, Kedah.
T : 04-7327015

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, (Yayasan Islam Perlis), Jalan Guar Jentik 02400 Beseri, Perlis.
T : 04-9383080

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Jalan Air Itam, 11400 Pulau Pinang.
T : 04-8272216

Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan, 73200 Gemenceh, Negeri Sembilan.
T : 06-4319598

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah, P/S 640 Tanjung Aru, 88858 Kota Kinabalu, Sabah.
T : 088-317072

Institut Pengajian Islam (INSPI), Yayasan Islam Terengganu, Batu 5 1/4 , 24000 Binjai, Kemaman, Terengganu.
T : 09-8503560

Maahad Tahfiz Al Quran Masjid Saidina Ali, D/A Masjid Sayyidina Ali, 75150 Bukit Katil, Melaka.
T : 06-2314240/1839

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Peti Surat 2867, Telaga Air, Jln. Matang, 93050 Kuching, Sarawak.
T : 082-324909/843477

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Jalan Heman, Kg. Aman, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor.
T : 07-2332400

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN-4, Kampung Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak
T : 05-4018199

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155152541781972&id=300599296971

@MyJakim

Jumaat, 17 Mei 2019

18.05.2019

Seorang wartawan Syria pernah menulis mengenai kemewahan hidup orang Arab. Kata beliau, di tahun 80an, orang Iraq terkenal dengan kemewahan makanan dan cara makan mereka. Jika mereka makan, akan dipastikan diatas meja dipenuhi makanan terlebih dahulu, bila mereka bangun dari meja makan, apa yang baki dianggap sampah kotor walaupun mereka belum menyentuhnya.
Demikian juga di Syria, aku melihat seorang wanita sedang membeli roti, dan dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa biji roti itu jatuh ke tanah. Beliau langsung tidak mengambilnya walaupun beliau mengetahuinya. Betapa mewahnya dan sombongnya bangsa Arab dengan makanan mereka.

Aku belum lagi bercerita mengenai cara makan orang Teluk, mereka makan bagaikan raksaksa dan membuang sewenang-wenangnya.

Kini, orang Iraq dan orang Syria terpaksa makan roti kering yang mereka jumpa diatas tanah. Antara sebab mereka jadi begitu kerana mereka tidak mensyukuri nikmat Allah SWT.

-Ibrahim Al-Khuki-

Kita juga khuatir, hari- hari gelap buat orang Melayu tidak lama lagi akan kunjung tiba dan pada masa itu, kita akan menanggungnya. Tidakkah kita merasa berdosa kepada anak-anak kita, generasi akan datang kita lantaran khianat dan sombongnya kita dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT..?

Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, "Pihak DBKL perlu mengurus sampah makanan 4 kali ganda lebih banyak dari hari biasa di bulan Ramadhan".
Bidaah apakah yang sedang kita lakukan ?

Jika nak salahkan syaitan, mereka sedang dirantai pada bulan Ramadhan, maka makhluk yang sebenarnya bersalah adalah diri kita sendiri.

Allah SWT pernah berfirman, "Jika engkau mensyukuri nikmat itu, pasti Aku akan tambah, jika engkau kufuri, ingatlah azab Aku amat pedih".

Kita melihat lelaki atau wanita bila makan di kedai, sengaja atau tidak, selalunya meninggalkan sisa makanan yang masih elok dan banyak untuk dibuang.
Apa salahnya makan makanan itu sampai habis. Cuba lihat kalau makan di kenduri kahwin, majlis berbuka puasa di masjid dan makan buffet di hotel.
Dah menjadi tabiat kita yang tamak, ambil dalam kuantiti yang banyak,  tak peduli orang belakang yang belum makan namun tak habis makan pun. Sungguh menyedihkan. Tidakkah kita fikir, apa yang orang lain fikir tentang kita?
Tidakkah kita malu pada makanan, rezeki yang Allah sediakan depan mata kita?
Adakah disebabkan makanan itu percuma, kita biarkan anak-anak kecil kita makan sendiri dan tak mampu habiskan sedang kita hanya melihat tanpa rasa berdosa?

Makan roti buang kulit, makan cuma secubit dua dan tinggal untuk dibuang. Ambil kuih yang banyak, namun makan hanya secubit dua.

Betapa sombong nya kita! Pada rezeki kita sendiri. Cuba tengok semula bagaimana corak anda sekeluarga makan?

Nilaikan diri kita sendiri, adakah binatang yang makan sisa dan tak punya akal fikiran itu, lebih baik dari kita, manusia yang dilahirkan sempurna akal fikiran?

Bangkitlah wahai bangsaku, perangi diri kita sendiri. Binalah semula saki baki jati diri yang lama kita lupakan itu. Masih belum terlambat.

Buanglah ego kita wahai bangsaku..

Jika kita masih leka, hari-hari mendatang amat perit untuk kita semua lalui, bersedialah dari sekarang untuk meredah ranjau duri yang kita sendiri cari..

Mohon didiklah diri dan anak-anak kita,  jangan pandang remeh hal yg kecil di mata kasar kita...sebenarnya amat besar di mata dunia!

Sekadar mengingatkan.....

Ahad, 5 Mei 2019

05.04.2019.pandangan manusia

ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

"KITA PADA PANDANGAN MANUSIA."

🔎 Salah satu tulisan yang sangat bagus ditulis oleh (Syeikh Thanthawi (Grand Syeikh Al Azhar Assyarif) :

كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِى نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا
🔎 Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا
🔎 Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا
🔎 Kita istimewa dalam penglihatan orang - orang yang mencintai kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا
🔎 Kita adalah pribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian.

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا
🔎 Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang - orang yang iri.

، لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ
🔎 Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tidak usah berlelah lelah agar nampak baik di mata orang lain.

، يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك
🔎 Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tidak akan pernah tercapai.

، وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ
🔎 Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai.

🔎 Maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan tumpukan saja pada redha Allah.

@mencari keredaan#