Khamis, 31 Januari 2019

01.02.2019

⏰  P R A Y E R  T I M E S  ⏰
📍 Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
🗓 Jumaat, 01/02/2019
🌟 27 Jumādā al-Ula 1440H
🌞 Zohor   : 13:30
☀️ Asar    : 16:51
🌙 Maghrib : 19:29
⭐️ Isyak   : 20:41

Selamat menunaikan solat fardhu! ☺️
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ - السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🍃🌼DOA HARI JUMAAT🍃🌼

ُِ. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, di hari Jumaat yg mulia ini, kami memohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kpd kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu yg manfaat,  iman yg kukuh dan amalan soleh yg berkekalan.

Ya Allah Ya Rezqi
Kami memohon kepadaMu Ya Allah, berilah kami rezeki yg halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yg bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yg tertunai, kesihatan yg berterusan, hutang yg terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya Allah, berilah kami hidayahMu agar kami saling memaafi kerana "Sesungguhnya memaafkan tak akan membuat kita hina apatah lagi meminta maaf tak akan meruntuhkan harga diri kita manakala saling memaafi akan membuat kita mulia disisiNya".

LINDUNGI UMAT DAN NEGARA ISLAM
Ya Allah Lindungilah umat2 Islam yg tertindas dgn kekejaman dan kezaliman musuh2 Islam dimana saja mereka berada. Hancurkanlah musuh2 Islam ini atau berikanlah hidayah dan taufiq utk mereka memeluk agama Islam.

Ya Allah Perkenankanlah permintaan kami dan kabulkanlah doa kami.

YaAllah YaGhaffar
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri/suami kami, saudara2 kami, kaum kerabat kami, sahabat2 kami, guru2 dan ustaz kami dan sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat.

ربنا ظلمنا انفسنا.... وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ }

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

🌸🍀🌸🍀🌸🍀🌸

🍄 Sentiasa bersyukur  atas segala nikmat dan rahmat yg tlh dianugerahkan Allah SWT Sentiasa mengingati Allah.Allah maha melihat dan maha mendengar
🍄Ya Allah bantulah kami supaya dapat selalu menyebut nama Mu mengingati Mu dan membaguskan ibadahku terhadap Mu

Basahi bibir dgn zikrullah YAA ALLAH

🌸🍀🌸🍀🌸🍀🌸

@mencari keredaan📚📚📚

Khamis, 24 Januari 2019

25.01.2019 bulan kelahiran saya

Rahsia Bulan Kelahiran – Hasil Kajian Dato Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun

4⃣ APRIL 4⃣

# sgt aktif dan dinamik

# cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

# sgt menarik dan pandai manjakan diri

# punya daya mental yg sangat kuat

# suka diberi perhatian

# sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org

# sgt berani dan tiada perasaan takut

# suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah

# emosi cepat terusik

# try control the emotion

# kecenderungan bersifat dendam

# agresif, kelam kabut utk membuat keputusan

# kuat daya ingatan

# gerak hati yg sangat kuat

# pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain

# berpenyakit disekitar kepala dan dada

# sgt cemburu dan terlalu cemburu.
@gayasihatcantik

25.01.2019 perjalanan

ASSALAMUALAIKUM

TAZKIRAH.. PERJALANAN ITU

Perjalanan manusia utk menuju kpd Penciptanya memang byk halangan. Kerana itu manusia itu harus mengetahui apa tujuan kita hidup. Kita juga perlu menjadikan segala apa yg kita hadapi baik susah mahupun senang ianya merupakan tarbiah drp Allah swt. Tujuannya agar kita lbh santun dan bersabar memperbaiki diri yg msh lagi kekurangan ilmu dan iman. Kita juga harus sedar bahawa dlm perjalanan ini dugaan adalah spt tusukkan duri. Kesukaran dan kesakitan ini membuat kita lbh menghargai kemanisan dlm menuju kpd Illahi.
Justeru itu dlm perjalanan menuju kpd Pencipta kita perasaan takut mesti ada dlm diri kita. Org yg wujud dlm hatinya perasaan takut kpd Allah bkn semakin menjauh bahkan kian mendekat dan rapat dgn Nya. Firman Allah yg bermaksud :
Sedangkan syurga didekatkan kpd org2 yg bertaqwa pada tempat yg tidak jauh (dari mereka)
(Kpd mereka dikatakan) Inilah nikmat yg dijanjikan kpdmu, (Iaitu) kpd setiap hamba yg sentiasa bertaubat (kpd Allah) dan memelihara (semua peraturan2 Nya)
(Iaitu) org2 yg takut kpd Allah Yg Maha Pengasih sekalipun tidak kelihatan (olehnya) dan ia dtg dgn hati yg bertaubat
(Qaf ayat 31--33)

Inilah takut yg tiada tandingannya. Takut yg menyebabkan kita ingin semakin dekat Nya. Takut yg menyebabkan cinta yg membuak2 ingin kembali kpd Nya. Takut yg membuatkan kita malu utk melakukan apa yg dilarang.
Dan apabila kita berjaya dlm perjalanan ini maka ketahuilah bahawa syurga sedang menanti kita. Justeru itu tanamlah perasaan takut kpd Allah dlm perjalanan kita ini kerana ianya jaminan syurga buat kita....

RENUNG2KANLAH

@mencari keredaan

Selasa, 22 Januari 2019

23.01.2019 kalau nak tahu

Korg tau x?
Pemuda Al kahfi yg ada 7 org tidur 309 tahun.
Bersama mereka ada seekor anjing.
Surah Al-kahf ayat 17

Korg tau x?
Allah membolak balikan badan mereka utk tidak berkulat, Allah hentikan segala mcm bulu di tubuh mereka,Allah kukuhkan pakai mereka supaya tidak reput.

Korg tau x?
Nabi Uzair tidur 100 tahun.
Bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yg tulang pon da hncur jd debu. (selepas 100 tahun)
Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jd tulang di balut daging bulu. Kemudian Bercantum semula jd keldai.

Korg tau x?
Amalan yg di lakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.

Korg tau x?
Malam sebelum isra' mikraj dada Rasulullah saw di belah utk kali ke 2. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda saw di basuh dgn air zam zam.

Korg tau x?
Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.

Korg tau x?
Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah saw solat 2 rakaat dan baginda saw menjadi imam kepada para2 nabi. Sesuai dgn pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.

Korg tau x?
Selesai solat Rasulullah di dtgi 2 bekas. 1 berisi susu dan 1 berisi arak.
Rasulullah memilih susu.

Korg tau x?
Rasulullah saw dan jibril as menaiki langit yg pada nya belum ada manusia selain nabi pernah sampai.
Jibril memberi salam lalu di jwb malaikat pnjaga langit dan bertnya siapa engkau. Kemudian jibril menjwb aku jibril. Kemudian di tnya lg siapa bersama engkau dan adakah dia telah di utuskan?
Jibril menjwb Dia Muhammad dan dia telah di utuskan (berlaku pada setiap pintu langit)

Korg tau x?
Di langit pertama ada nabi adam as
Di langit kedua ada nabi isa as dan nabi yahya as
Di langit ketiga ada nabi yusuf as
Di langit keempat ada nabi idris as
Di langit kelima ada nabi harun as
Di langit keenam ada nabi musa as
Di langit ketujuh ada nabi ibrahim as dan juga baitul makmur
Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha
Di atas syurga ada air
Di atas air ada arasyh
Di atas arasyh ada kursi
Di kanan arasyh ada lauh mahfuz
Smua nabi mengucapkan salam
Selamat datang nabi yg soleh dan rasul yg soleh
Kecuali nabi adam mengucapkan anak yg soleh dan rasul yg soleh

Korg tau x?
Ketika Rasulullah saw smpi di lngit ke 7
Beliau mendapati lelaki yg muka nya sama seperti baginda sedang dduk bersandar manakala malaikat yg lain sedang sibuk bertawaf.

Rupa2 nya amalan ibadah ni ketika di hidup di alam dunia sahaja. Yg memakan msa 50 60 70 tahun bergntung kepada usia masing2. Kmudian xde dah.

Korg tau x?
Rasulullah prgi ke syurga dan dia dapati kebnyakan ahli syurga itu adalah dikalangan mereka yang miskin.

Korg tau x?
Rasulullah saw melihat kebnyakan penghuni neraka adalah di kalangan wanita.

Korg tau x?
Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat

Korg tau x?
Slepas smua itu Rasulullah naik ke sidratul muntaha dan jibril menunjukan rupa sebenar beliau utk sekali lagi.
Surah an najm ayat 13.

Dan bila Rasulullah ingin mengmbil perintah solat.
Berpisah lah dia dgn jibril. Jibril yg semulia mulia makhluk pon x dpt maju kedepan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah ke seorangan ketika itu.

Korg tau x?
Umat islam semakin tidak mempercayai Rasulullah saw slepas peristiwa Isra' mikraj.
Tetapi Abu Bakar ra tetap membenarkan kata² Rasulullah saw.

Korg tau x?
Ayat pertama surat nabi sulaiman kepada balqis ialah Bismillah'irahmannilrahim
Surah al-naml ayat 30.

Buatlah apa pon, Bismillah. Amik kunci, bismillah. Tekan alarm, bismillah. Bukak pntu, bismillah. Masuk kan kunci, bismillah. Duduk bismillah. Start enjin, bismillah. Masuk gear, bismillah. Korg akan rase kemanisan Basmallah td. Percayalah.

Korg xkan paham kemanisan gula itu sehingga korg amik gula itu letak dlm mulut. Mmg manis.

Korg tau x?
Mase nk pidahkan istana balqis, ifrit boleh bwk istana tu sebelum nabi sulaiman bgn dari tmpt duduk
Surah al-naml ayat 39

Korg tau x?
Mulia nya manusia ni, ada yg boleh angkat istana itu dalam sekelip mata.
Surah al-naml ayat 40.
Mulia lg kita ni dari jinn.

Korg tau x?
Air di cicang x akan putus.
Ketika laut merah di belah oleh nabi musa
Ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.

Korg tau x?
Abu Jahal adalah manusia yg mintak Rasulullah saw membelah bulan. Bila bulan terbelah kemudian bercantum. Dia herdik Rasulullah saw adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah.

Mkna kata ketika peristiwa itu ada musafir dtg utk berjumpa abu jahal, konon meraka akan jd saksi.
Esk nya bila mereka smpi mereka bercerita.
Situ yg dia herdik Rasulullah konon nya Rasulullah bukan saja boleh sihir dekat2 jauh pon boleh.

Korg tau x?
Antara perkara yg paling mengembirakan Rasulullah saw ialah bila sesorg itu ingin memeluk islam.

Korg tau x?
Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah.
Allah abadikan surah khas utk dia.
Surah al lahab..

Korg tau x?
Surah al lahab td turun 6 bulan sebelum abu lahab mati.
Mkna kata confirm masuk neraka.

Korg tau x?
Antara pakcik kesyg Rasulullah ialah Abu Talib.
walaupon  xberiman dgn Rasulullah saw, di tetap sokong dakwah Rasulullah saw.

Korg tau x?
Abu Talib ni beriman dgn Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad saw sebagai utusan. Ni nk kata hidayah milik Allah.

Korg tau x?
Abu Talib mati dlm tidak beriman kepada Rasulullah saw dan Rasulullah saw bernekad akan terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat.

“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)

Korg tau x antara nikmat² besar Allah bg?
Islam!
Islam adalah nikmat besar.
Sehingga org terakhir yg keluar dari neraka itu org islam yg dlm hatinya ada "tiada tuhan selain Allah"

Korg tau x bila korg islam?
Bila mana mulut kalian menyebut shahadah dan di iring dgn solat serta beriman kepada rukun islam.

Dah tu bila last korg islam? Atau makna kata lain bila last korg solat? Solat ni Nabi amk tu atas dari langit ke 7.
Asl dari 50 smpi jd 5.
Mujur ada nabi Musa mtk Rasulullah saw naik balik mtk kurang. Naik mtk kurang. Naik mtk kurang.
Sampai Rasulullah saw malu tau x!
"wahai Musa! Aku pun tahu malu dengan tuhan aku"

Korg tau x islam?
Korg terutama nya aku, hari ini dpt islam secara 'percuma' sbb tu ak x reti hargai.
Amik remeh sbb bkn ak yg perjuangkan.
Kemanisan tu xde.

Harap2 kita bukan islam hanya di kad pengenalan.

Korg tau x mahdi?
Imam mahdi atau nama sbnr beliau Muhammad bin Abdullah.
Keturunan Rasulullah saw lelaki fasih berbahasa arab tampan akhlak baik mcm Rasulullah saw.

Korg tau x imam mahdi ni?
Rasulullah saw pesan bila kamu mendengar imam mahdi sedang di lantik.
Pergi dapat kan bai'ah dari beliau.
Walau terpaksa merangkak dalam salji.

Korg dan ak akan pergi x?
Jap Pikir dulu.
Ada anak bini, kereta, rumah x abis bayar lg.
Syg sgt ke kerja.. Ni aku lah ni..
Iman kulit bawang..

Korg tau x kenapa ramai mengaku imam mahdi?
Dorg x mampu nk tiru Nabi Isa as sbb ketika nabi isa turun,
Dia msih memegang sayap malaikat di tgn kiri dan kanan beliau.

Korg tau x nabi isa?
Antara manusia yang tidak di jadi kan dari air mani.
Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa

Korg tau x Nabi Isa?
Akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat nabi Muhammad saw.
Beruntung anak cucu korg dpt jmpe Nabi. SubahanaAllah!

Tapi! Sebelum turun the last man standing ni
Dunia kena hadapi fitnah dajjal ni selama 40 hari.
1 hari bersamaan 1 tahun
1 hari bersamaan 1 bulan
1 hari bersamaan 1 mggu
Hari ke empat mcm biasa.

Apa pon korg jgn lupa solat.! Sbb solat adalah satu2 nya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah..
Solat x turun wahyu, Rasulullah pi amik atas langit sana.

Ingat ye solat...

Sabtu, 19 Januari 2019

18.01.2019 hidup singkat

Hidup ini terlalu singkat.

Dan, sangat rugi kalau kita guna masa yang singkat ni untuk buat jahat, bermaksiat dan menyusahkan orang lain.

Nak tahu kita ni jahat atau tak, mudah je.

Check akhlak kita.

1) Dalam diri kita ada tak sifat sombong? Rasa diri hebat, pandang rendah orang lain, anggap orang lain lemah dan hina.

Sifat sombong ni semua orang boleh kena.

Dia pelajar ke, guru ke, ulama ke, doktor ke, ustaz ke, engineer ke, penganggur ke, semua boleh terkena sifat sombong.

Cuba check diri.

2) Kita suka mengumpat tak? Cuba check, berapa banyak kali kita umpat dan cerita benda buruk tentang seseorang pada orang lain? Berapa banyak kita jaja keburukan orang?

Kalau tak puas hati, tegur je la. Buat apa nak jaja dan aib kan dia? Macamla kita ni maksum sangat.

3) Kita ni ada tak hasad dengki dan dendam? Tak suka tengok orang lain berjaya. Tak puas hati tengok orang lagi tinggi dari dia.

So, bila tak puas hati, dia usaha la untuk nak memastikan orang yang dia dengki tu JATUH.

Ada jugak jenis orang macam ni.

Aduh...

4) Kita ni ada tak sifat tak kenang budi? Orang dah buat baik kat kita, kita balas dengan benda jahat. Pastu bila orang tu ungkit balik kebaikan yang dia pernah buat kat kita supaya kita sedar diri, kita tak puas hati pulak.

Common sense kot.

Orang buat baik, buatla baik balik.

Takkan nak kena ungkit baru nak balas dengan kebaikan. Bila ungkit, marah. Ada jugak orang macam ni. Tak faham.

***

Banyak lagi nak list.

Tapi secara mudah, nak tahu kita baik ke jahat, tengok AKHLAK kita.

Kalau ibadaj hebat, tapi AKHLAK fail, ketahuilah, kita masih belum mencapai darjat iman.

Jom sama-sama ubah sikit-sikit.

Moga bermanfaat!

#DakwahSentapOfficial.

Khamis, 10 Januari 2019

Kenuri kahwin

🍃Musim2 kenduri,  eloklah kita ambil iktibar.  Baca kelohan caterer kenduri kawin.

🍃Saya minta maaf betul-betul maaf.
Saya perlu berterus-terang. Terpaksa.

🍃Bila hadir di suatu majlis . Deretan makanannya banyak. Ambil satu persatu.
Makan dulu main course. Lepas tu bangun ambil pula makanan lain. Ambil pula buah dan sebagainya.
Bila tuan-puan ambil semua jenis makanan serentak, tiba-tiba kenyang, makanan lebihan tadi ditinggalkan.

🍃Kesian tuan rumah. Dia bayar makanan itu. Tapi dibazirkan oleh tetamu. Hormatilah rezeki.
Kita tidak perlu ditayangkan dengan video Palestin takda makanan atau Somalia kurus kering baru rasa insaf.

🍃Ambil kuih sepinggan. Takhabis. Dia ambil tisu, buang atas kuih tadi. Padahal kuih itu masih elok lagi.

🍃Ikutkan saya meniaga. Saya suka. Bila makanan tak cukup.  Ada tambahan sales. Tapi saya kesian kepada tuan rumah yang risau makanan tak cukup. Berubahlah. Berubah. Kalau kita buat macam tu kat orang. Time majlis kita nanti orang buat macam tu... kita pun sedih.

🍃Siang malam kita mintak doa murah rezeki.
Rezeki sampai kita pun buang.
Kenapa kita macam tu? Kenapa?

https://t.me/tarbiahkartun

Rabu, 9 Januari 2019

Sifat 20

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT (SIFAT20)

1.WUJUD ertinya ada
2.QIDAM ertinya terdahulu
3.BAQA' ertinya kekal
4.MUKHALAFATUHULILHAWADITS ertinya tidak sama dgn yg baru
5.QIYAAMUHUBINAFSIH ertinya berdiri sendiri
6.WAHDANIYAH ertinya satu(tunggal)
7.QUDRAT ertinya kuasa
8.IRADAH ertinya menentukan
9.ILMU ertinya tahu
10.HAYAT ertinya hidup
11.SAMA' ertinya mendengar
12.BASHAR ertinya melihat
13.KALAAM ertinya berkata-kata
14.QADIRAN ertinya berkuasa
15.MURIDAN ertinya menentukan
16.ALIMAN ertinya mengetahui
17.HAYYAN ertinya hidup
18.SAMI'AN ertinya mendengar
19.BASHIRAN ertinya melihat
20.MUTAKALLIMAN ertinya berkata2

#DakwahSentapOfficial