Jumaat, 31 Ogos 2018

31.08.2018 pandangan dunia

Pandanglah dunia dengan cahaya.
Siang dengan mataharinya,
malam dengan bintangnya.

Moga kamu akan mengerti,
cerah tidak kekal lama,
dan gelap tidak selamanya.

Sabarlah.
Segala yang ada di dunia takkan kekal lama,
termasuk derita.Kekalkan senyuman manismu walau ke mana kamu pergi.

Agar bila kamu mati, senyum mu tetap akan diingati.

Senyumlah, walau macam mana pahit pun perasaan yang tersimpan dalam hati.

Ahad, 26 Ogos 2018

30.08.2020 perkahwinan anak

Bismillah. Dengan penuh rasa kesyukuran kepada kurniaan Allah, saya berbesar hati ingin menjemput ke majlis perkahwinan anak saya yang akan berlangsung pada 30 Ogos 2020 😊✌🏻️

Doakan semoga baitulmuslim yang bakal dibina ini mendapat sakinah, mawaddah dan rahmah ☺️

Daripada Zulkfli Mokthar 

26.08.2018

Hargailah masa kini, kerana perit mana pun masa kini, ia hanya akan jadi sejarah di masa hadapan. Tidak akan berulang lagi.

Namun kepedihan masa kini hampir pasti akan jadi pengalaman yang akan lebih mendewasakan di masa hadapan.

Setiap kejadian, ada hikmahnya yg tersendiri.

Sabtu, 25 Ogos 2018

25.08.2018 serba tak kena

Ada ketika, mentari seakan kelam dan langit berubah jadi suram. Segalanya jadi serba tak kena.

Bersenang-senang tapi tidak bahagia, ketawa tapi tidak gembira.

Jika hal ini terjadi ia mungkin petanda bahawa kita semakin jauh dari rahmat dan redha TUHAN. Mana mungkin bahagia, tanpa DIA
Kemewahan dunia hakikatnya adalah sekadar fatamorgana. Indah di mata namun bukanlah sumber kebahagiaan.

Jangan terlalu asyik mengulit harta yang sudah dalam genggaman, tapi takkan pernah cukup, jika tidak dikawal selia dengan iman dan taqwa.z@m

Jumaat, 24 Ogos 2018

25.08.2018 waktu paling hampir

Waktu paling hampir antara seorang hamba dengan Allah ialah ketika solat disaat ketika sujud. Waktu sujud itu waktu doa mustajab. Bayangkan jika seorang anak menyebut-nyebut doa buat ibu bapanya saat dia rebah bersujud, pasti hidup anak itu sentiasa dlimpahi kurnia yang Maha Esa.

25.08.2018 doakan ibu bapa

Terkadang saya malu bila orang anggap saya baik dan suci,padahal saya hanyalah pendosa yang hebat. Hanya sahaja Allah menutupi aibku

Lapangkan hati. Elakkan bergaduh sesama kita. Apa yg jadi sepanjang perjalanan hidup, cari hikmah di sebaliknya.

Jadikan ia pengalaman berharga. Walaupun pahit, ada kemungkinan ia terjadi hanya sekali sahaja, sepanjang hayat kita.

Korbankan ego, bermaafanlah sesama kita.

Rabu, 22 Ogos 2018

23.08.208 amal ibadah

Amal ibadat umpama buah durian. Tak semua orang suka, dan tak semua mahu menikmatinya.

Tapi bagi peminatnya, kelazatannya tak terkata. Sanggup cangkung tepi jalan, sanggup keluarkan duit untuk merasa. Tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah.Kadang dengan prihatin yang hanya sedikit, mampu melahirkan rasa kasih sayang yang banyak.

Kadang juga menyakiti dirasakan hanya sedikit, namun ia menyebabkan luka yang dalam.

Jangan main main dengan perasaan orang lain, kerana ia mungkin penentu kita ke syurga atau neraka.Kadang kadang kita terlalu sibuk memikirkan pandangan orang pada diri kita, hingga terlupa untuk muhasabah 'pandangan' TUHAN pada diri kita.

Selasa, 21 Ogos 2018

21.08.2018 selamat hari raya korban

saya dan keluarga  mengucapkan :
“SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. 1439 H. TAQOBBALALLAH MINNA WA MINKUM, TAQOBBALALLAH YA KARIIM..
MINAL A’IEDIN WALFA’IZIN, MOHON MA’AF LAHIR dan BATHIN”,
Semoga kita dipanjangkan ibadah, diberi ni’mat sihat walafiat, diberikan rizeki yang selalu halal dan berkah, serta dapat dijauhkan dari segala kezaliman dan bencana, Aamiin

Isnin, 20 Ogos 2018

20.08.2018 hari raya aidiladha

.اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
 اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
.....人
.. ( ◎)_________人
..║ ∩║____.-:''''''"''";-.
..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_  ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║

⭐🌟💫🌙✨Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.💫🌟⭐🌙✨

💥Selamat      💭✨      
          ✨💭Menyambut   
       😗✨ 💭 💥AiDiLAdHa💥      
          __|  |_______
          /__________/_\
🌷🌹  | 四 |目| 四 |目|  🌳🌳
╭⌒╮ 🌙╭⌒╮✨
✨╭⌒╭⌒╮╭⌒╮✨
,✨︶︶︶︶ ︶~~
╬ ╱◥███◣✨n
╬ ︱田︱田 田 ︱╬╬╬
🌾🌾..🐂🐄🐃🌾🌾
Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari  memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa...

🌟🌟Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..🌟🌟

20.08.2018 hidup ada peluang

Semua orang hidup ada peluang. Bukan sahaja untuk usaha, tapi juga untuk dibantu. Sebab Allah adil.
Allah suruh orang kaya kena zakat, orang berada digalakkan sedekah, Allah angkat darjat orang miskin & anak yatim jadi golongan yang wajib disayangi ummat Islam, sebab Allah adil. Kita tak boleh paksakan definisi adil kita sebagai makhluk yang kerdil ni, kepada Tuhan Pemilik & Penguasa Semesta Alam.

Sebab Allah adil.Rasulullah SAW ialah Rasul untuk semua. Bagi yang kaya dan yang miskin. Tapi kalau Rasulullah kaya raya hidup mewah, bagaimana kehidupannya mampu dicontohi fakir miskin?

Maka kita berbalik kepada soalan awal: "Apakah Tuhan itu adil?"

Ya, Allah yang saya imani itu adil.Tetapi sejauh mana kita hargai apa yang kita ada berbanding kita asyik fikir apa kita tak ada?

Walau miskin, tak ada kebahagiaan langsungkah? Tak ada nikmat langsung yang kita perolehi daripada Allah SWT? Tidak ada peluang usaha langsung?

Saya yakin ada,,,,,,Amiiin.

Rabbana zidna 'ilma,
war zuqna fahma,
Allahumma faqqihna fiddeen,
wa 'alimmna at-ta'weell.

Qul, amiin..z@m

Sabtu, 18 Ogos 2018

19.08.2018 iklas kan hati

Ujian hakikatnya hadir dalam dua bentuk iaitu :

1. Ujian susah
2. Ujian senang

Ketika sakit, ketika susah, ramai dari kita rajin berzikir berdoa mendekatkan diri pada Allah.

Sedang ketika senang, kita kerap lupa dan engkar perintah Allah.

Allah . . . . . . . . . .Setiap peringkat hidup pasti ada ujian

Belajar ada ujianya

Bekerja ada ujianya

Berkahwin pun ada ujianya

Adanya kisah daripada orang lain untuk dijadikan terladan @ "shortcut" menghadapi masalah hidup.

Kalau tak amik iktibar, kita amik long road untuk hidup ni sebenarnya.Banyak berlaku perselisihan bahkan pergaduhan di atas muka bumi ini hanya kerana masalah komunikasi dan salah faham.

Atau, sesetengah orang menyebut sebagai khilaf hati.
“Ada sebab Tuhan masukkan seseorang ke dalam hidup kita, dan ada sebab juga mengapa Tuhan mengeluarkan seseorang dari hidup kita”
“Bang sy penat lah macamni. Sy buat baik kat org, org buat jahat jugak dekat sy. Kecewa”

“Dik, macamana tak penat, macamana tak kecewa, buat baik dekat org jangan pernah harap org tu balas, taulah Allah nak balas kebaikan kita tu macamana nanti”

Ikhlas kan hati !...z@m

Jumaat, 17 Ogos 2018

18.08.2018 salam takziah

Waa'laikumussalam,

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un ... Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa’ fu`anhu

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.

Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham.

Semoga roh Arwah  dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang2 yang beriman. Aameen.

Al-Fatihah

Khamis, 16 Ogos 2018

17.08.2018 gagal tak mesti gagal selamanya

17.08.2018 hari jumaat
Assalamualaikum selamat petang kepada semua sahabat dan saudaraku ..
  gagal tak bermakna kita gagal selamanya , selagi kita usaha kita boleh berjaya . Abaikan apa orang cakap pasal kita sebab mereka hanya tahu menilai dan bukannya menolong apa apa pun.

Kita kena bangkit untuk diri kita sendiri bukan untuk orang lain. Ingat tu!Anak-anak selalu gagal mengikut cakap, tetapi tak pernah gagal meniru sikap.

Sebab itu, kita biasa tahu budak2 tak dengar cakap, sebab mereka lebih mudah untuk "mendengar" sikap.Manusia akan diuji dengan apa yang dia katakan.

Maka, jangan hina orang yang buat dosa, tapi cukup sekadar benci dosa itu.

Sebab... boleh jadi, Allah akan uji kita dengan dosa itu pula.

Boleh jadi, kita akan jadi lebih teruk daripada orang yang pernah kita hina dulu.Knapa kita rsa cpat nk marah bila diri kita direndah2kan wlaupun sdikit?

Sbb msih ada sifat ego dlm diri.

Selagi ada sifat ego, selagi itulah akan trhijb diri drpada mrasa hina sbgai hmba kpada Allah.......dari pada z@m

16.08.2018 kita ni hebat

Kita ni hebat adalah kerana doa ibu bapa kita. Tanpa doa mereka, kita bukan siapa siapa didunia ini ❤. Hargailah mereka setiap hari dan doakanlah jugak kesejahteraan untuk mereka 💕✨.

16.08.2018 pesan kat diri sendiri

Pesan kat diri sendiri, semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Sudah tertulis & ditetapkan. Tak mungkin hanya bermodal kebetulan. Jadi kena terima dengan hati yang terbuka :)Manusia boleh kata

"kau nih baik"
"kau alim"
"kau bijak

Tapi kita kena ingat apa yang manusia pandang pada kita tak semestinya sama dengan apa Allah pandang kita Cuba latih diri kita untuk lihat kebaikan dalam apa jua keburukan yang berlaku. Tak rugi pun, malah ia membantu hati kita untuk lebih tenteram dan jadi lebih matang.

HATI TIDAK BAHAGIA KERANA 9 SIFAT MAZMUMAH:

1.Pemarah
2.Pendendam
3.Hasad dengki
4.Bakhil
5.Tamak
6.Tidak sabar
7.Ego
8.Riak
9.Cinta dunia
Masalah memang terkadang membuat kita lelah, tetapi itulah yang membuat kita semakin hari, semakin dewasa. Cara untuk memulai adalah dengan berhenti berbicara dan mulai melakukan.
Keindahan itu adalah ketika mana orang menganggap diri kamu adalah baik

Namun yang terindah dari itu adalah ketika mana kita menjadi orang yang lebih baik dari apa yang mereka sangka kanJangan sibuk memikirkan dengan apa yang kita tidak ada,tetapi fikirlah dengan apa yang kita ada ...semoga manafaat apa yer

Rabu, 15 Ogos 2018

16.08.2018 hadir dalam hidup

Setiap orang yang hadir dalam hidup kita itu bersebab. Tiada yang sia-sia.

Allah datangkan mereka sama ada untuk menguji kita, mengubah kita atau memberi peringatan kepada kita.

Jadi janganlah kata menyesal kenal dia.
Setiap perkenalan itu, ada hikmahnya.Rezeki bukan saja dlm bentuk wang ringgit. Ilmu juga adalah rezeki yg Allah bagi. Semoga kita smua sntiasa beroleh keberkatan dunia & akhirat. Aamiinnn.

Isnin, 13 Ogos 2018

11.08.2018 Makan gaji lawan kerja sendir

Belajar Tawakal Daripada 3 Manusia Pilihan Allah
                                                                  Makan Gaji Vs Kerja Sendiri
“Abang, sampai bila nak hidup macam ini? Hidup cukup-cukup makan je.”
“Kenapa, awak dah tak tahan ke hidup dengan saya? Awak menyesal ke kahwin dengan saya?”
“Bukan macam tu, bila kerja sendiri ini, kadang-kadang cukup dan kadang-kadang tidak. Abang cubalah makan gaji.”
“Awak ni kan, saya dah beritahu awal-awal dulu, saya dah nekad untuk kerja sendiri, memanglah sekarang agak susah, saya tahu kadang cukup dan kadang tidak, tapi awak bersabarlah sikit. Awak tak percaya dengan rezeki Allah ke?”
“Percaya je.”
“Dahlah, kalau awak tak sokong saya pun tak apalah, tapi tolong jangan tanya lagi perkara ini, saya tertekan tahu tak? Sepatutnya awak beri sokongan padu kepada saya, ini tidak, asyik nak tekan saya je, dahlah malas layan awak ni.”
Inilah antara dilema yang sering menghantui pasangan yang baru kahwin. Berdasarkan pemerhatian rambang saya, kebanyakan isteri mempunyai gaji yang lebih tinggi dan tetap berbanding suami.
Para suami lebih suka bekerja sendiri kerana kebanyakan mereka tidak suka diarahkan oleh orang lain. Mereka suka menjadi bos. Mereka yang akan mengarahkan orang lain.
Tetapi mereka kena ingat bahawa memilih jalan ini bukanlah satu perkara yang mudah. Mereka kena betul-betul hadamkan satu perkara iaitu “Tawakal”.

Belajar Tawakal Daripada Nabi Ibrahim AS

Setelah kaum Nabi Ibrahim tidak mampu membalas hujah baginda, mereka telah memutuskan untuk mencampakkan baginda ke dalam api.

Ketua-ketua mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!
Surah al-Anbiya’ (21) : 68.

Setelah mereka berjaya menghidupkan api yang sangat besar dengan membakar kayu-kayu yang telah dikumpulkan, mereka pun mencampakkan baginda menggunakan alat pelontar (manjaniq).

Malaikat Jibril AS ada menawarkan bantuan kepada baginda namun ditolak, baginda hanya menjawab “Cukuplah Allah SWT menjadi penolongku dan Allah SWT adalah sebaik-baik pelindung”.
Hadis Riwayat al-Bukhari (4563).

Hasilnya? Satu perkara yang tidak pernah terbayang dan di luar kemampuan manusia. Baginda keluar daripada api seolah-oleh seperti baru keluar daripada bilik mandi. Api tersebut tidak membakar kecuali tali yang mengikat tubuh baginda.
Belajar Tawakal Daripada Nabi Musa AS

Setelah Nabi Musa AS mengemukakan hujah dan bukti-bukti kebenaran-Nya kepada Firaun, mereka tetap sombong dan menentang baginda. Lalu Allah telah memerintahkan kepada baginda supaya membawa keluar Bani Israil daripada Mesir.

Nabi Musa bersama rombongannya pun keluar melarikan diri sehinggalah tiba waktu matahari terbit, Firaun bersama tenteranya berjaya mengejar Nabi Musa dan rombongan. Baginda telah menemui jalan mati. Firaun dan tenteranya sudah berada betul-betul di belakang mereka dan di hadapan mereka pula adalah laut yang terbentang luas.

Kaum Nabi Musa mula mengeluh, “Habislah kita. Kita akan berjaya ditangkap oleh Firaun”. Apabila Kaum Bani Israil mula menyalahkan baginda, baginda menjawab bahawa Allah bersama kita dan tidak akan meninggalkan kita.

Dan sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: Hendaklah engkau membawa hamba-hamba-Ku keluar mengembara, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh dan jangan pula engkau takut tenggelam.
Surah Taha (20) : 77.

Hasilnya? Satu perkara yang tidak pernah terbayang dan di luar kemampuan manusia. Setelah baginda mendapat wahyu untuk memukul laut menggunakan tongkatnya, laut pun terbelah dan setiap bahagian dari pecahan lautan itu bagaikan gunung besar. Baginda dan rombongannya selamat manakala Firaun dan tenteranya ditenggelamkan oleh Allah.

Belajar Tawakal Daripada Nabi Muhammad SAW
Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menggagalkan dakwah Nabi Muhammad SAW, orang kafir Quraish pun berazam untuk membunuh baginda. Lalu baginda pun mendapat perintah supaya berhijrah ke Madinah.

Sebelum itu, Ali Bin Abi Talib telah menawarkan diri untuk ganti tempat tidur baginda. Kemudian baginda pun keluar menuju ke Madinah bersama-sama dengan Abu Bakar al-Siddiq. Mereka keluar pada waktu malam dan melalui jalan yang tidak biasa dilalui oleh orang sehinggalah sampai ke Gua Tsur. Pada masa yang sama orang kafir Quraish bergegas mengerahkan orang ramai untuk mengejar baginda dan menawarkan hadiah yang lumayan. Akhirnya orang kafir Quraish berjaya juga  sampai di pintu Gua Tsur.

Pada waktu inilah Abu Bakar al-Siddiq telah melahirkan rasa bimbang tentang keselamatan mereka. Baginda pun memujuk Abu Bakar, “Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”
Surah al-Taubah (9) : 40.
Pelajaran Daripada Tiga Orang Rasul

Nabi Ibrahim AS mengajar kita bahawa tawakal itu merupakan pekerjaan hati dan bukannya pekerjaan fizikal. Mengikut logik akal, boleh sahaja baginda meminta Malaikat Jibril untuk memadamkan api tersebut. Tetapi baginda tidak mahu, kerana baginda tahu bahawa Jibril juga merupakan makhluk sama sepertinya. Jadi apa yang diperlukan pada saat itu hanyalah Allah SWT.

 

Kita boleh mencontohi Nabi Ibrahim AS dengan mengamalkan doa tersebut “Cukuplah Allah SWT menjadi penolongku dan Allah SWT adalah sebaik-baik pelindung”.

 

Nabi Musa AS mengajar kita bahawa tawakal itu adalah kita berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke penghujung. Baginda juga mengajar kita supaya yakin dan percaya bahawa Allah sesekali tidak akan meninggalkan orang yang beriman dalam kesusahan. Biarlah satu dunia berpakat untuk menghancurkan Islam, tetapi jika Allah tidak izin, tidak akan berlaku.

Akhir sekali Nabi Muhammad SAW mengajar kita bahawa tawakal itu mestilah disertakan dengan usaha. Bukan hanya duduk diam sahaja. Bukan hanya kata “saya bertawakal kepada Allah”. Lihatlah peristiwa hijrah ini, walaupun baginda utusan Allah, baginda tetap menyusun strategi yang sangat rapi bagi menjayakannya.

Baginda mengajar kita, walau dekat macam mana pun hubungan kita dengan Allah SWT, kita perlu berusaha, bergerak, menyusun strategi dan yakin bahawa Allah bersama kita.

Kepada mereka yang mahu bekerja sendiri, belajarlah tawakal daripada tiga manusia pilihan Allah ini.

 

Rabu, 8 Ogos 2018

08.08.2018

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Ada yang kluar kelas je trus popit,
Ada yang lepas 1tahun bru start rasa popit,
Ada yg belum popit2 lagi..

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung
😊😊😊