Nasihat itu penting, kita tidak tahu apa salah dan kesilapan kita sehingga ada yang menegur kita.
Terima jangan angkuh.
Nasihat itu bagi manusia seperti ikan didalam air, Cuba kita perhatikan apabila ikan dipisahkan dari air.
Apa yang terjadi ? Ikan itu mati.
Begitu juga manusia tanpa nasihat. Hati itu mati.gelap dan sesat dalam dosa.
Cuba lembutkan hati untuk terima nasihat.
Buang ego dan kekerasan dalam hati agar nasihat mudah diterima
Nasihat itu penting, supaya kita tidak melakukan kesilapan atau dosa secara terus menerus.
Manusia tidak sempurna sentiasa melakukan kesalahan maka terima lah nasihat dari sesiapa pun.
Walau dari pada orang yang kita tidak suka kita benci. Kerana apa yang ditegur adalah untuk kebaikan kita.
Cuba untuk terima nasihat.
Jangan melenting, jangan mengamuk bila dinasihati. Memanglah hati kita mungkin mengatakan apa yang kita buat itu betul. Tetapi dimata manusia ada cacat celanya ada kemungkarannya.
Jadi jangan merasakan diri itu betul sentiasa berhati2 dalam melakukan seuatu perkara.
Ambil nasihat, minta nasihat dari orang lebih alim dan mantap ilmunya.
Kita hidup untuk menunjukkan kebaikan bukan membawa keburukan.
InsyaAllah semoga bermanfaat buat semua.
Ingatlah bahwa masih ada masa depan yang indah lagi buat kita.Kata orang dulu:
“Belajarlah dari masa lalu, hiduplah untuk masa depan.
Yang terpenting adalah tidak berhenti bertanya dan saliing pesan memesan"
Jangan lupa NASIHATILAH saya jua...
Lakukan perubahan secepatnya moga dengan usaha kecil kita ini menjadi hitungan yang besar hari akhirat kelak.
Aamiin ya ALLAH
*@mencari keredhaan #*