Rabu, 14 Mei 2025

nasihat

Nasihat itu penting, kita tidak tahu apa salah dan kesilapan kita sehingga ada yang menegur kita. 
Terima jangan angkuh. 
Nasihat itu bagi manusia seperti ikan didalam air, Cuba kita perhatikan apabila ikan dipisahkan dari air.
Apa yang terjadi ? Ikan itu mati. 
Begitu juga manusia tanpa nasihat. Hati itu mati.gelap dan sesat dalam dosa.
Cuba lembutkan hati untuk terima nasihat. 
Buang ego dan kekerasan dalam hati agar nasihat mudah diterima 
Nasihat itu penting, supaya kita tidak melakukan kesilapan atau dosa secara terus menerus. 
Manusia tidak sempurna sentiasa melakukan kesalahan maka terima lah nasihat dari sesiapa pun.
Walau dari pada orang yang kita tidak suka kita benci. Kerana apa yang ditegur adalah untuk kebaikan kita.
Cuba untuk terima nasihat.
Jangan melenting, jangan mengamuk bila dinasihati. Memanglah hati kita mungkin mengatakan apa yang kita buat itu betul. Tetapi dimata manusia ada cacat celanya ada kemungkarannya.
Jadi jangan merasakan diri itu betul sentiasa berhati2 dalam melakukan seuatu perkara. 
Ambil nasihat, minta nasihat dari orang lebih alim dan mantap ilmunya. 
Kita hidup untuk menunjukkan kebaikan bukan membawa keburukan.
InsyaAllah semoga bermanfaat buat semua.
Ingatlah bahwa masih ada masa depan yang indah lagi buat kita.Kata orang dulu:
“Belajarlah dari masa lalu, hiduplah untuk masa depan.
Yang terpenting adalah tidak berhenti bertanya dan saliing pesan memesan"
Jangan lupa NASIHATILAH saya jua...
Lakukan perubahan secepatnya moga dengan usaha kecil kita ini menjadi hitungan yang besar hari akhirat kelak.

Aamiin ya ALLAH
*@mencari keredhaan #*

Isnin, 28 April 2025

29.04.2025 kehidupan

*SINGKATNYA KEHIDUPAN INI*

Waktu "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu "Berkuasa" kita percaya dgn kuasa kita boleh melakukan apa saja.

Waktu "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya diri kita..

Waktu "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yg memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu lebih penting daripada harta.

Waktu "Miskin" baru kita insaf penting nya amalan sedekah.

Waktu "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan belum dikerjakan.

Waktu "di Ambang maut" kita baru tahu begitu banyak waktu terbuang sia-sia.

Waktu kita "mati", siapakah di sisi dan jenis amalan apakah yang kita bawa pergi.

Ingatlah apa yg ditabur di sini itulah yang bakal dituai di sana.

Hidup di sini bukan nya lama dan bukan kekal selamanya.

Sahabat,
Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita, tapi masih adakah orang yang setia mendoakan kita miskipun kita telah tiada.. 

Selamat meneruskan kehidupan sebagai hambaNya yang setia..

*Kredit2Nasihat2kehidupan*

Ahad, 5 Januari 2025

detik-detik yang berlalu telah mengukir cerita dalam lipatan kenangan.setiap suka dan duka yang dirasa adalah muhasabah diri.perjalanan yang telah saya tempuhi Dalam tahun yang akan berlalu, saya juga menyadari bahawa setiap kejadian, baik yang membahagiakan maupun yang menyedihkan, adalah cara Allah mengasah kita menjadi insan yang lebih baik. Saya memetik pelajaran dari setiap momen, menyimpannya sebagai bekal untuk melangkah lebih matang di tahun yang akan datang.
Kini, saat kita bersiap menyambut tahun 2025, saya membuka lembaran baru dengan hati yang penuh harapan. Saya merangkai doa dan impian, menaburkan azam untuk menjalani hari-hari yang akan datang dengan lebih bererti. Saya berdoa agar Allah SWT membuka pintu keberkahan, kekuatan,Azam Di penghujung tahun 2024, detik-detik yang berlalu telah mengukir cerita dalam lipatan kenangan.suka dan duka yang dirasa adalah muhasabah diri. Saya mengambil waktu ini untuk merenung kembali, perjalanan yang telah saya tempuhi. Dalam setiap keimanan. Ada saat-saat di mana langkah terasa berat, namun di situlah saya belajar dari setiap momen, menyimpannya sebagai bekal untuk melangkah lebih matang di tahun yang akan datang.
Kini, saat kita bersiap menyambut tahun 2025,
Ini mengingatkan saya bahawa perubahan harus dimulai dari diri sendiri, dan untuk itu, kita perlu memperbaharui niat dan usaha juga berdoa, semoga tahun baru ini membawa kebahagiaan, kesihatan bagi kita semua. Semoga kita menjadi lebih baik dalam ibadah, lebih bijaksana dalam bertindak, dan lebih lapang dalam menerima ketentuan-Nya. Semoga Allah SWT mengurniakan kita dengan rahmat dan hidayah-Nya, dan menjadikan tahun 2025 sebagai tahun yang penuh dengan kebaikan dan kemajuan bagi kita semua.
Mari kita sambut tahun baru dengan hati yang bersih, jiwa yang tenang, dan semangat yang baru. Semoga kita semua diberkati dalam perjalanan kita. 
  .......Aamiin.......
*@mencari keredhaan#*
 
tahun baru 2024

Nafas kita terus berjalan seiring jalannya Waktu, setia menuntun kita ke pintu kematian...
Sebenarnya dunialah yang makin kita jauhi dan liang kuburlah yang makin kita dekati.
Satu hari berlalu, bererti satu hari pula berkurang umur kita.
Umur kita yang tersisa di hari ini sungguh tak ternilai harganya, sebab esok hari belum tentu jadi bahagian dari diri kita.Kerana itu,
jika hari berlalu tapi tiada Kebaikan dan Kebajikan yang kita lakukan maka akan keringlah batin kita.
Jangan tertipu dengan usia muda, kerana syarat untuk mati tidaklah harus tua.
Jangan terperdaya dengan badan sihat, kerana syarat untuk mati tidak pula harus sakit.
Teruslah berbuat baik... berkata baik...!
Walau tak banyak orang yang mengenalimu, tapi kebaikan dan kebajikan yang kita lakukanlah yang akan menuntun kita pada kebahagiaan, dan akan dikenang oleh mereka yang kita tinggalkan..
Semoga Bermanfaat 🙏

doa ku untuk keluarga

DO'AKU UNTUK
KELUARGA TERSAYANG
 Ya Allah..
Aku serahkan keluargaku sepenuhnya dalam perlindungaMu.
kerana aku tidak mampu mengawal apa yg berlaku pada mereka. Tapi aku mampu berdo'a dgn yakin padaMu.
lindungi lah keluargaku selalu walau apa pun keadaan.nya.Berikanlah kesihatan yg baik dan rezeki yang halal serta berkah. jauhi mereka dari penyakit dan tingkatkan lah keimanan mereka.
Aalamiin
*@mencari keredhaan*

Rabu, 1 Januari 2025

2024 lipatan kenangan