Sabtu, 24 Ogos 2024

hidup pengembara

Selamat pagi pada sahabat semua..
Hidup ini umpama pengembara yang tidak tahu bila penamatnya tiba. Tetapi penamat itu pasti akan berlaku.
Penamat yang merupakan matlamat asal penciptaan kita. Di dalam pengembaraan itu apa yang kita bawa hanya untuk hidup sahaja.
Tidak lebih dan tidak kurang. Berjalan sebagai pengembaraan mengajar kita sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Apa yang ada pada diri kita adalah bekalan kita.
Moga-moga dengan bekalan dan perancangan dalam perjalanan membawa kita kepada destinasi yang dituju. Bilamana matlamat yang sebenarnya telah dicapai, itulah kemenangan.
Setiap detik pengembaraan itu kita gunakan sebaik mungkin untuk bekalan kita di akhirat kelak. Kerana sesungguhnya apa yang kita ada hari ini adalah harapan kita.
Kita kaya, harapan kita dengan kekayaan kita dapat membantu manusia lain, Kita miskin tetapi dengan kemiskinan itu dapat mengajar manusia lain sifat sabar dan ketenangan yang sebenar.
Kita hidup biasa sahaja tetapi apa yang kita itu adalah harapan untuk kita meneruskan hidup mencari reda Allah yang sebenar.
Sesungguhnya setiap daripada kita akan mati juga kelak, tidak kira siapa kita. 
"..Selama kita masih hidup didunia ini selama itu pula cubaan akan terus mengiringi disetiap langkah kita. Bersabarlah. Berdoa dan bertobatlah. Karana jika telah habis masa kita didunia habis pula kesempatan kita untuk menghapus segala dosa.."
*mencari keredhaan*