Ahad, 31 Mac 2024

bola sepak

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri 

Setiausaha Agung/Kehormat PB Negeri 
Menteri Belia & Sukan 
Jabatan Perdana Menteri 

Setiausaha Agung AFC

Setiausaha Agung FIFA  

Media Malaysia 


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
الله أكب
الله أكب
الله أكب


Kami mewakili staff FAM ingin meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku. Kami telah berdiam diri untuk agak lama kerana kami mempercayai tampuk kepimpinan akan melakukan perubahan tetapi keadaan semakin bertambah buruk dan kami berasa bimbang FAM tidak akan bertahan lama atau akan dilanda krisis yang tidak boleh kawal.


*Berikut adalah perkara-perkara yang ingin kami bawa ke perhatian Tuan/Puan:*
 

1. Penyalahgunaan Kuasa oleh Setiausaha Agung FAM (GS)


Kami mendapati bahawa GS FAM, Datuk Noor Azman Rahman, tidak memenuhi tugas yang telah diamanahkan kepada beliau sebagai GS. Kami juga berpendapat bahawa beliau lebih cenderung kepada aktiviti politik berbanding menjalankan tanggungjawabnya. Individu yang pandai membodek atau menyanjung beliau sering diutamakan untuk kenaikan pangkat atau diberikan peluang untuk menghadiri mesyuarat khas bersama beliau.

Sehingga kini, iaitu dalam tempoh tiga bulan, hampir 12 orang pekerja FAM telah meletakkan jawatan dan yang paling ketara ialah 5 orang staf dari pejabat President FAM. Kelima-lima staf itu merupakan staf yang telah lama berkhidmat dengan FAM.


Pada bulan Disember, seorang staf yang pernah berkhidmat dengan Presiden FAM yang merupakan kawan karib beliau hampir 30 tahun, telah dibuang kerja atas satu masalah yang tidak melibatkan beliau langsung. Beliau dituduh mencuri barang-barang dari stor FAM dan menjualnya secara online. Tanpa bukti yang kukuh dan secukupnya beliau telah dibuang kerja. Namun, pencuri sebenarnya ialah GS, anak beliau yang juga merupakan pemandu kepada beliau dan Cik Natsaha, yang menjaga stor yang menyimpan pakaian FAM untuk skuad kebangsaan. Perkara ini sedang berlaku untuk tempoh masa yang panjang.

Kos penyediaan kongress FAM yang akan berlangsungkan pada 1hb April 2024, adalah dua kali ganda daripada kos sebenar. Harga buku kongres, branding, penyediaan hotel, sound system dan sebagainya telah melambung tinggi kerana ketamakkan Setiausaha Agung FAM yang sering kali mengambil komisen daripada vendor-vendor FAM. Kami hairan mengapa Presiden FAM tidak tahu mengenai perkara ini?

Datuk Noor Azman, Datuk Yusuf Mahadi dan Datuk Siva juga terlibat dalam isu peletakan jawatan GS lama, Haji Saifuddin. Mereka membaling segala tohmahan dan mencaci GS lama, Haji Saifuddin, kepada semua orang di dalam dan di luar FAM sehingga Presiden FAM mempercayai khabar angin tersebut. Ini akhirnya membawa padah kepada tampuk kepimpinan FAM dimana seorang yang tidak berkaliber langsung dan tidak fasih Bahasa Inggeris dipilih sebagai GS.

Kami staff FAM yang jauh lebih berpendidikan daripada beliau dihina dan dicaci setiap hari!

GS has zero commercial and marketing ideas, mengharapkan staff-staff marketing untuk mencari duit dan membuat activation yang tak masuk akal. Memang bodoh kerana kami mendapat tahu hak penyiaran untuk Piala Asia 2027 dan Piala Dunia 2026 dijual dengan harga yang begitu rendah supaya pihak ketiga dapat mengaut keuntungan lebih dan kemungkinan besar beberapa individu dibayar secara sulit. Pemimpin beragama Islam yang mengambil rasuah, wang haram, adalah perkara yang menjijikan. Apatah lagi pada bulan Ramadan, yang merupakan bulan mulia bagi umat Islam.


Dah la GS Bodoh, Penolong Setiausaha Agung yang baru, Rosman dari Selangor, lagi tak mampu memberi sumbangan malah beliau menjadikan keadaan lebih susah untuk semua.Terdapat banyak puak dalam FAM sekarang yang menjejaskan kualiti kerja kerana kerja tak dapat dijalankan.
 

FAM General Secretary is uneducated and illiterate!


Tahun lepas semua staff-staff yang mendapat pingat dari TYT Melaka adalah kroni-kroni Datuk Noor Azman yang bergerak mengikut rentak beliau. Tahun ini perkara yang sama juga akan berlaku!!!


Pentadbiran FAM kelihatan terumbang-ambing tanpa visi dan misi. Kapal ini nampaknya akan tenggelam, kerana pihak atasan FAM sibuk bermain politik untuk kepentingan dan ketamakan mereka sendiri.


Wahai Datuk Presiden FAM, jangan terkejut kalau GS yang disayangi oleh Datuk ini menjatuhkan Datuk dari jawatan Presiden. Di hadapan Datuk, beliau bermanis kata tetapi dibelakang mulut mengalahkan longkang, beliau sendiri mengutuk Datuk President dengan angkuh mengatakan bahawa para perwakilan semua dibawah kawalan beliau, dan para perwakilan akan ikut apa yang dikatakan oleh beliau!


Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Setiap kalian adalah pemimpin dan kalian akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kalian; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; khadam pula diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." (Riwayat al-Bukhari)


2. Isu Gaji & Benefit


Kenaikan gaji dan faedah-faedah yang ditawarkan kepada Staff FAM adalah yang paling teruk. Kenaikan cuma diberikan kepada staff yang pandai membodek and mengampu President dan GS. Kriteria kenaikkan gaji ialah di FAM ialah perlu pandai bodek, kena sentiasa memuji dan menyanjung president dengan mengatakan bahawa beliau adalah President terbaik. Sungguh memalukan, kroni- kroni yang dibawa ke Piala Asia Qatar baru baru ini, bukan staff FAM.

INI BUKAN PERKARA MENGEJUTKAN TETAPI MENYEDIHKAN


Kewangan FAM juga tenat dengan deficit hampir 5 juta setiap tahun, tetapi staf-staf FAM tahu President FAM, Timbalan Presiden FAM dibayar gaji yang lumayan. Apakah benar Gaji Presiden FAM mencecah RM90,000 sebulan, ini tidak termasuk Allowance AFC dan FIFA, so berapakah total gaji yang diterima – RM3 juta setahun? Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjaga 37 juta rakyat Malaysia dan ekonomi negara pun tak ambil gaji malah memberi insentif lebih kepada para pekerja. President FAM pula ambil gaji setiap bulan, makan dan mesyuarat di hotel lima Bintang. SOALANNYA : Siapa yang bayar!!!


Mungkin sekarang budget President office pun dah berkurangan sejak lima staf beliau letak jawatan! Kalau staff FAM President sendiri letak jawatan renung-renungkan la!


Timbalan President pun sama hebat, selepas habis merompak Melaka, kini duduk di FAM dengan menjaga AFL. Kami pun hairan berapa gaji pengerusi AFL? RM30,000 sebulan? Sebab Timbalan Presiden 2 FAM baru menukar kereta Mercedes Baru! Jadi berapa sebenarnya gaji mereka???


Semua TIN KOSONG DIBAYAR GAJI LUMAYAN tetapi kami staff FAM yang sebenarnya menjalankan tugas ditindas dan dicaci. Pemimpin-pemimpin yang beragama Islam, kononya mengadakan doa tahlil kerana mereka ingin menunjukkan bahawa mereka adalah insan yang berakhlak tetapi mereka sebaliknya merompak tanpa segan silu atau rasa bersalah.


Kami ada bukti dan kalau pentadbiran FAM tidak mengendahkan hal ini atau tidak berinsaf kami akan keluarkan semua dokumen-dokumen kewangan dan pentadbiran yang menunjukkan bukti isu-isu sebenar yang berlaku. Tidak hairan, ada sesetengah perkara yang mungkin EXCO-EXCO FAM juga tidak tahu. Ini kerana kebanyakan isu-isu dalaman yang berlaku tidak dilaporkan dalam mesyuarat exco. Jikalau isu yang dibangkitkan bertentantang dengan tampuk pemerintahan, soalan exco itu dilabel sebagai tidak setia kepada President.


Ada segelintar exco saja yang berkerja dengan tulus dan ikhlas, demi bolasepak negara, selalunya mereka ini akan dipuji oleh Presiden FAM, tetapi di belakang mereka, beberapa individu ini dikecam, caci, dipandang rendah!


 “Inner Circle” President FAM ialah, GS, Datuk Siva, Datuk Yusof Mahadi, Datuk Ghani, Datuk Stuart. Mereka inilah yang menentukan apa yang akan berlaku dan apa yang diminta oleh Presiden FAM akan dilakukan oleh mereka.
 

3. Isu Pasukan Kebangsaan


Dua kekalahan berturut-turut yang berlaku apabila menentang Oman adalah disebabkan segala permintaan Coach Kim Pang Gon tidak ditunaikan. Disebabkan masalah inilah Coach KPG tidak mahu bersuara! 

Kedua perletakan jawatan Datuk Kamarul sebagai penolong pengurus pasukan. Datuk Kamarul telah banyak berjasa kepada pasukan negara, beratusan ribu dibelanjakan untuk pasukan kebangsaan sejak beliau dilantik, kami di FAM tahu kerana beliau membayar out of pocket expenses menggunakan duit beliau sendiri. Akhirnya beliau ditikam di belakang sehingga menyebabkan beliau letak jawatan. Ini telah menjejaskan sinergi pasukan negara kerana beliau adalah antara salah satu individu yang paling rapat dengan pemain-pemain skuad kebangsaan. Segala keperluan pemain akan disediakan oleh Datuk Kamarul. 

Kem Pasukan Kebangsaan kali ini bergolak dengan pelbagai isu-isu dalaman. Selaku staf FAM, kami mendengar ada banyak masalah ketika kem Latihan, dan kami tidak akan terkejut jika Malysia tidak layak ke Piala Asia 2027. Cuba bayangkan hari Latihan di FAM, kitman pun tak ada, kitman lama tidak dibayar gaji dan beberapa staff lagi yang berkhidmat semasa Asian Cup tidak mahu kembali ke FAM kerana sikap GS dan President.

Beberapa individu UltrasMalaya pula selalu mengunjungi FAM, untuk berjumpa dengan Presiden FAM dan GS, bukan untuk bebicara mengenai Pasukan Kebangsaan tetapi untuk mendapatkan bisnes, Oi Lekir jangan berpura pura la, kita tahu apa yang kamu buat di Oman dan juga baru baru ini di KL, semuanya dirancang, dulu ada nyayian FAM bangsat di Stadium Bukit Jalil, sekarang kenapa tak ada, kerana Bangsa UltrasMalaya sudah dibeli. Maruah telah digadai.

Tak lama lagi akan ada poster dan banner untuk menyuruh Coach KPG untuk letak jawatan kalau tak layak ke Piala Asia!
 

4. Project National Training Center


Apabila kami meminta kenaikan gaji atau imbuhan, alasan yang selalunya diberikan oleh GS ialah FAM perlu membina National Training Center. Pada 15hb Sept 2023, FAM telah mengeluarkan Notice Tender untuk project NTC. Syarikat-syarikat yang berminat untuk membina NTC boleh menyertai tender tersebut, tetapi satu syarikat kroni telahpun dikenal pasti dari awal, dan syarikat ini akan diberikan project tersebut , SOALANNYA, syarikat ini menggunakan jalan belakang ke? Salah seorang Timbalan Presiden merupakan agen yang berjaya dalam menyakinkan Presiden.  


Kami ingin minta MACC untuk siasat bagaimana process tender ini telah dijalankan kerana kami di FAM tahu siapa sebenarnya yang terlibat dalam deal ini. Kami akan mengeluarkan segala info dan maklumat kewangan tidak lama lagi. GS ingin sangat simpan maklumat ini dengan begitu kemas sekali, tetapi kebocoran berlaku dari bahagian kewangan FAM yang tahu ketamakkan individu-individu FAM ini.


Ini merupakan amaran untuk GS FAM dan President, both of you better change or you will be changed. Jangan jadi hipokrit sebagai orang Islam, kena ada kepimpinan yang berakhlak , dan jangan makan rasuah, jangan ingat tak ada pemimpin di luar sana yang akan melawan kamu sebagai Presiden FAM, jangan mempunyai sikap ego yang tinggi dan memerintah seolah-olah FAM ini adalah kepunyaan kamu. 


Kepada Para Perwakilan yang akan hadir Kongress , jangan datang untuk makanan percuma, atau untuk goodie beg percuma, pastikan tanya soalan kepada GS dan President, anda merupakan suara rakyat bolasepak, kalau anda juga diam dan tidak membuat sesuatu maka hancurlah bolasepak negara.

SABDA Rasulullah SAW:

‌إِذَا ‌أَرَادَ ‌اللَّهُ ‌بِالْأَمِيرِ ‌خَيْرًا، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ، إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ، وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ.


“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang raja atau pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu (menteri atau penasihat) yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka, nescaya diberikan peringatan, jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya jika Allah menghendaki selain daripadanya (keburukan) kepada pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan peringatan, dan jika dia mengingati, nescaya tidak akan diberikan pertolongan kepadanya.” (Riwayat Abu Dawud 2932)

Sekian Terima Kasih.

Demi Bolasepak Negara,

UltrasFAM

Jumaat, 22 Mac 2024

duit cuci

KOPIPASTA📍

CUCI DUIT ADALAH DUNIA KEWANGAN DAN EKONOMI BAGI INDUSTRI BAWAH TANAH..

Masa aku kanak-kanak dulu, aku hairan melihat ada kedai-kedai yang orang tak masuk tapi hidup (survive) dan pemiliknya hidup mewah. “Survive” sampai hari ini. Ada kedai aku lihat hari-hari penuh orang dan pemiliknya pun nampak bekerja keras (struggle), tapi tak hidup mewah.

Bila aku tanya mak aku, mak aku jawab,

“Itu kedai cuci duit je..”

Setelah aku dewasa, terlibat dengan perniagaan yang benar (real business). Ada ramai kawan-kawan. Baru aku faham apa maksud cuci duit yang sebenar. Bagaimana cuci duit itu dilakukan. Apa menyebabkan orang cuci duit. Siapa yang cuci duit. Semua itu sudah terjawab.

Apa itu cuci duit?

Cuci duit itu bermaksud duit-duit yang datang dari aktiviti haram dan jenayah seperti :

1. Dadah.

2. Pelacuran.

3. Judi haram.

4. Scam (penipuan)

5. Skim ponzi (pelaburan haram)

6. Duit rasuah dan “cashout” haram.

7. Ahlong (peminjam wang tidak berlesen)

8. Perompak dan penyamun.

9. Forex haram.

Dikatakan ekonomi bawah tanah ini berjumlah hampir RM100 billion nilai sebenarnya. Ada yang kata mungkin lebih lagi. Masakan tidak, yang tertangkap mungkin 5% sahaja. Yang tertangkap tu, bukan semua kau dapat rampas kutip kan? Mungkin sebahagian sahaja.

Yang menjadikan ia lebih mengiurkan (tempting) adalah ia dijalankan secara tunai (cash). Sebab itulah apabila tangkapan dibuat, biasanya mereka akan menemui cash yang banyak. Cash RM200 juta di rumah menteri. Cash berjuta di rumah KSU, ketua pengarah. Yang lebih mengecewakan penjawat awam bahagian siasatan (enforcement) juga ada yang terlibat menjadi balaci atau duri dalam daging aktiviti tersebut.

Itu sebablah bila aku tengok ikon-ikon perniagaan, anak muda, pempengaruh (influencer) dan usahawan yang tunjuk “cash” dalam media sosial atau ada banyak pegang duit tunai (cash) dalam kehidupannya, aku sudah mula skeptikal. Kau berniaga pegang “cash” banyak-banyak zaman ini? Aku memang pelik kenapa nak bawa “cash” ke hulu ke hilir dengan alasan kongsi rezeki. Kau berniaga apa weh?

Jadi duit haram yang banyak-banyak tadi itu bagaimana nak dijadikan halal. Bagaimana nak pindahkan ekonomi gelap ini masuk ke ekonomi sebenar? Itulah diperlukan titian mencuci duit untuk dikembalikan kepada ekonomi sebenar.

Duit haram tadi perlulah dilaburkan dalam business sebenar. Kemudian diagihkan kembali kepada pemilik sebenar duit tersebut. Disebabkan ia duit haram, apa diorang kisah kan untuk rugi. Yang tukang cuci dapatlah sebahagian dari duit itu sebagai yuran.

Kawan aku seorang pengusaha ikan air tawar yang punya banyak kolam di Langat suatu ketika dulu. Mungkin satu-satunya Melayu yang berniaga betul-betul, itupun akhirnya dia terpaksa perlahankan perniagaannya “slow down”. Dia cerita kolam-kolam yang ada di Langat itu, kebanyakannya milik kaum Cina secara sewa, pajak atau milikan terus.

Pernah satu hari katanya, seorang pengusaha Cina datang menemuinya dan bagitahu tak payahlah teruskan ternak ikan ni. Ini semua cuci duit punya “business”. “Funder” atau pelabur dia sanggup buang harga punya. Kalau harga pasaran borong ikan RM7, diorang sanggup jual RM3 saja.

Sahabat aku, Nik Izwan Kamel juga pernah buka kedai potong “halfcut”. Menurut kira-kiranya, dia boleh jadi kaya dan berjaya dengan membuka kedai potong. Kononnya nak tembus (penetrate) industri yang dikuasai oleh bangsa Cina. Dia juga dinasihati oleh kawan-kawan Cina yang buat “halfcut” supaya berhenti sebelum terduduk kerana permaimanan perniagaan (business game) ini dikawal oleh gang cuci duit dan ia tidak bersih. Mereka boleh buang harga sampai lantai katanya. Akhirnya kedai terpaksa ditutup setelah kedai dirompak di pagi raya.

Sahabat aku seorang lagi graduan ekonomi pernah bercerita kepada aku yang pensyarah dia pernah kata, ekonomi bawah tanah ni ada kebaikan juga. Sebagai contoh, siapa nak beli barang-barang dalam butik-butik mewah tu? Jam-jam tangan mahal? Kereta mewah? Kalau bukan puak-puak tersebut? “Easy money, easy spending.” katanya.

Dalam masa yang sama kumpulan mencuci duit ini juga boleh merosakkan ekonomi rakyat dengan aktiviti membuang harga atau business macam taknak buat untung. Mereka yang nak berniaga betul-betul pun jadi pening macam mana diorang boleh bagi harga macam tu, berniaga macam tu.

Dalam kalangan profesional pula. Peguam menjadi adalah tempat simpanan atau transit duit haram. Perkara ini “open secret”. Yang tahu, tahu. Yang naif, dia tak tahu. Itu sebab kau boleh tengok peguam yang “struggle” nampak dia “struggle” dan dia biasa-biasa sahaja. Yang kaya, korang tengok dia tak buat kerja apa pun, dia hidup.

Kenapa? Sebab peguam ada “client account” yang tidak boleh ditembusi oleh pihak berkuasa. Itulah kegemaran para pencuci duit. Korang boleh jumpa peguam-peguam ini pernah atau sering berdampingan atau berjumpa dengan “scammer” atau penyamun. Kalau peguam tu ambil yuran simpanan 2%, kalau duit yang disimpankan itu RM100 juta, dapat RM2 juta setahun. Dah “cover” kos hidup dan firma dia. Itu, kalau RM100 juta. Kan?

Itu sebablah, kalau korang baca pasal “money flow” yang “detail” tentang duit-duit 1MDB, duit itu bergerak, dari satu agensi kewangan ke firma guaman ke syarikat, dari satu agensi kewangan ke firma guaman ke syarikat. Sampai hilang.

Korang mesti tertanya kenapa artis-artis ramai terlibat dengan gang cuci duit ni? Ini namanya sumpah syaitan dan jin kata Si Tua Teratas. Katanya,

“Wang jin harusnya dimakan oleh setan..”

Mereka sama-sama punya perangai yang sama. Suka berparti, suka tunjuk kaya, suka tunjuk hebat, konon pandai berniaga. Walhal mereka hanyalah ejen cuci duit sahaja. Wang dari jin, setan tolong makan. Kalau kau semak dinding (wall) media sosial macam IG artis-artis tunjuk kaya ni, kau akan jumpa dia berkawan dengan “scammer-scammer” lagenda ni. Untuk apa dia berkawan? Business? 😜

Jadi korang jangan percaya sangat kalau tengok orang baru berniaga tiba-tiba boleh ada 21 cawangan kedai tinted, artis sembang sales sebulan 5 juta, nak buka 100 cawangan. Itu ini, bla bla bla. Korang kena letak “red alert” dan “turn on” #mindaskeptikal terus.

Dalam masa yang sama, kalau korang nak berniaga, janganlah termasuk dalam industri yang gang cuci duit ni berleluasa di dalamnya. Jangan, kau nak lawan (fight) dengan orang yang berniaga tak kisah untung rugi ni memang payah. Kebarangkalian kau dan perniagaan mampus adalah tinggi.

Ekonomi gelap ini wujud sebab ada bekalan (supply) dan permintaan (demand). Kalau korang semua tak pinjam ahlong, tak main perempuan, tak main judi kuda, takdala duit untuk nak dicuci. Ekonomi mereka akan runtuh sendiri. Ada segelintir anggota penguatkuasa juga yang menjadi talibarut menyebabkan mereka menjadi gagah dan berani. Jangan pelik kenapa SPRM yang menangkap kes Macau Scam, bukan PDRM.  Kebanyakan “scammer” korang tengok diorang“rilex” je terlepas.

Kita semua ada kesedaran dan sudah tahu tentang aktiviti ini. Cuma bukan kerja kitalah nak siasat. Kalau boleh elak, elaklah. Apa yang boleh buat, kita boleh “SCRUT” syarikat tu dulu dekat SSM, atau dekat www.interepo.com kalau rasa macam ada yang tak kena.

Ini cerita pasal cuci duit, ada juga cerita pasal cuci dosa! Boleh juga cuci atas nama derma politik, derma Palestin, derma orang miskin, derma buat masjid dan derma buat madrasah. Cuci dosa ni cuci duit melalui orang agama, lebai dan ustaz-ustazah. Faham?

Aku juga pernah didekati dan ditawarkan untuk menjadi ejen cuci-cuci ni. Malangnya mazhab dan kiblat aku berbeza. Mazhab berniaga secara halal, kiblat aku adalah syurga Allah. Jadi, biarlah aku tak kaya dan tak jadi idola anak muda dan masyarakat.

Aku takut nak hadap tuhan aku di akhirat nanti dengan alasan, “aku sudah bertaubat wahai tuhanku..” walhal aku tahu aku telah menzalimi ramai orang secara langsung atau tidak ketika hayatku di dunia ini.

Jadi, biarlah aku dengan Axia Kompang aku, aku berniaga cara aku, kalau naik pun perlahan-lahan dan merangkak-rangkak, kalau melingkup pun harap perlahan-lahanlah. Doakanlah aku ya kawan-kawan..

Rabu, 6 Mac 2024

Ketika kita menahan suatu perasaan, ada dua hati yang sedang kita menjaga.
hati kita pada Nya,
dan hati kita buat nya.

Dalam menjaga redha Allah, kita tahan hati ini dari pelbagai benda.

Bukan tak ingin merasa,
Bukan kata diri ini tak bernilai untuk sesiapa.
Bukan kerana kita menolak mereka semua, tapi demi menjaga hubungan dengan Allah. Baru Dia jaga hubungan dengan manusia; dengan orang yang ingin kita bersama.

Mungkin hari ini kita tidak seperti orang lain yang punya pasangan sendiri.
Mungkin hari ini kita tidak dipilih orang yang kita cintai.
Mungkin hari ini kita terus menjaga diri dari terus terbuai dengan cinta yang lagha; dengan dunia yang sementara.
Tapi percayalah takdir Allah itu sangat kita tidak sangka sangkakan.

Percaya Dia.
hidup ini babak demi babak,
dan babak bahagia kita akan tiba juga nanti.

Yang pasti,
kita sudah berpasangan dengan kematian.
bila bila masa saja kita bakal bertemu dengan pasangan sejati kita itu.
persediaan buat berjumpa dengan pasangan sejati itu yang sedang aku lakukan.
Mungkin jodoh kita bertemu di akhirat sana.

Mungkin.
Sebab perjalanan ini masih jauh,
jauh buat hamba pendosa untuk kembali mencari erti sebenar