APAKAH NILAI DIRI KITA?
Diri kita umpama sebuah kereta. Apabila kita telah menetapkan arah tujuan maka kereta kita mesti diisi dgn bahan api agar ianya dpt menuju ketempat destinasi yg telah kita tetapkan.
Tanpa bahan api kereta tidak akan sampai ketempat arah tujuan yg telah ditetapkan. Perumpamaan ini adalah ibarat nilai diri kita.
Nilai diri kita ini ibarat bahan api pada kereta. Nilai inilah yg menyebabkan kita terdorong, sanggup berkorban dan rela menempuh kesusahan demi mencapai tujuan hidup.
Andai tujuan hidup kita utk beribadah maka nilai hidup yg perlu kita perlu ada dlm diri kita adalah berkorban, ikhlas dan sabar kerana ini akan membawa kejayaan dlm hidup kita.
Akan tetapi jika nilai hidup kita hanya utk berseronok tanpa memikirkan kesannya maka kualiti nilai hidup kita akan menyebabkan kita tergelincir drp amanah yg telah dipertanggongjawabkan kpd kita.
Inilah realiti nilai kehidupan kita pada hari ini.
Kebanyakkan dari kalangan kita sanggup menukar nilai diri kita dgn barangan dunia. Harta lbh diutamakan drp nilai diri dan akhirnya kita sanggup mengorbankan nilai diri, kemanusiaan, persaudaraan, ksh syg dan yg paling penting kita sanggup mengorbankan nilai agama.
JUSTERU ITU NILAILAH DIRI KITA KERANA ORG YG BERJAYA AKAN MEMAKSA DIRINYA UTK BERUBAH. INGATLAH PERJUANGAN ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS KERANA NILAI KEHIDUPAN ITU ADA DLM DIRI KITA....
RENUNG2KANLAH
SEMOGA BERMANFAAT 🥰
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.